Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

17 Julai 2020

Bermalam di KPJ Rawang

Setelah memcarum bermula Januari 2016, 17 Julai 2020 pertama kali aku gunakan medical card untuk admission abg. Kesian dia. Bloating hampir sebulan. Aku ingatkan biasa-biasa sahaja. Mula dua hari lepas feces berdarah. Arghhh sudah. Terus aku tanya pit. Pit nasihatkan pergi hospital. 

Maka hadirnya aku dan abg ke KPJ Rawang dimulakan dengan lalu di lobby. Kena berhenti dan isi borang ambil suhu. Buat satu pusingan pengenalan perimeter KPJ Rawang hihi. Masuk parking dimulai dengan salam perkenalan touch n go. Hahha. Gelabahla aku cari kad haha. Cisss. 

Pergi ke Emergency. Daftar kat situ. Serah mykad mykid dan medical card. Tunggu nurse panggil ambil vital sign dan tunggu lagi sampai nurse panggil untuk jumla Dr. Tumggu lagi dan kemudian buat ultrasound dan ambil darah dan masukkan branula comel. Menangis teruk abg. 

Pergi balik pendaftaran. Sign borang macam-macam dan bayar deposit RM500 untuk kemasukkan ward. Naik ward. Yes..!!! Dapat bilik single hahaha 😍🤩

Lega aku rasa. Belum sempat nak buat apa. Sakit perut abg datang balik. 

Benda dah rancang tapi kita hanya merancang. Mati-mati aku ingat dalam kereta ada selipar.  Nan hadoooo. Hahaha. Dalam kereta satu lagi rupanya. Adoiyaiiiii. 

Macam mana aku nak mandi solat kejap lagi. Lantai dia punya sejuk dengan hujan lebat kat luar tu hahaha. 

Harap abang cepat sembuh hendaknya. 

Ada ke tidak dinner aku malam ni? Kena food panda ke apa? Hahahaa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan