Setelah diracuni oleh PoG. Aku terjerumus ke lembah kebahagian kehendak diri dengan melabur demi untuk kesihatam aku ini dengan membeli GARMIN FORERUNNER 245 yang menjadi igauan aku siang dan malam selepas tangok jam PoG hahaa 😁😍
Jauh eh aku melabur jam ni. Aku beli kat Karamunsing Mall, Sabah. Kedai Garmin kat ground floor. Gogomotive. Gigih aku g beli jam bebudak nak buat trade in hahaha.
Ada promosi trade in sebarang jenis jam (asal bukan jam dinding atau jam Alarm) dan akan dapat harga promosi untuk model tertentu dan aku memilih Garmin Forerunner 245 dan memang ada hati nak beli yang 245 Music tapi macam ringan pula beg duit aku. Hahahaa
1. GARMIN FORERUNNER 45: RM799/ RP RM999 (-200)
2. GARMIN FORERUNNER 245: RM1199/ RP RM1450 (-251)
3. GARMIN FORERUNNER 245 Music: RM1399/ RP RM1699 (-300)
4. GARMIN FORERUNNER 945: RM2699/ RP RM2999 (-300)
Promosi ini dah tamat dah 27 September 2020. Syukur juga sebab tiada perbezaan harga antara Sabah dan Semenanjung 😁
Keterujaan aku bila dah beli siap tukar watch face by face it hahaa...🤣. Snap gambar hantar kat PoG
Aksesori jam ni pon banyak kat Shopee. Terus aku beli. Lama juga nak sampai. 9 hari kot. Tapi puas hati dapat screen protector memang sepadan dengan jam. Kalau tidak saiz tak sesuai je masa kat kedai. Sepatutnya dapat screen protector percuma tapi sebab saiz tak ngam aku pon tak ngam juga la. Suruh dia pos. Pos ke tidak kita tunggu nanti hahahaha. Pasang screen protector memang menduga akal. Boleh pulak aku terpegang bahagian lekat pada skrin. Alahaiiii. Takpa, shopee kan ada hahaha.
Seronok pula aku beli strap. Senang betul nak main tukar-tukar. Pakai pin je.
Penutup cas memang comel tapi macam dah kategori wajib je. Aku dahla kuat berpeluh. Wajib tutup.
Semoga aku kekal aktif. Rasa lain macam sikit bila tak cukup 10 000 langkah hahahaa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan