Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

15 Mac 2020

ARAB TOWN RESTAURANTS, AMPANG POINT

Makanan asalnya dari arab atau namanya bunyi arab memang jadi pilihan aku 💗

Dah duduk dekat area Ampang Point memang mengundang rembesan enzim amilase la kan. 

Aku buka google maps cari Restoren makanan arab berhampiran. Sekali ARAB TOWN RESTAURANT ada kat belakang blok hotel aku je ni ha. 

Restoren ni bersebelahan dengan Ampang Points je. Dekat pintu keluar kalau parking bawah Ampang Point. 

Macam biasa, sampai je dekat restoren arab ni, shisha memang merata. Mujur dekat luar kedai. 

Masuk restoren. Fuh. Ramai pula pelanggan. Aku memang lemah kalau dah dapat Menu. Seperti selalu aku akan confuse  dengan khabsa, Hanith & Mandy. Madghout belum lagi masuk dalam list. Eh betulka ejaan macam tu. 

Kali ini aku memilih Nasi Khabsa Ayam. Tapi aku silap! Aku lupa oramg ambil order aku bukan orang sini. Hajat di hati nak ambil quarter bird je sekali datang half bird hahahhahha. 🍗. Jenuh eh nak aku habiskan. Dapat bahagian dada. Aku menyerah huhu. Lesson learnt.


Porsi nasi sesuai dengan kehendak aku. Sambal ngam. Kuah sup tu kena perbaiki lagi dan nasi arab ni mana ada kahwin dengan sup aku rasa. Pengalaman aku kat Arab Saudi lakan. Isk rindu pula nasi arab Safwa Tower. 

Kehendak mouthfeel aku mengatakan bahawa hidangan ini boleh boleh la. Nasi sedap. Ayam tak berapa juicy. Kering sangat. 

Teh pudina kegemaran aku 😍

Haaaa...inilah harganya untuk rekod aku. Kalau quarter bird RM11.50 kalau tak silap. 

Aku akan kembali dengan Lamb Hanith hahaaa. 😁 (Kalau layan nasi arab Syria sebelah Mydin Chow Kit tu menarik juga ni. Pergi esok la. )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan