Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

22 Mac 2021

Peluang Kedua

28 Februari 2020

Tiba-tiba aku rasa aku susah nak bernafas. Tarik nafas pon dapat rasa separuh dalam sahaja. Kalau tarik dalam-dalam aku akan rasa dan nak batuk. Bila mula batuk, keluar kahak yang cair berbuih dan banyak. Tak habis-habis aku mengkahak sampai satu tahap minta bidadari tepuk dengan kuat. Okay, lain macam ni...!!! Terus aku ajak bidadari ke hospital. Aku rasa memang tak boleh aku nak memandu ke hospital.

Perjalanan dari rumah ke KPJ Rawang dalam 40km tu lama betul aku rasa nak sampai.

Berhenti di Kecemasan terus dibawa masuk ke khemah covid, terus masuk bilik pemantauan. 

Allahuakbar.... BP aku 250 sistolik. Dr. syak aku kena pulmonary edema. Terus segala wayar diletak kat dada aku untuk buat ECG. Dan, ada sesuatu yang tidak normal dengan jantung aku. Terus Dr., menghubungi Dr Pakar Jantung. Ubat- ubat aku telan, butterfly drip dipasang terus dan rehat. Tapi tetap BP tak turun-turun. Terfikir-fikir aku apa anakanda2 aku buat masa ni. Tengok aku pon bukannya boleh.


Bila Dr. Abdul Wahab, Pakar Kardiologi buat pemeriksaan kat aku, aku dimaklumkan untuk dimasukkan ke dalam ICU. Tunggu dapat prakelulusan dari pihak insurans. Selesai semua, baru aku dihantar ke ICU. Masa ini, bidadari dan anakanda2 aku dah aku suruh balik. Penat mereka seharian. Tunggu lama, tak boleh jumpa aku pon kan. Aku di diagnos Acute Myocardial Infarction !!!!

Malam pertamaku di KPJ RSH dimulai dengan lap badan pakai wet towel pakai buang. Kelakar pula rasa lap badan macam tu. haha.Nak buang air pon atas katil. Ya ampun. Jangan buat hal lagi haha...!!! Fuh, bertambah lagi wayar-wayar berselirat atas badan aku. Kawasan jantung aku. 


1 Mac 2020

Suprisingly (perghhhh tanda wacana aku), kahak cair yang banyak tu pon hilang. Kahak pon dah jadi versi kahak macam biasa dan mengurang dengan banyak. Kengkadang rasa kahak takda langsung. pastu ada pastu takda. Eh..haha.

BP aku tetap tinggi 😭 dan paras gula aku pon sama. Kencing Manis 🤬. Tak pernah-pernah aku ada kencing manis, kalau check pon mesti normal sebelum ni. Dan ya, 12mmol/l. Kuajaqqqq..!!! Jadi datang kuiri dari pihak insurans tentang penyakit DM ini. Memang aku jujur la cakap yang aku baru tau bila buat ujian kat KPJ RSH ni. Dan aku kena tandatangan pada satu borang yang ada soalan-soalan tentang DM yang perlu aku jawab dan tandatangan. Katanya akan buat check jika aku pernah ada kemasukan wad atau kedatangan klinik berkaitan DM. Dan aku yakin je sebab aku tak pernah kot. Kali terakhir aku masuk wad tahun 2010 di hari aku tahu aku dapat jawatan tetap angkara nyamuk aedes durjana mengakibatkan demam denggi. Cisssss.

Lama juga proses prakelulusan ini. Sister klinik cakap kat aku, kalau pihak insurans kata tak lulus, aku kena bayar sendiri dan pelan kontigensi aku adalah untuk pindah hospital. Dr Abdul Wahab plan untuk buat angiogram, angioplasty, pasang stent kalau 'boleh diselamatkan lagi jantung aku' atau buat pintasan jantung. Aku dengar pon seram. Syukur, bila dapat kelulusan dari pihak insurans. Aku ditetapkan untuk buat Angiogram pada pukul 3 petang. Seharian bidadariku duduk luar ICU sebab tak boleh masuk. Dalam pukul 3.30pm. Aku disediakan untuk ke bilik pembedahan OT. Ada abang CVT periksa jantung aku dulu di ICU. Selesai semua, datang geng-geng angiogram ambil aku. Terus aku dibawa ke OT dan disiapkan untuk prosedur angiogram.

Pengalaman buat angiogram ini memang buat aku rasa tak nak buat hal lagi dah. Dibaringkan atas katil yang muat-muat lebar badan aku. Kemudian di pasangkan wing untuk letak tangan kanan dan kiri. Mata aku tengok je siling yang berlatar belakangkan bintang-bintang dilangit biru. Disapukan cecair apa entah aku pon tak tahu tapi aku rasa antiseptik ala-ala sapuan iodin. Disapu di pengelangan tangan kanan dan celah kelangkang yang mana aku diberitahu inilah tempat dimana prosedur angiogram akan dilakukan. Bila Sister dah siap-siapkan aku, balut aku dengan selimut biru siap ada warmer. 

Tak lama lepas tu masuk Dr Abdul Wahab. Fuh seram hahaha....aku dimasukkan ubat-ubatan pada butterfly tangan kiri aku. Dr Abdul Wahab cucuk aku dengan ubat bius di pegelangan tangan kanan. Dia cuba dulu untuk masukkan jarum panjang sejengkal, besar 1/3 straw biasa tu kat arteri di pegelangan tangan aku. Aku bagi kerjasama yang baik. Bukan apa, kalau tak dapat dia akan masukkan jarum tu ikut kelangkang...perghhh tak nak aku dinodai. Aku kendurkan tangan aku selembut lembutnya. Tapi keras juga hahaha. Dia tekan kuat betul lengan aku nak betulkan line jarum tu dalam salaur darah aku tu. Masa proses itu agak sakit walaupon dah ada bius, dan paling sakit apabila aku merasakan seolah-olah sebiji guli besar masuk dalam salur darah aku mengembang lalu dalam salur darah aku. Terasa beb. Dan aku dapat rasakan ianya sampai ke jantung aku. Dan masa ini, aku dah rasa aku nak pengsan pitam hahahha. Sempat aku jeling pada monitor, rendah betul BP aku. Masa ni aku cuba untuk jaga dan takkan tutup mata. Maka masa ini, kamera datang dan pergi ambil gambar jatung aku 😍. Selesai semua, sembang-sembang dengan abang-abang CVT yang terbaik (CVT dijahit pada baju, maksud dia aku tak tahu).😂. Selesai semua, aku dibawa kembali ke ICU dan kena rehat. Masa dalam ICU aku nak tumbang lagi. Aduyaiii....sekali aku tgk monitor 50/30. Perghhh., kelam kabut nurse masuk ubat kat tangan 😌. Dalam sejam baru bidadari boleh masuk tengok aku hihihi...sempat makan bersuap sebab tangan kiri kanan tak boleh pakai dan seharian aku tak makan. Kena puasa sebelum buat prosedur. Malam macam biasa, baring tidur jaga. Dalam pukul 11 malam aku dipindahkan ke General Ward.


2 Mac 2020

Alhamdulillah dapat tidur dengan lena lena ayam. Macam biasa di wad akan ada nurse datang untuk buat pemantauan dan bagi makan ubat. Dr Abdul Wahab pon ada datang. Yang paling penting ialah bidadariku dan anakanda bongsu aku pon datang juga. Syukur alhamdulillah. Maafkan papa, papa dah tak sihat macam dulu.


3 Mac 2020

Kalau ikutkan hari ini aku kena ke KPJ Damansara untuk buat MRI pada jantung aku tapi ditangguhkan sebab kalau buat hari ini ada caj tambahan sebab prosedur pukul 7.30 pagi. Jadi aku pilih untuk buat MRI pada keesokkan hari pukul 11.00 pagi. Alhamdulillah, hari ini ayahanda datang melawat. Kesian datang dari jauh semata mata nak melawat aku, nampak penat letih diwajahnya. Malam ini marry me senorita agak kelakar mencuit hati hahaha. Ehhhh...


4 Mac  2020

Pagi yang ditunggu-tunggu. Hari ni aku dibawa ke KPJ Damansara dengan menaiki ambulans yang sangat stabil dalam kelajuan bersiren. Ke KPJ Damansara yang agak sibuk itu untuk buat MRI Scan. Pengalaman buat MRI ni agak menakutkan sebenarnya. Rasa mcam nak buat angiogram sekali lagi haha. Sampai KPJ Damamsara aku dibawa ke tempat nak buat MRI. Perghhh besar juga mesin MRI ni. Tukar baju, dibaringkan atas katil mesin MRI tu dan dipasangkan kembali wayar-wayar di dada. Setelah aku dipersiapkan untuk ujian ini, aku dipakaikan headphone. 🤣. Perlu dengar arahan dari puan yang buat ujian aku ini. Bila aku dibawa masuk ke dalam ruang MRI, ruang tu betul-betul lebar aku, sejengkal jarak muka dengan chamber. Dan, aku kena panic attack. Takut aku dengan klaustrafobik...!!!. Petugas suruh aku bertenang tapi aku tak boleh haha. Laju betul jantung aku berkencang. Setelah dah tenang, aku dibawa masuk kembali dalam ruang tu dengan tips tutup mata dan buka secara perlahan-lahan dan nafas seperti biasa. Agak sejam juga prosedur ini ikut kata pn petugas. Dalam chamber tu aku diarahkan untuk bernafas seperti biasa dan akan diminta untuk tarik nafas dan tahan nafas lebih kurang 20 - 25 saat berulang kali. Sampai satu masa, pn ada cakap nak masukkan ubat, sejuk betul ubat tu bila masuk dalam tangan aku. Dan masih proses tarik nafas lepas tarik nafas tahan berulang kali. Selesai semua, aku dibawa naik kembali ambulans dan terus balik ke KPJ Rawang. 

Alhamdulillah, Dr Abdul Wahab bagi aku keluar discaj hospital. Cuma proses discaj ambil masa. Aku dibenarkan discaj lebih kurang pukul 11 malam. Alhamdulillah ada bidadari untuk memandu pulang balik rumah. Kesian semua anakanda aku tidur di rumah pengasuh dan transit masing-masing.

Diagnosis semasa discaj ialah: Non ischemic cardiomyopathy due to HPT Heart Failure.

Semoga kesihatan aku bertambah baik insyaAllah. Aku diberikan MC untuk berehat. Moga aku dapat berehat secukupnya. 

Maka bermulalah satu era aku namakan 

Peluang Kedua

Dan.....

Cocktail time..!!!