Kembara jalan-jalan dari satu hotel ke satu hotel yang lain diteruskan dengan mendaftar masuk di The Regency Scholar Hotel di Gurney Mall, Jalan Semarak Kuala Lumpur. Waze sahaja Gurney Mall pasti jumpa hotel ini.
Keunikan dan kesukaan aku kepada hotel ini adalah kerana atas hotel bawah shopping complex tapi bahagian food court sahaja hahaha. Aku mulakan mukadimah dengan makan di Oldtown White Coffee.
Boleh kata hampir semua fast food restaurant terkemuka ada disini (McDonalds obsoeyo). Bijak siapa yang bina kompleks ini. Tempat tumpuan ramai walaupon aku pernah mengeluarkan kata-kata kenapa tersorok sangat Gurney Mall ni hahaha. Ada Mindef, PULAPOL dan UTM. Aku juga dapat merasakan yang The Regency Group pajak bilik-bilik student tukar jadi bilik hotel.
Owh ya. Restoren TIGA BUDAK GEMOK , restoren wajib cuba. Dahla beratur panjang. Dapat air free flow pula tu hahahhaa.
Aku sampai awal. Waktu check in macam biasa pukul 2.00 petang. Mujur abang hensem kacak bergaya panggil aku dan check in pukul 1.00 petang hahahha.
Masuk bilik terus rasa macam budak UTM. Boleh nampak student sebelah blok sana. Main game aku rasa hahaha. Khusyuk lain macam
Ada siap sinki, top cabinet dan peti sejuk. Kopi teh macam biasa. Saterika pon macam biasa melekat dan bau hangit bila panas. Yang datang hotel ni memang akan memghangitkan baju masing-masing ke apa. Alahaiiii. Aku nak guna kat baju aku pon aku tak berani hahahhaa. Melekat berlubang hangit nanti buat pasal ja.
Bathroom dia ok kemas. Ada dekorasi yang boleh jadi inspirasi. Cumanya lubang air di shower room tu lambat nak sedut air. Bertakung. Tapi aku improvised !!! Buka penutup dia dan masalah air bertakung selesai.
Selama 3 hari 2 malam itu aku buat hal. Kunci pintu hilang dari pandangan. Minta kunci gantian di kaunter check in tanpa ada halangan. Bagus. Memudahkan guest. Sekali rupa-rupanya dalam beg aku. Bila masa terjatuh masuk dalam beg baju aku pon aku tak tahu hahahaa.
Early September nanti aku akan ke sini lagi InsyaAllah. Macam berjodoh je kat sini. Tapi kali ini ingat nak bawa permaisuri sekali. Nak belasah Nasi ayam 3 Budak Gemok nanti hahahah.
Makan malam pula dapatla aku merasa makan malam ala-ala jepun bento namanya. Sedap juga. Yang penting ada seri muka. Lama aihh tak makan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan