Fuhhh lama dah kejadian ini masa awal-awal musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Masih segar dalam ingatanku haha 😂
Ada 3 episod hahha.
EPISOD 1
Abang....ambil daun kari. Patahkan 2.
Ok papa
Ni haa. Daun kari. Dua.
Huhuuuuuuuuuuuuuuuuu
(Cakap ngan bebudak kena ringkas jelas dan penuh maklumat)
hahahaahhahhaaha
EPISOD 2
Alhamdulillah, faham kepada arahan.
2 tangkai daun kari telah diambil. Sebagai seorang bapa, aku tetap tak puas hati. Halusssssssss tangkai daun karinya. Ermmm
Tertinggal satu perkataan yang hebat iaitu ambil tangkai yang besar? Panjang? Tua? Ehhhh entahlaaaaa
Hahaahahaa.
Steady abang 😍
EPISOD 3
Abang, tolong ambilkan papa daun kari 2 tangkai.
Ok, papa....keluar rumah.
Masuk balik rumah...papa, abang nak gunting
Nah gunting...keluar rumah semula
Masuk balik....
Ni papa daun kari.
Ni berapa tangkai ni bang
Dua la papa....sambil tunjuk ranting satu dan ranting 2.
Aku gelak, abang terpinga-pinga sambil gelak tak ikhlas
Ni bukan tangkai bang? sambil tunjuk batang pokok kari tu
Bukan, ini pokok kari, ni tangkai sambil tunjuk semula dua ranting tu
Nangissssss...😭😭😭😭😭
Hahahahahhaha 😍
TAMAT
3 episod air mata kelucuan dari seorang anak kepada papanya kikkkiiiiii
Semoga abang menjadi anak yang soleh, hebat, pintar dan bijaksana, memilik keperibadian rasullullah, menghormati orang tua dan sentiasa berbuat baik sesama manusia dan Allah juga rasulNYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan