Hari ke-50 Perintah Kawalan Pergerakan
6 Mei 2020
Satu lakaran sejarah bagi aku setelah berkhidmat di Ampang selama 1 tahun 5 bulan 1 hari dan kini aku melangkah ke Gombak Setia untuk memulakan kembali perjalanan kerjaya aku.
Pukul 8 pagi lagi aku dah terpacak depan PTJ baru aku di Selayang. Selesaikan urusan lapor diri. Terus ke penempatan aku di Gombak Setia. Aku tersenyum. Hanya berjarak 10km sahaja dari pejabat.
Teringat balik kalau dari Ampang ke PTJ lama 38km. Fuhhhh.
Alhamdulillah...Selesai urusan lapor diri, jumpa boss-boss, buat thumbprint dan tengok bilik di Gombak Setia. Buka waze tekan Ampang. Naaa... 17km lagi. Hahaha. Maksudnya di sini aku akan jimat lebih kurang 35km sehari kalau ke Ampang. Kalau Ampang la, kalau kena pergi PTJ lama, Balakong, Kg Cheras Bharu lagi bertambah kilometernya. Hihii.
Zamam sekarang kan. Aku harus berjimat.
Sampai Ampang bawa pengganti aku jalan-jalan sekitar dan kenal-kenal dengan staf yang ada. Jumpa boss untuk urusan serah tugas.
Maka selesaila serah tugas dan segala yang berkaitan di Ampang.
Moga jasa jadi kenangan.
Moga permulaan ini satu kecemerlangan yang berterusan buat diri aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan