Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

13 Jun 2020

Bila Jasaku Dikenang, Syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah rezeki aku buat kali ini. 

Walaupon memberi perkhidmatan bermula Awal Disember 2018 dan berakhir pada awal Mei 2020 lebih kurang setahun setengah di PTJ lama.

Terima kasih Dr Zai dan semua Ketua Bahagian dan semua Ketua Unit yang lain atas ingatan ini dan mohon salah silap diampunkan dan Selamat Hari Raya.

Alhamdulillah aku dapat hadiah Sejadah dari naelofar, buku dan glasslock foof container

Tidak terlintas pula aku naelofar ada keluarkan sejadah. Aku dah terdetik eh ini tudung atau shawl yang aku dapat ni. Nampak dah senyuman ibu. Bila buka sejadah dan warna biru. Okay, cantik hahahhaha 🤩😍 

Lembut tekstur kain sejadah. Ada biji biji getah yang tak bagi sejadah bergerak tu kat alas sejadah. Ada logo ñ pada sejadah nampak eksklusif. Pada aku yang obses dengan huruf N adalah kegembiraan buat aku hahaha. 

Semoga aku dapat memberi khidmat yang baik di PTJ baru insyaAllah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan