Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

15 Mac 2020

New Wave Hotel Ampang Point

Aku cuku p tak berkenan kalau kena incharge sesuatu program kat tempat kerja. Bukan apa, rumah jauh dan kena datang awal untuk setup tempat. Maka dengan itu kenala aku booking hotel menginap semalam ATAS TANGGUNGAN SENDIRI. Hahahaha πŸ˜›

Kali ini aku booking dengan travel partner aku Mr. Traveloka. Double Room - 2 guest aku dapat RM32.66.πŸ’“. Itupon penuh dengan debaran haha. Mula-mula buka apps dapat harga RM32.66. Dalam pada masa aku skrol apps tu. Bila aku bula balik hotel ni, harga berubah pergi balik RM42.00. Uiskk tak boleh jadi ni. Aku terperasan ada logo deal. Tapi logo tu dah pergi kat hotel lain. Aku pon tunggu lagi. Malam aku cuba lagi. Okay, dapat harga cun balik, aku terus ngap. hahaha πŸ˜†

Balik kerja terus ke Ampang Point. 3 kali pusing baru dapat parking. Ramai betul la orang melepak kat sini.


Masa nak check in aku terperasan senarai harga hotel kalau walk in. Okay, sila beli online ya hahaha.πŸ˜‰. Ikut bilangan guest la pula.







Bilik bersih dan sesuai untuk tinggal berdua. Bilik agak kecil berbanding Ampang Point Star Hotel yang aku duduk sebelum ini. Internet laju. Mungkin balik aku tengah-tengah bangunan so line telefon kurang la sikit. Ada lif ya. Senang kalau bawa barang banyak. Takdela turun naik tangga.

Abang yang jaga masa aku nak check in senang nak berurusan. Risau pula bila baca review di Traveloka. Alhamdulillah dipermudahkan.

Tinggal kat sini senang nak cari makan dan dekat dengan Ampang Point kalau nak cari barang.

Harap-harap kalau kena duduk Ampang lagi, aku dapat la offer lagi dengan harga yang mampu milik hahhaha πŸ˜œπŸ’€πŸ’€πŸ’€πŸ’€πŸ’€πŸ’€

Tiada ulasan:

Catat Ulasan