Pemusafiran aku kat Kota Bharu ni, aku booking di Jewels Hotel selama tiga malam. Macam biasa aku akan buat reservation di Traveloka.Com. Untuk 3 malam aku dapat RM319.00, RM106.00 semalam siap sarapan. Nampak tak kat bunting tu semalam RM130.00 hahahha. Aku ni berkira sikit. hahaha nak yang murah aje.
Positif:
Bilik besar, tilam dan bantal selesa dan bersih.
TV ada channel yang sesuai untuk aku
WIFI laju beb (aku layan astrogo je, TV buat tukun)
Setiap malam ada foodtruck stall - pasti tidak kebuluran hahhaa
ada pasar mingguan
Walking distance ke Pasar Siti Khadijah (tak sempat ketiak basah)
Sarapan dia biasa-biasa je. (sebab aku p cari sarapan kat luar, kelantan kot, dimana-mana ada makanan...sedap pula tu hahhahaa)
Negatif:
parking masa malam kena tunggu semua foodtruck kemas baru boleh masuk parking huhuhu
Layan makanan viral masa kini hahhaa
========================================================================
terima kasih banyak-banyak aku uacapkan kepada housekeeper yang housekeeping bilik aku. Aku memerlukan kafein untuk buat kerja diwaktu malam. Aku meninggalkan nota ---> nak nescafe dan gula lebih sikit ya
Naaaaaaaa...........cukup stock aku stay up malam tu hahahhaha. terima kasihla kerana memudahkan hidup aku hahhaha.
InsyaAllah akan kembali ke sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan