Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

27 Ogos 2019

Claypot Asam Pedas Andak - Klang, Selangor


Semalam,

Selepas selesai membeli biskut di emy cookies di Kampung Kuantan, Klang, misi mencari makan tengahari dimulakan dengan objektif berhenti di kedai makan pertama yang aku jumpa on the way balik...

Tekan brek kat kedai namanya:

Claypot Asam Pedas Andak
Kampung Kuantan, Klang








Asam Pedas Daging Tetel



Asam Pedas Ikan Pari - fevret aku ni haha...😍


Rasa macam duduk dalam studio pula dekorasi restoren ni. Ada gitar, ada keyboard ada seksofon kot rasanya hihi... 🎷🎹🎸🎺🎻🎼🎡🎢


Bagi yang teringin ke sini bolehla berkunjung. Parking khas disediakan di tepi restoren. Masa makan ni aku masih teringat kat asam padas ikan dori Imperial Heritage Hotel...perghhh menambah aku woooooo time tu hhahaha.


============================================
encik_nan's rating
  1. Rasa : 😍😍  -  kuahnya masin sangat. Aku dapat yang reheat atau kuah paling akhir ke eh. Ermmm entah la. Ikan pari rasa segar dan saiz yang  memuaskan. Daging tetelnya macam aku tak boleh terima. mungkin sebab aku ada ikan pari hahaha.
  2. Komposisi Makanan : 😍😍😍  - Ada sayur bendi 3 ketul dalam pari, tiada dalam daging. Aku rasa kalau ada telur masin dalam set nasi asam pedas tu kompom terangkat lah...!!!
  3. Persembahan Makanan  : 😍😍 - Datang memang panas berbuih-buih melompat kat claypot tu hihi. Nasi betul-betul satu mangkuk cina. 
  4. Kebersihan & Keselamatan Makanan : 😍 - Pinggan yang aku dapat RETAK.
  5. Harga : 😍😍😍😍 - kurang dari RM8.00 dapat asam pedas pari dengan nasi putih. Air kosong disediakan percuma

==============================================


Tiada ulasan:

Catat Ulasan