setelah bertahun-tahun aku berkira-kira nak beli Ray-ban. Akhirnya aku mampu memilikinya. Nak tunggu hadiah? Tak tau bila boleh dapat hahaha. Sendirian Berhad je la ye.
Bermula dengan aku tertengok instagram spark. Aku pm mamat yang jual ni. RM357 untuk yang ada UV protection dan RM4 yang polarised.
Macam biasa, tanya-tanya dulu dapat tahu harga. telan air liur haha. Simpan dalam chat box instagram sahaja haha.
Satu hari, dapat DM dari seller cakap ada year end sales. harga jadi RM300 yang biass dan RM400 yang polarised.
Kena dengan rezeki yang ada aku ke PATMATA di Wangsa Maju dengan puteri sulongku tersayang hihi. Time maghrib pula tu sampai angkara skru durjana dok hinggap kat tayar kereta. jadi cerita betulla skru tu tau.
Aku taktau pasai apa aku dok layan wayfarer je. padahal sebelum-sebelum ni aku dok usha aviator je.
Sampai PATMATA aku belek-belek wayfarer black dengan matte black. Usha juga aviator tapi tak berkenan pula.
Jadi, Wayfarer Matte Black menjadi pilihan hati. hihi
Next tabungan adalah untuk membawa pulang Aviator Polarised hahahahaha.
Ada cabutan bertuah. Moga Y15, YSuku jadi milik aku haha. Nak juga merasa memiliki motor kan. Logo PATMATA penuh cover set pon aku tak kesah weh hahahah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan