Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

25 Januari 2020

Sehari Bersama Versys-X 250

H: Aku nak tanya ko ni. Rezeki itu wujud tak?
T: Wujud la
H: Mana rezeki ko?

hihiiiiìii. alihan skrip lawak harris dan taju yang kelakar itu hahaha. 

Alhamdulillah, rezeki aku untuk uji ride Kawasaki Versys-X 250 untuk sehari.


Beberapa dokunentasi perlu di selesaikan sebelum dapat membawa keluar dari Kawasaki Sale and Service Centre, Glenmarie, Shah Alam.

Akhirnya, sebuah Kawasaki Versys-X ditunggang oleh aku keluar dari Kawasaki Exclusive Service Centre dan bawa balik ke rumah dengan jarak hampir 50km

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah dengan jayanya. Swafoto dulu ye. Sepanjang perjalan balik ke rumah aku kena hadap traffic jam untuk keluar dari Glenmarie ke Lebuhraya GUTHRIE. 

Kerana aku dilahirkan sepasang kaki yang tidak cukup panjang. Aku menghadapi masalah sikit dengan ketinggian Versys-X. Menjengket aku oiiiii. Hahahaha. Ya, sejarah aku bersama RXZ pon sama.

Handling semasa traffic jam adalah satu pengalaman yang terbaik. Suka hati aku nak menyelit kiri dan kanan tanpa ada masalah kecuali ketinggian dan kereta yang tak kasi aku chance untuk lalu.

Sampai rumah, terus aku tengok saiz rim. Okay, 18 inci. Fuhhhh besar oiiii. Patut tinggi.

Versys-X unik kerana headlight adalah terletak straight selari dengan badan. Makanya kalau ride waktu malam, belok kanan belok kiri, lampu tertinggal sesaat dua. Hahahaa.

Meter Versys-X ada gear indicator yang lebih memudahkan rider dari habit mensungkit gear walhal tengah 6th gear. Selalu sangat aku kena hahaha. Perasaan itu datang sendiri dan pergi tanpa pesan seperti tiada apa-apa yang berlaku

Terdapatnya juga suiz lampu kecemasa hazard light atau double signal bilang urang sabah juga memudahkan dan meningkatkan tahap keselamatan bagi rider lebih-lebih lagi jika Versys-X mengalami masalah. Versys-X selamat, rider selamat, hati pon tenang.

Kewujudan double stand pada Versys-X juga bagi aku sangat penting bila mana boleh menjimatkan wang untuk membeli paddock stand kat Shopee atau Lazada. Dan sangat menakjubkan bila lagi senang nak double stand Versys-X yang besar ini daripada 125z yang ada GiVi box kat belakang hahaha. Lembut je dia naik. Bagi ak penting double stand lebih-lebih lagi bila nak buat kerja kerja berkaitan tayar hadapan.

Dua eksoz makanya ada dua dapur kat Versys-X ini.

Shad Box yang menjadi igauan dan idaman semua insan bagi yang ada duit berlebihan dan memandang sepi GiVi dan Kappa. hahahaha. Sama je oiiiii. Isi barang, tutup, kunci dan jalan. Tapi aku kalau aku berduit SHAD juga aku oiiiiiii.

Aku terfikir juga kenapa Versys-X in pakai rim jejari. Kenapa tidak Sport Rim. Dan hati aku terus jawab, macam tak touring pula kalau Versys-X pakai sport rim. Macam tak kena.

Jadi, bila cukup sehari aku pon ke Glenmarie semula untuk memulangkan Versys-X yang dipinjamkan ini. 

Oleh dengan itu, aku berniat untuk cuba mendapatkan sebuah Versys-X yang berdaftar atas nama satu hari nanti. 

Kenapa?

Sebab:

Keselamatan semasa menunggang. Tinggi, nampak semua yang berlaku dihadapan dan orang belakang boleh nampak aku dengan jelas disebabkan obesiti dan kegagahan Versys-X

Keselesaan hati dan fikiran dalam pengunaan petrol bila mana ada range pada meter untuk memudahkan menganggar perjalanan tanpa perlu menyorong Versys-X ke stesen minyak yang berdekatan. Kalau dekatla.

Terima kasih Kawasaki Malaysia (Glenmarie)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan