Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

02 Mei 2020

Bakul Makanan di Bulan Ramadhan

Alhamdulilah, cepat je Allah bagi balik. Allah maha berkuasa, maha agong, maha pemurah dan penyayang

Datang ahli masjid ke rumah untuk memberikan sumbangan berupa bahan makanan untuk keluarga aku ini. Rindu nak masuk masjid. Asyik tengok dari luar sahaja. Sungguh terkesan dengan wabak Covid 19 ini. Aku dah lama tak solat fardhu dan jumaat di masjid. Masuk kawasan masjid pon sebab nak beli nasi lemak dengan roti canai abang fadil. 😅

Terima kasih ahli masjid yang sudi menghantar ke rumah. Ibu yang ambil. Aku tak sedar pon mereka datang. Indahnya Islam. Bantu membantu antara satu sama lain. #kitajagakita

Masjid Al-Awwabin, Bestari Jaya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan