Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

31 Ogos 2019

Setel - Petronas


Selalu aku tengok iklan SETEL di stesen minyak petronas yang aku pergi. Sembang-sembang dengan acap, dia kata dia pon pakai apps ni. Senang katanya. Topup masa dapat gaji. Layan sebulan isi minyak pakai apps. Bayar dalam kereta. Siap approve keluar kereta isi minyak. Tidak perlu ke kaunter, takda isu kad mesra tertinggal kat kereta satu lagi hahaha. 

Aku pon try download. Tetiba teringat acap pakaikan. So aku minta referer code dari acap. Then aku tambah duit dalam akaun bagi ada isi hahaha. 

Bila buka apps, automatik apps akan bagi tahu kita stesen minyak terdekat dan bila dah sampai kena pastikan pam no berapa. Ada stiker setel tulis nombor pam. 

Pastu pilih no pam dan keluar pop up minta masukkan amaun nak isi berapa. Dan biasanya aku tekan full tank. Mudah sikit. Kuda hijau aku ni tak tentu kadar minum dia. 


Bila aku buka akaun aku. Yes. Dapat RM5.00 sebab pakai referral code acap dan dapat 10% cashback rebate hahaha. Layannnn.... jarang ye kita guna referral code orang kita dapat juga reward hahaha. 


Tang link dengan mesra card ni aku suka. So, secara automatik points akan masuk akaun aku tu kan. Kad pon dah bengkok herot berot angkara terbiar kat dalam kereta hahahaha. 


Referral Code: dl35

Siaran ulangan hahaaha....

Referral Code: dl35

Tiada ulasan:

Catat Ulasan