Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

15 Mac 2020

CAPECAFE TANJONG MALIM, PERAK

Pagi-pagi lagi ibu ajak aku ke Tanjong Malim buat lawatan sambil makan-makan Pau Yik Mun. Macam baisala aku. Hari sabtu yang indah perlu disulami dengan kerja-kerja sekejap di waktu pagi. Lepas siap zuhur dalam pukul 3.00 petang baru keluar rumah ke Tanjong Malim hahaha. 😆

Keluar rumah masuk Bukit Tagar, tenang betul PLUS Highway hari ni. Dalam masa nak ke exit Tanjong Malim. Aku cuba search CAPCAFE dalam Waze. Tapi gagal. Wife tanya kenapa nak pergi situ. Terus aku jawab aku macam tertarik dengan video Apit Wan Lebo pergi restoran ini. hahha

Tanya balik wife, rupanya aku salah eja. CAPECAFE rupanya. Aduyaiii.

Dekat dengan Pau Yik Mun. Jadi buat keputusan makan kat CAPECAFE. Jenuh nak cari parking. Ada pon kosong kat Dominos Pizza. Jauh juga la menapak ke restoren. Dengan bebudak lagi.




Masuk je restoren, ramai tapi tak penuh. Ambil meja tapi water station air kosong.

waiter bagi kertas order.

Makanya, rasa nak makan semua. hahaha.

Semua berharga RM1.70 termasuk juga harga untuk air.





Nasi Lemak : Abang cakap sedap. Semua habis kecuali sambal dan kacang 😜


Chicken Chop CapeCafe: Sidedish abang. Tapi dia makan fries je 😅


Nasi Putih Ayam Goreng Berempah: Kakak's.



Nasi Ikan Keli Penyet: Aku punya. Sambal dia sedap oiiiiiii.


Nasi Chicken Chop: Ibu's. 


Fries: Abang makan semua


Ubi Kayu Rebus Sambal Bilis: Sedap. Lama sangat rasa tak makan ubi kayu


Sagu Gula Melaka: Suka beno kakak aihhhhh. Habis kat dia je.


Nasi Minyak Ayam Merah: Paling sedap antara yang sedap. #akusuka


Nasi Himpit Kuah Kacang: Mengingatkan aku kepada syawal yang akan menjelma. Bersediakah aku untuk Ramadhan?


Mee Kari: Ibu's. Kuah cair ingat tak sedap. Sedap la weiiiii 😆


Bakso untuk aku tapi kakak yang makan hahaha 😍


Kuih muih yang tersedia untuk diambil dan sila bayar. Harga sama, RM1.70.

Puas hati dapat makan dan rasa banyak jenis makanan. Boleh datang lagi kalau aku lalu Tanjong Malim.

Siap-siap semua, singgah Pau Yik Mun, beli pau dan white coffee dan terus balik Sungai Besar ikut jalan dalam. Takut juga, sunyi. Tapi jalan elok la daripada dulu. Kurang dah lubang-lubang dan jalan mendap. 

Masih terngiang-ngiang Nasi Minyak Ayam Masak Merah hahahahha.
💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓

Tiada ulasan:

Catat Ulasan