Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

30 November 2019

Jewels Hotel, Kota Bharu

Pemusafiran aku kat Kota Bharu ni, aku booking di Jewels Hotel selama tiga malam. Macam biasa aku akan buat reservation di Traveloka.Com. Untuk 3 malam aku dapat RM319.00, RM106.00 semalam siap sarapan. Nampak tak kat bunting tu semalam RM130.00 hahahha. Aku ni berkira sikit. hahaha nak yang murah aje.


Positif:

Bilik besar, tilam dan bantal selesa dan bersih.
TV ada channel yang sesuai untuk aku
WIFI laju beb (aku layan astrogo je, TV buat tukun)
Setiap malam ada foodtruck stall - pasti tidak kebuluran hahhaa
ada pasar mingguan
Walking distance ke Pasar Siti Khadijah (tak sempat ketiak basah)
Sarapan dia biasa-biasa je. (sebab aku p cari sarapan kat luar, kelantan kot, dimana-mana ada makanan...sedap pula tu hahhahaa)

Negatif:

parking masa malam kena tunggu semua foodtruck kemas baru boleh masuk parking huhuhu



Layan makanan viral masa kini hahhaa

========================================================================

terima kasih banyak-banyak aku uacapkan kepada housekeeper yang housekeeping bilik aku. Aku memerlukan kafein untuk buat kerja diwaktu malam. Aku meninggalkan nota ---> nak nescafe dan gula lebih sikit ya

Naaaaaaaa...........cukup stock aku stay up malam tu hahahhaha. terima kasihla kerana memudahkan hidup aku hahhaha.

InsyaAllah akan kembali ke sini.

29 November 2019

Lemang To'ki, Bentong

Alhamdullillah diberikan rezeki ke Kota Bharu, Kelantan. Lama sangat tak jejak kaki kat kota bharu. More than 9 years. hahahha. Pergi dengan boss kak zila dan fatah. 

Bersungguh fatah tak nak minum makan apa-apa. Dari Shah Alam sampai ke R&R Genting Sempah. Bila aku nak sarapan mekdi pon dia halang hahaha. Lapar weh tak makan sarapan masa tu.

'kata nak makan lemang to'ki bentong'
Diulang-ulang dalam kereta. Pelik dia bila aku cakap aku tak tahu haha.

Sampai bentong je aku tercari-cari kat mana kedainya hahhaa. Tetiba banyak moto dengan kereta parking tepi jalan dan, fatah bagi signal ke kiri. Ok, sinilah tempatnya hahaha

Turun kereta, aku dah nampak dah sticker-sticker geng2 rider sekalian alam di tampal kat situ. Ok, port baik ni hahahha.



So, beratur nak ambil lemang dan rendang. Aku ngan fatah pilih lemang dengan rendang daging, boss dengan kak zila lemang dengan rendang ayam. Namun begitu, aku yang menghabiskan lemang & rendang kak zila sebab dia dah sarapan berat dengan husben dia hahaha.



Mula-mula aku nebes dan kecewa sikit sebab dapat bahagian lemang yang atas tu yang ada orang panggil **** lemang ke lemak ke namanya.

Ok, walaupon dapat kerak bahagian atas tu, lemangnya tetap lembut dan sedap di makan hahha. Rendang ayam dia sedap tapi apalah rendang kalau bukan daging hahha.

Alhamdulillah. Sedap, menyelerakan dan umphhhhh

Aku akan kembali hahahaha.....

========================================================================

encik_nan's rating
  1. Rasa : 😍😍😍😍😍  -  Aku bukan peminat lemang tapi lemang to'ki buat aku nak makan lemang lagi haha. Rendang ayam sedap. Ranking lemang aku #1 haha
  2. Komposisi Makanan : 😍😍  - Memang takdalakan nak #sukusukuseparuh. Karbo+Lemak+Protein. Sayur buah yillekkkk
  3. Persembahan Makanan  : 😍😍😍😍 - Ok, boleh membuatkan kelenjar liur merembes dengan lajunya
  4. Kebersihan & Keselamatan Makanan : 😍😍😍😍 - Bersih dan kemas.
  5. Harga : 😍😍😍 - Satu set RM5.00-RM7.00

========================================================================