Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

01 Mei 2020

Dari RM2.04 Ke RM1.25 Seliter

Penangan Covid-19 terhadap harga minyak petrol sangat hebat. RM1.25 per liter. Fuhhh. Sangat diluar jangkaan bagi pengguna harian seperti aku.

Tapi kini aku menolak teori harga minyak turun harga barang pon turun. Harga barangan keperluan seperti tiada kesan.

Penggunaan harian aku dari rumah ke tempat kerja 75km sehala. 150km sehari disertai dengan nilai tol yang menyeramkan. 

LATAR Ijok : RM2.50
LATAR Kuang : RM2.50
PLUS Rawang (S) - Jalan Duta : RM2.38
DUKE : RM2.50

RM19.76 nilai tol untuk pergi dan balik sehari. 

Anggaran meter fuel consumption ialah sebanyak 8L/100km. Jadi dalam sehari penggunaan minyak petrol aku adalah 12L! 

Fuhhh...kalau harga lama RM2.04, sehari aku belanja RM24.48 berbanding dengan harga sekarang RM15.00. Beza sebanyak RM9.80. Jimat dah penggunaan duit aku. Harap lepas ni harga minyak petrol kalau naik pon, janganla naik sangat 😅. 

Kos aku ke tempat kerja sehari sebelum PKP/ MCO adalah sebanyak RM44.24. Haruslah aku berpindah cepat cari tempat kerja dekat dengan rumah la kan. 🤔. Kalaula sebulan 20 hari berkerja. Aku belanja RM884.80 ke tempat kerja dan bukan setiap hari aku di Ampang. Selalu ke Kajang, Bangi dan Balakong. Lagi jauh kebelakang. Tambah kilometer. 

Kalau aku tengok google maps ada 3 jalan. Paling jauh 64km, 60km (paling cepat) dan 54km. Okay dah aku rasa. Dah kurangkan 50km sehari bila pindah ditempat baru nanti. Jangan lalu banyak sangat tol sudah. Haru. 😅

Semoga perjalanan aku demi mencari rezeki keluarga dipermudahkan. Manatau dapat pindah lagi dekat dengan rumah ke. 🤩

Simpan gambar buat kenangan dimasa depan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan