Bila nombor plat tidak mesra JPJ, harusla di tukar ganti ye bagi mengelak sebarang kecelakaan berlaku di masa depan. Hihi.....
Elok jumaat kali ini aku isi dengan benda berfaedah dengan buat nombor plat baru yang lebih mesra JPJ 🤣
Mula-mula aku nak pergi kedai depan KL Trader Traders Square. Sekali ramai pula orang. Malas pula aku nak menunggu haha.
Apa lagi, patah balik pergi kedai yang nombor plat tepi pejabat pos @ OTK gombak hihi. Aku bukan apa, tiada dalam facebook/ google. Tahu pon sebab terperasan je hahaha.
Masuk je terus seronok. Banyak pula pilihan hihi.
Tapi hati kena tetap...!!! Mesra JPJ hahahha.
Ada dua jenis je yang mesra JPJ.
Aku pilih tulisan rata. Ada yang macam menggelembong tapi malas pula aku nak cuci kalau kotor hihi.
Harga tak tahu murah ke tidak tapi aku dapat kedai Nombor Plat B Five bagi aku:
No Plate depan dan belakang : RM30
Bekas nombor plate/ casing: RM15
Plate besar belakang: RM20 (hat ni aku rasa mahal, elok aku pakai casing je)
Kerugian sebanyak: RM65
Fuhhhhhhh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan