NUSA PENIDA - SANUR - PADANG BAI - LOMBOK
Bermula perjalanan hari terkahir di Bali ini sangat panjang. Rancangan asal adalah untuk balik hari trip ke Nusa Penida ni. Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, tiket bali ada bersama-sama dengan handphone alaa. Masa pon dah suntuk aku dengan alaa hanya mampu untuk melihat fastboat Dwi Manunggal ini berlepas dan aku ambil keputusan untuk bermalam di Nusa Penida.
Tula, mintak sangat hahaha....Aku tak bagitahu pon alaa yang aku nak je stay semalam di Nusa Penida lepas tengok satu pemandangan yang susah aku nak gambarkan dengan kata-kata. Cantik sangat. Sebabnya, ada satu lagi tempat aku nak pergi tapi tak sempat iaitu Crystal Bay. Kot-kot la sempatkan tapi tak sempat pon hahha. Bila handphone alaa cicir hilang ni buat lagi kuat pulak aku nak bermalam hahaha.
Satu masalah aku masa tu adalah kat mana nak bermalam...kebijakan alaa terserlah bila mana dia boleh tanya kat penjual nasi ayam penyet masa kami makan dinner. Aku tak terfikir pon nak tanya hahahha. Tak jauh dari restoren itu lokasinya. Cumanya aku rasa dia buat kecil-kecilan kot. Namanya aku tak ingat hahaha. Ada 4 bilik je pon. Yang penting dekat dengan pekan dan dekat dengan perlabuhan. Dapat sebilik Rp300.000. Lagi okay dari dorm. Mana taknya, bila aku surf agoda dengan traveloka, banyak yang dah fully booked dan ada satu tu, dorm je pon dengan shared bathroom, semalam RM130.00. Mahal gila untuk aku buat B&B. Mungkin pakai rate USD kot. convert duit MYR memang teruk la bunyinya kan.
Bangun pagi, siap-siap sarapan terus buat pencarian handphone alaa buat kali terakhir bagi puas hati la kan...bila dah puas hati terus ke perlabuhan beli tiket baru ke Sanur. Jumpa balik mamat yang incharge Dwi Mennunggal semalamnya. Habis dipujinya ketenangan alaa bila handphone hilang tu. Kot-kotla puji-puji then bagi free je naik fastboat hahaha. Memang takla, kena beli tiket baru seorang Rp150.000. Tips: Ambil gambar tiket fastboat. Mereka tetap terima tiket yang diambil gambar. Jadi, kalau la terjadi apa-apa berkaitan dengan tiket, tak perlu beli lagi.

Sampai Sanur kena menapak keluar dari perlabuhan sebab Grab tak boleh masuk perlabuhan. Minum pagi kat Dunkin' Donuts dengan misi mengisi perut dan jasa internet WIFI hahaha. Siap makan, pesan Grab terus balik ke Nusa Dua untuk ambil luggage dan naik Grab balik langsung ke Padang Bai. Jauh betul perjalanan.
Haa, keletihan alaa. Aku nak tidur tak dapat. Brader Grab ni kuat menyembang hhahhaa.
Brader Grab ni ada kawan kat Padang Bai. Kawan dia tolong aturkan tiket fastboat ke Lombok. Kalau nak beli sendiri aku rasa dah tak sempat dan sememangnya tak sempat sebabnya, elok kami sampai, terus ke arah fastboat loading bag dan cari tempat duduk tanpa ada tag nama dari fastboat company hahaha. Naik haram ke apa kami ni hahhaa...Tapi tiket macam mahal Rp100.000 seorang berbanding kalau beli online. Eh entah, aku tak ingat hahahha.
Masuk je fastboat terus cari tempat duduk. Tak sedar pulak aku duduk depan aircond. Ya Allah seribu rahmat hahahha. Alaa dok sebelah sana dengan geng-geng mat saleh, hahha.
Fastboat akan berhenti dahulu di Gili Trawangan yang famous tu. Sempatla aku ambil gambar kenang-kenangan.
Habis tercabut klip beg aku. Main tarik je pekerja fastboat ni tau. Tarik ikut hoodie beg pulak tu. Alahaiiiiii.
Sampai Lombok, macam kat Nusa Penida pula rasanya, kiri kanan orang tanya nak tak sewa kereta. hahaha. Aku main lalu je. Lupa pulak nak balik hotel memang kena naik kereta. Nasib baik alaa ingatkan hahaha. Penat masa tu. Aku tak boleh tidur jadi tak boleh fikir dan buat keputusan haahaha.
Runding dengan seorang mamat ni. boleh bawa jalan-jalan seperjalanan nak menuju ke hotel.
Berhenti banyak juga tempat tapi yang seronok ambil gambar kat Villa Hantu ni. Dikhabarkan villa ini tak boleh siap atas sebab mistik. Dalam Villa Hantu ni ada orang jual mutiara. Hahahaha....mutiara sabah pon aku buat tak tahu inikan pula mutiara lombok hahahha.
Singgah juga kat Masjid Nurul Iman. Masjid ini ada sejarahnya kesan akibat gempa bumi di Lombok. Dikatakan rumah-rumah disekelilingnya hancur musnah. Ada lagi rumah yang masih belum dibaiki dengan sempurna.
Next stop dekat restoren makan apa entah. Asal jumpa tepi jalan berhenti je hahhaa. Nak rasa Ayam Talliwang Asli Lombok ahahhhaa. Siap ada dua kuah pencicah. Pedas dan Sangat Pedas dan kedua-duanya tak pedas mana pon hahhaha.
Sayur kangkung ni sedap. Apa ntah namanya.
Menetap di Grand Royal B.I.L Hotel adalah pilihan yang terbaik sebab nak kejar flight awal pagi dan ada free airport transfer. hahaha.
Masuk je bilik, buka tv terus keluar berita takbir raya hahha.
Ya, aku berhari raya aidiladha di Lombok. Alhamdulillah satu pengalaman. Kalau kat Sungai Besar baraan dari rumah ke rumah, kat Lombok berarak di jalanan di malam raya. Meriahhhhh. hihihiih.
Hajat hati nak mandi kolam sebab katanya buka sentiasa 24/7 . Elok aku duduk kat lobi, boleh pulak ada MotoGP. Layan sampai habisla kannnnn hahhaa.
Habis layan MotoGP naik bilik balik, packing barang sepadat-padatnya sebab ada penambahan bahan makanan hahahah. Boleh pulak singgah beli sos taliwang, ole-ole makanan, kicap cap bango, tepung-tepung gorengan, Fuhhhh macam pergi TESCO pula aku rasa hahaha.
Siap packing terus rehat dan tidur. Penat sangat hari tu.
Lombok
10082019
Tiada ulasan:
Catat Ulasan