Dah 3 kali hujung minggu berturut-turut aku ke Ipoh. Tengok mak baru lepas operation. Spondylosis. Arthritis di verterbra.
Lalu je kawasan tanjong malim mesti aku teringat kedai pau ni haha. Aku suka pau. Inti kaya jadi pujaan hati.
Hari ini. Nampak signboard tanjong malim. Terus bagi cadangan kat ibu. Ajak makan pau kat sini. Check kat waze 7km dari exit highway. Terus buat keputusan onzzzz.
Nampak dah kedai tapi kemain jauh nak u-turn ke kedai pau ni.
Harga dah naik banyak la banding dengan dulu. (sila baca 12 tahun dahulu). Cumanya air puas hati sikit sebab gelas dia besar.
Pau : 4 × 2.40 = 9.60
Cham panas = 3.50
White coffee ais = 4.00
Minggu lepas aku cari kat R&R Tapah tak jumpa la pula. Ataupon memang dah takda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan