Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

26 Ogos 2020

Rak Dokuemen DOKUMENT IKEA

Lawa juga rak dokumen besi dari IKEA ni. Senang je nak pasang. Ada 6 skru yang perlu aku pasang dan sudah semestinya perlukan screwdriver mata philip. 

Baru lawa bilik aku ni haaaa 

Hahahaa 😅

24 Ogos 2020

The Regency Sholar Hotel, Kuala Lumpur

Kembara jalan-jalan dari satu hotel ke satu hotel yang lain diteruskan dengan mendaftar masuk di The Regency Scholar Hotel di Gurney Mall, Jalan Semarak Kuala Lumpur. Waze sahaja Gurney Mall pasti jumpa hotel ini.

Keunikan dan kesukaan aku kepada hotel ini adalah kerana atas hotel bawah shopping complex tapi bahagian food court sahaja hahaha. Aku mulakan mukadimah dengan makan di Oldtown White Coffee. 

Boleh kata hampir semua fast food restaurant terkemuka ada disini (McDonalds obsoeyo). Bijak siapa yang bina kompleks ini. Tempat tumpuan ramai walaupon aku pernah mengeluarkan kata-kata kenapa tersorok sangat Gurney Mall ni hahaha. Ada Mindef, PULAPOL dan UTM. Aku juga dapat merasakan yang The Regency Group pajak bilik-bilik student tukar jadi bilik hotel. 

Owh ya. Restoren TIGA BUDAK GEMOK , restoren wajib cuba. Dahla beratur panjang. Dapat air free flow pula tu hahahhaa. 

Aku sampai awal. Waktu check in macam biasa pukul 2.00 petang. Mujur abang hensem kacak bergaya panggil aku dan check in pukul 1.00 petang hahahha. 

Masuk bilik terus rasa macam budak UTM. Boleh nampak student sebelah blok sana. Main game aku rasa hahaha. Khusyuk lain macam

Ada siap sinki, top cabinet dan peti sejuk. Kopi teh macam biasa. Saterika pon macam biasa melekat dan bau hangit bila panas. Yang datang hotel ni memang akan memghangitkan baju masing-masing ke apa. Alahaiiii. Aku nak guna kat baju aku pon aku tak berani hahahhaa. Melekat berlubang hangit nanti buat pasal ja. 

Bathroom dia ok kemas. Ada dekorasi yang boleh jadi inspirasi. Cumanya lubang air di shower room tu lambat nak sedut air. Bertakung. Tapi aku improvised !!! Buka penutup dia dan masalah air bertakung selesai. 

Selama 3 hari 2 malam itu aku buat hal. Kunci pintu hilang dari pandangan. Minta kunci gantian di kaunter check in tanpa ada halangan. Bagus. Memudahkan guest. Sekali rupa-rupanya dalam beg aku. Bila masa terjatuh masuk dalam beg baju aku pon aku tak tahu hahahaa. 

Early September  nanti aku akan ke sini lagi InsyaAllah. Macam berjodoh je kat sini. Tapi kali ini ingat nak bawa permaisuri sekali. Nak belasah Nasi ayam 3 Budak Gemok nanti hahahah. 

Makan malam pula dapatla aku merasa makan malam ala-ala jepun bento namanya. Sedap juga. Yang penting ada seri muka. Lama aihh tak makan.

09 Ogos 2020

3 Hari 2 Malam di Royale Chulan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Aku buat hal Hari Raya Aidiladha kedua baru-baru ini dengan check in di Royale Chulan Bukit Bintang. 

Nak ajak kesayang rasa kesian pula kat triple Am nak main-main dengan sepupu. Hantar semua ke kampung pada hari raya pertama. Sekali masing-masing sepupu balik rumah hari raya kedua. Hahahaa 😅

Urusan nak check in mudah dan pantas. Aku request katil besar dan dapat. Yahoo 🤩


Ini kali pertama aku check in. Bila masuk bilik aku tengok ada sofa bed terus teringat kat kesayangan. Bilik besar dan luas. Mesti seronok kalau triple am main lompat katil hihi. 

Ini kali pertama aku makan breakfast di hotel musim Covid-19. Makanan akan dihidangkan dari air, roti bakar sehinggalah makanan utama. Boleh tidak tambah makanan aku tak tahu tapi air boleh hahahaha. Macam tak seronok pula tak buffet hahaah. 😁

Parking di basement hotel percuma untuk semua in house guest.

Sempat jugala aku ke Plaza Low Yat. Jalan kaki je dari hotel. Teringat masa zaman muda-muda dulu. Boleh kata setiap minggu akan ke Low Yat. Minat betul aku kat komputer masa tu. Macam-macam teringin tapi terbatas dengan faktor kewangan hihiiii. Dah kerja sekarang ni, pergi Low Yat beli pendrive je hahahhaa. Ya adoiiiii. 


Minggu depan ada mesyuarat di Putrajaya. Nak dok hotel mana eh? Hihiiiii. 

Suka Duka Sedekad Sebagai Penjawat Awam

10 tahun berlalu, suka duka aku bergelar penjawat awam kini jadi kenangan tersemat kemas erat di hati

Seharusnya aku ke Sabah untuk lapor diri pada 14 Jun 2010. Malam sebelum berangkat aku dengan mak abah sibuk kemas rumah sewa aku. Penat sangat. Aku tak berapa setuju sangat bila abah ajak tidur rumah andak di Sungai Buloh. Jauh sangat bila dibandingkan dengan rumah aku di Taman Equine. Sangat dekat, turun jalan ke Putrajaya terus ke KLIA. 

Bangun pagi, siap-siap. Dari Paya Jaras, Sungai Buloh masuk highway PLUS Sungai Buloh. Boleh pula plaza tol ada masalah sistem. Lama juga sangkut kat situ. Masalah betul. Singgah sekejap di Plaza RAH. Langsung ke KLIA. Aku sampai lewat 5 minit di kaunter check in MAS. Malapetaka betul haha. Aku diminta untuk ke pejabat ticketing MAS untuk mohon check in sebab aku cakap aku tak nak drop bag, aku nak check in body sahaja. Sekali tak kena layan haha.

Menyesal tak sudah. Lebur duit kapal terbang aku. RM600 kalau tak silap. Nak buat macam mana kan. Bagusnya pengajaran dari kejadian ini, semua ahli keluarga aku patuh terhadap jadual penerbangan yang strict. Naik kapal terbang ni bukan macam naik bas. Ada tiket boleh naik. Aku telefon shahir minta nombor telefon pn puspa. Aku maklumkan kepada pn yang aku terlepas flight. Terus jadi bahan jenaka orang di sana hihi. 

Balik ke rumah. Penuh dengan rasa menyesal tak sudah. Hari-hari yang aku lalui aku dok rumah je. Mujur juga pada waktu itu aku dapat Ujian PAC untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di INTENGAH. Semamgat betul aku berlari, terlibat dalam semua aktiviti. Macam boleh dapat tapi tiada rezeki nak jadi PTD. 

Sampai la tanggal 4 Julai 2010 aku berangkat ke Sabah juga dengan MAS. Sampai di Kota Kinabalu, cuaca hujan seperti mana hujannya rasa hati bila seorang sendiri di sini. Aku dijemput oleh sahabat aku Dr Maryam dan suami dan dibawanya aku ke Yaho Hotel. Sepanjang perjalanan sempat aku cari Rumah Persekutuan yang akan menjadi tempat aku akan bergelar Penjawat Awam. 

5 Julai 2020, aku menapak dari Yaho Hotel ke Rumah Persekutuan. Selesai urusan melapor diri di Bahagian Pengurusan terus aku melapor diri dengan Pn Puspawati. Tak lema lepas tu ada panggilan dari seseorang yang bernama Charles. Aku tak faham apa yang dia cakap. Yang aku dapat tangkap dia dah tunggu bawah. Hihii. Alhamdulillah, naik Toyota Fortuner dari Rumah Persekutuan ke Yaho Hotel. Mujur dapat refund duit hotel hahaha. Kalau ikutkan aku booking 2 malam. Dan ke Keningau la kami berdua. 

Sampai di Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau aku disambut oleh Zamir. Selesai urusan lapor diri aku di PKK Keningau aku dibawa Zamir untuk jumpa Rafidah. Rafidah minta tolong Rizuan untuk tumpang semalam dua. Padahal mau dekat 2 minggu ke sebulan rasanya hahahaaha. Lepas tu terus jadi rumah tumpangan wajib singgah sampai la Rizuan berhenti kerja. 

Penempatan aku di klinik Kesihatan Ibu & Anak Keningau. Banyak yang aku pelajari di sini. Lebih kepada hubungan sesama manusia berbanding kerja. Satu suasana kerja yang positif. Ke Tenom, Nabawan dan Tambunan itu biasa. Yang luar biasanya macam mana boleh handle 4 daerah tu dengan Zamir. Nasib Zamir hebat hihi. Aku biasa-biasa aja. Kalau ikutkan kami bertiga. Tetapi ada kejadian yang tidak begitu enak apabila ada gerakan untuk menghantar aku berstesen tetap di daerah Nabawan dan aku tidak bersetuju. Zamir pon boleh kata hari-hari hint aku pergi Nabawan naik moto hahahah. Aku nekad pada waktu itu jika aku diarahkan ke Nabawan, aku akan tinggalkan Keningau. Aku tak buat apa-apa pon. Aku tak kacau orang pon. Aku nak balik Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di ibupejabat. Orang teraniaya ni insyaAllah Allah akan lindung. Ya, Allah melindungi aku alhamdulillah. Pegawai tersebut dipindahkan ke daerah lain. Yang peliknya lagi dah pindah daerah lain pon masih nak jumpa Pengarah pasal hal ini. Aku kekal tenang. Alhamdulillah semuanya terkawal sehingga la pada hujung November 2013 aku mohon untuk berpindah ke daerah Kota Belud. 

Di kota belud aku ditempatkan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kota Belud dan menjadi Pegawai Pemakanan pertama di daerah itu. Semua kena setup bagi menyenangkan kerja-kerja hakiki. Hari pertama aku di daerah ini, banjir pula di kawasan pekan dan di bulatan jalan baru. aku tak tau apa-apa, main redah je la banjir. Mujur masa petang dah surut boleh balik rumah di Kota Kinabalu hahaha. Di sini nilai-nilai kekeluargaan sangat tinggi. Sangat rapat. Sn Damag dan JMK Suzana selalu buatkan diri aku menjadi sebahagian dari mereka. Aku di sini sampai September 2016. Penglibatan terakhir aku di daerah ini ialah apabila menganjurkan Sambutan Hari Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Klinik Kesihatan Taginambur di hari terakhir aku berkerja di daerah ini. Jemput selebriti untuk rasmikan program. Kenangan betul hihiiii. 

Bermula September 2016 aku masuk sekolah balik hihiiii. Aku melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Macam biasa, buat dengan Prof Norimah A Karim. 😍

Disember 2019 aku kembali masuk berkerja di Klinik Kesihatan Ampang yang mana rezeki Allah dan ketentuanNYA tu aku tak boleh nak ungkap macam mana perasaanya tu. Dengan penuh barang-barang dalam kereta nak balik ke Sabah dengan berlakunya perpindahan tempat bertugas dimana aku akan ditempatkan di Sandakan. Seronok aku masa tu bila dapat tahu ditukarkan ke KK Ampang dan tak perlu kendong barang banyak-banyak naik flight  ke Sabah. Duduklah aku di Putrajaya sampai urusan selesai. Baru lapor diri di PKD Hulu Langat. 

Khidmat aku di Klinik Kesihatan Ampang sekejap sahaja. Bulan Mei 2020 aku berpindah masuk ke Klinik Kesihatan Gombak Setia sehingga sekarang dan InsyaAllah kalau tiada apa-apa aral melintang aku akan lama di sini. Mungkin berpindah ke klinik yang berhampiran dengan rumah aku selepas ini dan masih dalam kawasan PKD Gombak. Perpindahan ini sedih untuk aku sebenarnya. Aku terpaksa pindah untuk kelangsungan perkembangan kerjaya aku. Penglibatan dan prestasi yang signifikan di peringkat klinik dan daerah tidak menjamin laluan kerjaya aku apabila penilaian diberikan hampir sama (kurang atau lebih itu rahsia, ko fikirrrrrrr !!!!! Mestilaaaaaaaaa..........) dengan prestasi aku semasa penilaian tahun pertama berkerja untuk 4 bulan pertama pada tahun 2010. Keadaan ini buatkan aku nekad untuk berpindah. FMS cakap depan-depan kat aku. 'you alls ni dahla sikit, jagala profession sendiri betul-betul. Sesama profession pon boleh buat macam ni'. Tapi, aku nak kata apa, bukan aku yang menilai. Sebenarnya beberapa kali aku diajak untuk bertukar suka sama suka dan aku tolak. Selepas kejadian ini tanpa menoleh ke belakang aku terima ajakan perpindahan dan aku masih ingat kata-kata kawan sekerja aku. 'cik nan jangan ubah fikiran ya!'. Hahahaaa. Ya, aku tak kan ubah fikiran. Maka perpindahan aku dan dia sangat pantas. Beberapa kali ibupejabat negeri telefon aku minta borang original perpindahan aku. Apa boleh buat, urusan di PKD aku belum selesai hihiiii. Bila pegawai tersebut tanya kenapa tak hantar lagi? PKD tak lepas ke? Hahahaha. Aku mampu senyum dan gelak sahaja. Manala aku tahu. Luar bidang kuasa aku. Masa nak lapor diri ke PKD Gombak pon PKD lama telefon minta aku tangguh tugas tapi tak dilepaskan oleh PKD baru. Aku okay je sebab dah prepare nak serah tugas awal-awal lagi hahaha. Aku berdosa besar sebenarnya bila mana ramai teman bertanya kenapa aku berpindah dan jawapan aku ialah sebab jarak ke tempat kerja yang jauh. Walhal beza sikit sangat kalau ikut jalan biasa yang aku lalu hari-hari. Hujung DUKE kalau ke Ampamg ambil ke kanan, kalau ke Gombak Setia ke kiri. Hahahahhaha. Tapi sebab mereka tidak tahu kedudukan geografi klinik dua ni. Mereka terima dengan baik sekali alasan aku tu haaha. Ya, aku masih rindu dan sayang kepada Klinik Kesihatan Ampang dan PKD Hulu Langat. Tapi rindu dan sayang perlu aku lepaskan untuk aku buka lembaran baru untuk berkerja dengan baik supaya tidak dikuiri dihari pembalasan nanti. Semoga perjalanan kembara aku mencari rezeki di Gombak akan selalu dipermudahkannya olehNYA.

Owh ya, untuk kembara kali ini aku akan melebihkan famili aku daripada kerjaya sebab aku dah menyesal dengan apa yang berlaku terhadap diri aku apabila aku melebih-lebihkan kerjaya berbanding keluarga. 

5 Ogos 2020 yang lalu genap setahun aku memangku gred jawatan baru. Semoga kenaikan seterusnya dipermudahkan olehNYA.