6 Ogos 2019 merupakan hari bersejarah bagi aku. Buat pertama kalinya aku oral presentaion di peringkat antarabangsa di Asian Congress of Nutrition 2019 di Nusa Dua, Bali, Indonesia. Dia punya debaran lain macam. Sampai tertidur awal aku malam hari sebelum nak present tu hahaha. Padahal tengah tengok I Can See Your Voice Malaysia 2 makanya dengar in my dream sahaja. Rosak segala perancangan aku haha. Penat kot. Jetlag. haha....alasan...!!!
Slide Presentation memang dah aku buat dan hantar ikut deadline yang diberi. Boleh pula aku ada dengar presenter yang dia punya slide presentation tiada pada urusetia. Perghhh..kalau jadi kat aku terus panik ni hahhaa. Memangla ada backup tapi kalau minta secara mengejut ni takut tak terkeluar memori bawa backup dalam ipad hahaha. Pengajaran bagi aku ialah slide presentation kena ada sentiasa dalam pendrive hahaha.
Menjadi satu sejarah di mana talking point dibuat pada hari sebelumnya dan aku prektis untuk timing masa dari pagi sehingga sebelum menjelangnya pukul 11.00 pagi di hari kejadian hahaha. Apa boleh buat tertidur punya pasal.
Sedih juga aku, aku tak dapat nak tengok kawan-kawan aku yang lain present. Tapi apakan daya. Aku tak pernah dan tiada pengalaman untuk present dalam english di depan semua orang yang hadir.
Masuk bilik Orchid Room, Bali International Convention Centre @ Westin Hotel, aku dah cuak sikit sebab aku tak nampak bayang speaker no.4 yang mana dari MSU, Malaysia. Makanya, tinggal bertiga yang akan present dan lagi la tambah cuak sebabnya ada extra 7 minit untuk soal jawab kerana ada speaker tak hadir haha.
Muka ada senyum tapi jantung macam tengah berlari hahaha...
Nervous aku lain macam, cakap pon terketar-ketar kesejukan haha. Alhamdulillah dapat habiskan dalam masa 7 minit yang diperuntukkan. Naik je rasa gementar aku, terus angkat kepala tengok Alaa, Wilfred, Sim Yee, Kak Mai dan yang lain-lain. Tengok muka Pn Zalma, aku terus kecut lagi-lagi masa dia kuak pintu nak masuk hahahha...
Bukanlah satu presentation yang baik dan bagus, tapi satu achievement unlocked bagi aku. Buat hal lagi kan nak present peringkat antarabangsa pula tu haha.
aku nak tepek kat sini kata-kata Pn Zalma kat aku
"Relax...you're the expert in what you're going to present...feel good of yourself & bc ayat kursi byk2"
"You did a good job...start spreading your wing...pasni target for ICN pulak"
Prof NAK:
"Kena practice cakap org putih 😍"
Alhamdulillah aku berada dalam satu circle yang positif. Semua kawan-kawan bagi aku semangat. Dieorg dah biasa present. Aku je bawah lagi dari beginner hahha. Sedih juga tak dapat tengok alaa present sebab aku dok join satu symposium yang ada kena mengena dengan topik dan bidang yang aku sangat minat dan perlu untuk habiskan kesemua sessi demi untuk mendapatkan sebatang pendrive yang ada modul di dalamnya. Sorry Alaa huhu
Thanks Alaa untuk video kenangan terindah ini
Ini satu permulaan bagiku...
Okay.....Next oral presentation please....!!! 😍
Tiada ulasan:
Catat Ulasan