Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

01 Mei 2020

Aplikasi Tesco Malaysia Scan & Shop Apps

Hari ini hari Jumaat penghulu segala hari penuh barokah dan mawaddah. 

Awal pagi lagi aku dah ke Tesco nak beli barang rumah. Ingat dah awal dah. Sekali beratur panjang ya amat haha. 

Walhal belum pukul 8.00 pagi kot. 


Beratur, periksa suhu badan, ambil troli dan pakai hand sanitizer berjalan sangat lancar di Tesco Kuala Selangor. Ada aliran kerja yang baik.



Kalaula mereka ikut susunan kad. Haa aku orang yang ke-45 kekeke

Di Tesco ni aku suka dengan Apps Tesco Malaysia Scan & Shop. 

Apps ni memudahkan aku nak pantau harga barang sebab kadangkala harga di rak berbeza dengan harga di sistem. 

Kalau ada perbezaan boleh la tuntut balik di kaunter khidmat. Tapi leceh la. Aku tak suka. Tapi setakat ini memang aku dapat je duit perbezaan dikembalikan haha 😁

Seperti biasa, buka Apps dan scan QR Code yang ada di pintu pagar yang ada detector.

Bila dah imbas. Apps akan tulis Tesco Kuala Selangor dan mula membeli hihi 🀩

Kalau nak beli barang, tekan bulatan biru (no 1), imbas kod bar pada barang yang hendak dibeli dan harga akan terpapar ni no.2. kalau beli barang yang sama melebihi 1 boleh tekan + - pada no.3.  Kalau tak jadi beli barang boleh tekan remove item dan imbas semula barangan tersebut. Kalau nak tengok senarai barangan yang telah diimbas boleh teka no.5. Yang paling penting tengok total RM takut terlajak belanja atau bajet hahaha. 

dah ada depan kaunter tekan 3 titik kat atas Apps tu (no.6) dan pilih finished shopping. Maka akan keluarla kod bar. Tunjuk pada cashier. Cashier imbas dan masuk dalam sistem dikaunter. Bayar.

Barang pom tak perlu letak atas conveyor belt hahaha. Duduk diam je dalam troli. Tapi sebelum bayar, cashier semak dulu la bilangan item barangam yang dibeli.

Dah tak perlu bawa kad Tesco dah πŸ˜…

Selamat membeli dan sila belah πŸ˜…. Lagi lama lagi banyak πŸ’ΈπŸ’΅πŸ’΄πŸ’ΆπŸ’·πŸ’³πŸ’° melayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan