Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

29 Mac 2020

DIY Tukar Bateri Motorsikal

Tatkala tidak boleh gerak kemana-mana aku tekadkan hati nak tukar bateri motor aku yang dah lama beli tapi tak reti reti nak pasang hahahha.

Dah lama tak ber DIY ni nak buka bateri. 


Huishhh mencabar pula nak buka bateri motor ni. Boleh pula aku tak boleh buka skru pada bateri tu. Usaha punya usaha, tak boleh nak buka. Aku geram. Aku patahkan je dengan playar. Bila tarik keluar, tercengang aku kejap. Kali terakhir tukar bateri ni pada 3 Julai 2013! Sekarang dah 2020. Fuhhh hampir 7 tahun aku layan bateri ni. 😎. Jenama YUASA.



Siap pasang, terus lega rasanya. Takut juga wayar kat bateri tu terputus ke apa ke sebab aku sembur WD40 juga hahha. Geram punya pasal hahaha.

Next project nak tukar Mr. Green aku. Tapi apakan daya dah jual. Hanya tinggal kenangan. 😭


Tiada ulasan:

Catat Ulasan