Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

14 September 2019

Rahsia Alam di Nusa Penida, Bali


NUSA DUA - SANUR - NUSA PENIDA

Wishlist alaa seterusnya ialah ke Nusa Penida. Dari Nusa Dua naik Grab ke Sanur. Sibuk sikit kat Sanur masa kat sini ada ala-ala PAU hahahha. Pemilihan ketua pemimpin parti pemerintah kat sini.

Banyak company fastboat yang ada di sini. Kenapa memilih Dwi Menunggal sebab dia yang paling depan sekali dan nak berangkat dah hahha.

Boleh la Rp350.000 pergi balik. Dalam blog yang aku baca boleh dapat Rp300.000 pergi dan balik. Tapi ramai sangat orang masa tu. Kalau aku jadi dieorg  ni boleh je aku rembat Rp500.000 pergi dan balik hahahhha.







Teringat zaman-zaman aku kerja kat sabah dari kota belud nak pergi Pulau Mantanani hahaha. Mengimbau kenangan betul. Fastboat agak stabil walau arus ombaknya boleh tahan. 

Sampai di Nusa Penida dah jadi macam baru keluar dari bus stand jalan duta hahha.

Boleh sewa kereta dengan  driver. Boleh dapat dalam Rp400.000 sehari (kalau dekat KLOOK RM160.00 lebih kurang Rp500.00). So sila bawak berbincang dan minta kurang pada harga yang ditawarkan haha...Skuter dalam Rp70.000 sehari. 


KELINGKING BEACH

Sampai je kat sini, aku tergelak sebenarnya. Bila aku tengok gambar dekat cik google. Semua gambar dari atas. Siap aku terfikir semua orang zaman sekarang kalau berjalan wajib bawa drone ke ye. Bila dah sampai baru tahu, dari atas ke pantai jauh oiiiiiii. Kalau dengan mata pon rasa dah jauh, ape tah lagi nak turun bawah ke pantai kan hahhaha.





Jenuh aku perhatikan, tang mana la datangnya T-Rex ni seperti yang dikatakan dalam tripadvisor muhahaha. Yang aku nampak hanyalah seekor ikan ataupon lebih tepat lagi adalah biskut ikan hahahha.


bergambar dulu sebelum cari pasai nak turun ke pantai hahha...senyum lagi la kannn. Pastu senyum pon tak larat hahhaa.


haaaa nampak, laju je alaa dah turun ke bawah. Kalau nak turun ke bawah kena ikut tangga  batu sekejap lepastu tangga buatan tanah sampai ke simpang tiga tu dan belok kanan dan turun lagi ke bawah sampaila ke pantai.


Haa okay...rehat kejap duduk kat depan sikit je dari simpang nak turun ke bawah. Tenang sangat duduk sini. Rasa macam kalau bawa laptop boleh la dapat 5 muka surat tulis tesis hahahha. (over gila hahhaha). Eh tapi serius la. Ini la baru betul dengar bunyi deruan ombak menghempas pantai. 

Hajat hati aku nak turun ke bawah tapi rasa macam tak mampu. Bukan tak mampu nak turun tapi tak mampu rasanya nak naik atas balik hahahha.

Kalau mata power boleh nampak bendera Indonesia kat hujung sana tu sebab Indonesia dalam sambutan bulan kemerdekaan. Berkibar megah ya.



Habis sembang habis ambil gambar habis ambil video...haaa....padan muka. Sila naik sendiri hahha.


Hat ni sebelah kanan dari tempat turun. Kena mendaki sikit dan ke tepi. Kat sini lagi jelas biskut ikan berbanding T-Rex. Tapi bila aku tenung balik gambar ni baru aku nampak T-Rex tapi macam versi kekurangan zat makanan. Halus lehernya hahhaha.

Sebelum balik aku ngan alaa singgah minum air kat gerai. Mahal nak mati. Tapi sebab haus aku beli kali yang kedua. Kali ni dengan owner kedai..Owner kedai bagi harga separuh harga. Katanya harga jualan tu untuk warga asing hahhahaa. Kuang ajo hahha. Lepas kajadian ni, apa je aku nak beli mesti lajuja mulut aku minta harga lokal hahha.

Next stop:

ANGEL BILLABONG

Keterujaan aku dengan ombak yang besar kat sini. Cantik sangat.

Rezeki dalam pelbagai bentuk, rezeki aku adalah bila aku dah ready kat tempat ambil gambar dan tetiba aku dapat merasakan ombak paling besar akan menghempas dinding tu. dan ya...itu rezeki aku...terus aku pon minta alaa ready untuk ambil gambar dannnnnnnnnnnnnn dengan kepantasan jari jemari alaa ambil gambar aku dan satu kepuasan tercipta hahahha. Lawa oiiiiiiiiii. Tengok gambar pon aku boleh rewind balik cerita ombak menghempas dinding hahhha.








Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai 
tetapi
walau setinggi sekuat mana pon ombak tersebut, tetap akan tenang juga akhirnya
Maka bersabarlah kerana ianya salah satu cabang iman.
ececehhhhhhh

Perhatikan dekat paras tinggi dekat dinding ombak kena hempas tu, disitulah keunikan tempat ini sebenarnya. Dibelakangnya itu ada satu kolam yang jernih tapi ditutup untuk aktiviti. Kata alaa ada berlaku musibah baru-baru ini kat sini.



Kalau bolehla mandi, memang aku transform oiiiiiiii. Teringin nak mandi kat pool cenggini. Baru best fefeeling exotic hihiii.

Next step to:

BROKEN BEACH

Tak jauh dari Angel Billabong.


Sangat unik, kat sini ada satu pintu gerbang yang mana air masuk dan keluar pada pintu yang sama. 


Broken beach ni tak boleh mandi pon. Turun jauh sekali. Macam satu besen yang besar. air masuk dan air pon keluar. Cantik dan unik. Hebat betul ciptaan Allah ini.




Inilah gambar kenangan terakhir alaa bersama handphonenya. Kesian dia, Dahla handphone dia gambarnya lawa. Banyak pulak tu gambar aku dalam tu. Sayang betul. Takpa, mungkin ada rezeki dan punca asbab untuk alaa ganti handphone yang lagi power kameranya hihihiihi...kata nak ke Tokyo kannnn hihihi...

Nusa Penida, Bali
09082019


Tiada ulasan:

Catat Ulasan