Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

10 September 2020

Buang Yang Jernih Ambil Yang Gelap

Setelah mengalami sindrom akuarium selama berbulan-bulan lamanya selepas misi ke PUSPAKOM digerakkan. Kali ini hati terdetik nak pasang tinted pada sang wira ni.

Ambil masa sebulan juga aku untuk close deal dengan tauke Crown Tint Shop di kawasan Taman Melati. Sampai la masa gaji, aku pon pergila kedai ni selepas beberapa kedai aku tanya-tanya. Sunz Gombak, Samurai Tint Shop dengan satu kedai kat rawang.

Cadang nak pergi Sunz Gombak tapi takda slot nak pasang hari tu. CTS kata boleh pasang, aku pon terus gerak ke sana.



Katanya offer UV400 semua cermin RM299 + RM50 upah buka tinted lama. Boleh la, dalam bajet aku nak pasang tinted sejuk sikit. Asyik overheat je telefon aku kalau letak atas dashboard. Ambil masa lebih sejam juga nak pasang. Dapat percuma tinted cermin depan atas 8 inci. Kalau tak kena RM10 kalau tak silap aku. 

Fuhhh, rasa kacak pula bila bawa balik rumah masa tu hahaha.

Harap tahan la tinted  ni. Takda gelembong-gelembong. Warranty dapat 2 tahun. Jangan masuk 2 tahun 1 hari ko buat perangai sudah...!!! hahahha... 😂

Lanjut, aku nak cari dan pasang spoiler dengan LED pula lepas ni ahhaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan