Tahun ni special sikit. Bukan apa, dah lama dah berhajat nak beri sesuatu kepada ibu kepada tiga orang anak-anakku. Lagi-lagi birthday dah nak dekat. (Dah lama rasanya aku tak sambut birthday kikiiiiiii)
Selepas berpenatan aku menunggu kereta siap untuk di allignment dan tukar silang tayar. Aku pon meronda pekan Sungai Besar cari kedai motosikal tapi hampa dan hampeh. Tutup semua dek kerana Cuti Tahun Baru Cina.
Tetiba terlintas di hati. Eh, aku nak cari handphone baru la buat ibu. Lagipon J3 Pro dia dah tak berapa Pro sangat. Asyik hang dan whatsapp tak masuk hihi.
Berhenti kat satu kedai telefon ni tempat atuk nenek selalu beli reload. Tapi aku tak pergi kedai tu pon. Pergi kedai depan dia. Kenapa? Tetiba ada seorang girl keluar dari situ dan aku terus ke sana hahaha. Rupanya, parents budak tu tengah beli handphone.
Aku masuk kedai je terus tengok phone oppo. Menarik ni. 64gb 3gb ram. Harga pon ok. Within bajet aku yang sempit sendat dan padat ini haha. Orang kedai suggest kat aku handphone model apa emtah. Tanya harga 999. Hahhaahah. Memang takla.
Then aku cakap aku nak yang murah memory besar. Then dia cadangkan oppo A5 vs vivo Y15. Lama betul aku nak buat pilihan.
Dan aku memilih Vivo Y15 2020 tokti hahaha.
Kenapa?
✓ Harga dia. Kedai bagi aku 570 (mahal sebenarnya ni haaha) - Sempat tengok di shoppe. Boleh dapat 560 - 599. Tapi takpela. Nak dapat terus dan set malaysia.
✓ 64gb internal storage dan 4gb ram (berbanding 3gb ram)
✓ camera lebih mudah digunakan (apps dia). Ada fungsi beauty untuk buat aku nampak lebih hensem, fungsi doc untuk ambil gambar dokumen, whiteboard, skrin laptop tanpa ada garisan-garisan dan silau silauan tu. Sebagai bekas pengguna canon 700D, fungsi pro adalah sesuatu yang mengujakan hahahahaa.
Fungsi-fungsi lain semua hampir sama keduanya dan spesifikasi yang hampir sama atau dengan kata lain. Hellllooooooo, satu kilang ke? Hahahah. Kita tengok berapa lama handphone ini boleh bertahan haha.
Datang dengan dua warna. Merah hitam dan hitam biru. Dan aku memilih merah untuk ibu. Gong xi fa cai maaaa. Merah ada ong barula untung.
Datang sekali dengan set hadiah dari vivo. Ada headphone berwayar (come on, wireless please. 2020 maaa), selfie stick dan ring yang boleh buat stand tu.
Owh ya...hitam biru untuk aku. Self reward. Nak tuggu orang bagi belum tentu. Baik beli sendiri haha. Benarlah kata cardock. Racun itu benar hahaha. Aku pon terpengaruh nak juga kikikiiiii.
Selamat Hari Jadi buat isteriku dan ibu kepada anak-anakku.
Moga Allah mengurniakan rezeki yang luas, banyak dan tidak putus agar dapat dikongsi bersama kita sekeluarga dan juga keluarga-keluarga kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan