Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

29 Mac 2020

Roti Leleh Batu Arang

Roti Leleh Telur Goyang ala Roti Titab Batu Arang viral...!!!

Mujur dekat dengan rumah. Kalau dah pindah ke rumah baru nanti, lagi dekat. lapar je terus gerak haha...😋. Haish lama pula rasa nak masuk rumah baru nanti.


Boleh kata selalu juga aku ke sini. Kesayangan aku semua suka makan sini dan makan banyak! Baru puas hati. Tiadalah unsur-unsur panas hati bayar makanan, makanan tak habis. 😆



Macam biasa selalunya port makan baik ni memang akan ramai yang datang. Ada yang baru balik naik basikal, membeli barang di pekan Batu Arang dan termasuk yang dalam kategori food hunter hahhaa.


Ni haa Roti Leleh Batu Arang. Setakat ini baru makan sekali aku makan. Kedai makan ni memang terkenal dengan Roti Leleh ni, tetapi makanan lain yang dijual lagi sedap !!!



Mee Kari yang selalu juga aku makan. Sedap, cukup rasa.


Anak teruna aku ni macam biasa nasi lemak. kena dengan seleranya. 2 pinggan nasi lemak adalah wajib hahaha.


Anak dara aku seorang ni dengan mihun goreng kegemarannya.



Ni ha, makanan lain yang sedap. Ada laksa, mee kari, mihun sup. Nasi goreng, mee goreng dan yang paling superb adalah ayam gorengnya hahahha. Kuih muih pon banyak. Kalau teringin nak makan roti canai, kedai sebelah ada jual. Order je, setakat ni aku perhatikan, tauke kedai okay je.



BATU ARANG, PEKAN BERSEJARAH


Harapan aku agar suatu hari nanti aku dapat berkhidmat di sini. Dekat dengan rumah. Tak perlu aku hadap perjalanan sejauh 75km sehala lagi. InsyaAllah.

(Senang hidup aku kalau dapat klinik ni, senang cari makan, masjid dekat, depan balai polis batu arang, jalan kaki je nak beli barang kat kedai dan suasana kampung yang aman dan damai)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan