Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

27 Jun 2020

Denied Check In OYO Hotel - Lahore Hotel

Pengalaman kali ke-2 buat tempahan hotel dengan menggunakan aplikasi OYO adalah seperti yoyo yang tidak bertali, kena letak ketepi dan diketepikan lantas kena beli beyblade untuk mengisi masa lapang.

Dulu aku pernah tinggal di Hotel Green, Ampang dengan cemerlangnya dari buat tempahan, check in dan check out.

Kali kedua ini aku memilih Hotel Lahore sebab aku sangat familiar dengan kawasan sekitar hotel ini.

Habis waktu kerja aku terus ke hotel ini untuk check in. Sekali satu yang mengejutkan aku bila masa aku tidak dibenarkan check in sebab aku tempah guna apps OYO. Kalau nak duduk kat hotel ini dia kata kena bayar RM60.00.

Aku dengan beg baju, beg kerja, beg laptop dan baju kemeja berhanger dah jadi macam orang bodoh dah kat situ dipermainkan oleh orang asing yang jaga Hotel Lahore ini. 

Bila dah denied check in dengan 2 orang perkerja dia tu, aku panas. hahaha. Aku siap tanya kenapa tak boleh check in. Kot-kot la pasai Covid 19 la kan. Tapi bila dia cakap walk in boleh kena bayar RM60.00 tu aku dah pelik. Dahla tak pandai cakap melayu dan english. Aku tak berapa faham sebab dia kata 'pay pay'. Elok aku nak buka wallet aku dah rasa lain macam. Bila aku tanya balik, tu yang keluar dari mulut dia RM60.00 tu.

Aku tak puas hati dan tanya tanya dia. Orang asing itu call boss dia dan aku yakin beliau juga warga asing. haiyooooooo.

Dia cakap we do not accept OYO online booking. Okay aku sah kena game ni.

Angkat balik barang, menapak ke kereta. duduk dalam kereta. aku apa lagi, contact OYO Customer Service yang kat dalam Apps tu. Agak lambat jugala nak respon tapi agak membantu. Customer service OYO nama Izzati cukup membantu aku.

Dan aku ambil keputusan untuk balik rumah aku yang jauh itu huhhhhhhhh...!!!

Sebab dia kata proses untuk menyelesaikan masalah aku ni ambil masa minima dua jam dan dua jam itu sangat berharga yang mana aku boleh balik rumah.




Dapat pula email dari OYO suruh bayar RM37.00

Bila semak semula dalam apps OYO tiada caj dikenakan dah harapnya begitu sebab bukan salah aku. Kalau nak caj aku sila pastikan aku dapat check in hotel tersebut dan jangan buat customer macam bola, boleh tendang sana sini ikut hotel yang diganti oleh OYO. Kiranya kalau kita batal kita kena caj, kalau dia bagi hotel ganti dan kita tak nak pon kita kena caj. Iskkk, mana boleh macam tu. Sebagai pengguna, kita tiada pilihan jika kita telah buat tempahan dengan OYO. Dah macam kena cucuk hidung dengan OYO. Kena terima apa jua keputusan OYO. kenapa aku cakap macam ni, dalan apps, dia tiada pilihan jika kena denied check in, tempahan terbatal atas sebab OYO. Apa yang aku faham, kalau aku tekan cancelled booking so pembatalan itu atas kehendak aku walapun kesilapan dari pihak OYO.

 Jadi, jika ianya terjadi pada aku tiada hak pengguna disitu. Memang aku berniat untuk ajukan kepada hak pengguna jika aku kena caj. Bukti aku simpan siap-siap.

  Unless, memang customer yang batalkan tempahan dan pihak OYO menanggung kerugian daripada tempahan akibat customer tak check in, itu aku setuju kalau pihak OYO nak caj. Kes aku ni denied check in, jadi sepatutnya aku yang rugi sebab dah confirmed booking dan aku dah berada di hotel tersebut untuk check in. OYO kena setel masalah ini dengan Lahore Hotel bukannya caj aku.

Adakah yang ketiga untuk OYO?

Mungkin aku kena kembali ke Traveloka dan Agoda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan