Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

23 Julai 2020

Discharge Dari KPJ Rawang

Alhamdulillah setelah 4 hari 3 malam di KPJ Rawang. Abang boleh discaj. 

Pengalaman pertama untuk aku menjaga abang di ward. Mudah nak jaga sebab dia dah besar. Teringat aku masa jaga kakak di hospital. Umur baru dua tahun. Adoiyaiiiii banyak ragam dia hihii. Lagi-lagi masih nyusu ibu. Lagila buat aku rasa lain macam bila jaga dia hahaha. Alhamdulillah aku dapat lalui semuanya dengan tabah hahaha. 

Keselesaan itu mahal harganya. Bilik yang aku & abang duduk itu bernilai RM250 semalam. Fuhhhh. Dok hotel pon aku berkira ni kan pula duduk hospital. 

Duduk bilik single, attached bathroom dan sofa untuk aku tidur cukup dah bagi aku. Masa jaga kakak dulu aku tidur atas lantai kot. Berhawa dingin dan ada TV. Ya, aku ulang sekali lagi, keselesaan itu mahal harganya hihiii. 

Dua Dr Pakar yang merawat abang. Dr Shah (surgeon) dan Dr Nisa (paeds). Mereka berdua boleh buat abang selesa masa nak buat pemeriksaan. Communication Skill memang A. Mereka berdua panggil abang dengan nama dan kadang-kadang panggil 'abang' bila dengar aku panggil. Abang pon boleh bercerita dengan Dr berdua ni. 

Nurses? Mereka memang dilahirkan untuk menjadi seorang jururawat. Semuanya sempurna dalam menjaga abang dan abang boleh bertenang je masa pemeriksaan rutin selang 3/4 jam tu. Siap abang pakai sendiri klip spO2 aku tengok sebab dah biasa hahaha. 

Meal Services. Boleh pilih menu nak makan apa. Cumanya makanan untuk abang (pesakit) sahaja diperuntukkan. Paling kesukaan abang adalah spagheti. Punyala banyak yang dihidang. Habis. Hahaha. Syukur. Sebulan lebih dia tiada selera makan. Ada hikmahnya juga bila masuk hospital ni. Berkenaan makan untuk seorang tu. Aku rasa boleh makan berdua. Sebab apa. Kalau ayam tu sampai 3 ketul saiz standard. Hihii. Untuk aku la tu kan. Tapi selamat abang makan hihiii. Seronok tengok abang happy bila adik penghantar makanan masuk bilik. Pastu cakap terima kasih. Hihiii. Pandai abang. Lagipon adik tu pon melayan juga perangai abang ni. 

Cleaner. Hari-hari cuci tandas sapu lantai. Ye la. Berkasut selipar dalam bilik kan. Mesra dengan abang juga. 

Toileteries ada disediakan dan kena bawa tuala sendiri hihi. Sebab tuala yang diberi dalam bag toileteries dalam kategori sapu tangan. Hahaa. 

Cafeteria. Makanan pagi harga marhaen. Kuih dia agak mahal harganya tapi sesuai untuk saiz. Karipap beso RM1.50 kalau tak silap. Murah pon donat sebiji 80 sen. Adala sekali aku beli donat. Makan tengahari agak harga restoren. Ada aku nampak juga Gloria Jean's Coffee jual makanan sarapan tapi tak dan beli hihiii. Takut terbeli kopi mahal dia kikiiiii. Ahad malam Isnin tutup. Menggagau aku berFoodPanda. Dahla lambat siap. Nasi goreng kampung je pon. Nasib abang rider boleh hantar sampai ke pintu bilik. 

Discharge Procedure. Sama macam Hospital kerajaan. Kena pergi admin. Tandatangan GL dan ambil semula deposit masuk ward. Dari Dr cakap boleh dischargr sampai aku disuruh untuk selesaikan pembayaran ada kurang dalam 4 jam aku rasa. Dr datang lebih kurang lepas waktu lunch. Dan lepas Dr kata boleh discharge aku pergi kafe untuk makan dan dalam pukul 5 aku keluar KPJ Rawang. Tak terasa sangat nak cepat discharge sebab aku siap suruh abang tidur dulu hahahha. Selesa kan. Masa berlalu pon ok je bagi aku. Kikiiiii.

Keluar dari KPJ Rawang abang minta robot. Kesian pula aku. Terus g TESCO Rawang. Masuk kedai Toys Mr DIY. Beli Optimus Prime. (kali ke-2 kot. Boleh pula abang tak ingat hahahaha)

5 Ogos 2020 kena pergi buat rawatan susulan. Harap-harap nanti Dr dapat tahu apa masalah sebenar perut abang kembung ni. Semoga abang sentiasa sihat dan dilindungiNYA. 

TERIMA KASIH KPJ RAWANG
(17 - 20 Julai 2020)

17 Julai 2020

Bermalam di KPJ Rawang

Setelah memcarum bermula Januari 2016, 17 Julai 2020 pertama kali aku gunakan medical card untuk admission abg. Kesian dia. Bloating hampir sebulan. Aku ingatkan biasa-biasa sahaja. Mula dua hari lepas feces berdarah. Arghhh sudah. Terus aku tanya pit. Pit nasihatkan pergi hospital. 

Maka hadirnya aku dan abg ke KPJ Rawang dimulakan dengan lalu di lobby. Kena berhenti dan isi borang ambil suhu. Buat satu pusingan pengenalan perimeter KPJ Rawang hihi. Masuk parking dimulai dengan salam perkenalan touch n go. Hahha. Gelabahla aku cari kad haha. Cisss. 

Pergi ke Emergency. Daftar kat situ. Serah mykad mykid dan medical card. Tunggu nurse panggil ambil vital sign dan tunggu lagi sampai nurse panggil untuk jumla Dr. Tumggu lagi dan kemudian buat ultrasound dan ambil darah dan masukkan branula comel. Menangis teruk abg. 

Pergi balik pendaftaran. Sign borang macam-macam dan bayar deposit RM500 untuk kemasukkan ward. Naik ward. Yes..!!! Dapat bilik single hahaha 😍🤩

Lega aku rasa. Belum sempat nak buat apa. Sakit perut abg datang balik. 

Benda dah rancang tapi kita hanya merancang. Mati-mati aku ingat dalam kereta ada selipar.  Nan hadoooo. Hahaha. Dalam kereta satu lagi rupanya. Adoiyaiiiii. 

Macam mana aku nak mandi solat kejap lagi. Lantai dia punya sejuk dengan hujan lebat kat luar tu hahaha. 

Harap abang cepat sembuh hendaknya. 

Ada ke tidak dinner aku malam ni? Kena food panda ke apa? Hahahaa.