Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

27 September 2020

Polumpung Melangkap Camp View Site (PMVCS), Sabah

 


POLUMPUNG MELANGKAP CAMP VIEW SITE (PMVCS) kini tidak asing lagi sebagai salah satu destinasi wajib pergi kalau berkunjung bercuti dan beristirehat di negeri indah negeri di bawah bayu, Negeri Sabah tercinta.

Lebih tepat, lokasi PMVCS ini adalah terletak di Melangkap, Taginambur. Satu tempat yang bukan asing bagi aku setelah menjadi seorang pemastautin di negeri Sabah dan berkhidmat di sini lebih 3 tahun. Ada dua jalan utama ke sini, samada dari Kota Kinabalu - Tuaran - Melangkap atau dari Kota Kinabalu - Kota Belud - Melangkap. Jika dari Kota Kinabalu lebih cepat sampai namun jalan yang mencabar yang mana perjalanan mendaki dari tuaran dan menurun untuk ke Melangkap. Perlu lebih berhati-hati. Aku lebih suka kalau ke sini melalui Kota Belud sebab jalan yang mendaki untuk ke Melangkap. Bagi aku lebih selamat berbanding asyik nak menurun sahaja. Lagipon aku memilih untuk ke Kota Belud kerana disitulah kenangan terindah tercipta dan aktiviti throwback senang berlaku hahha. Cumanya, aku masih mencari kesan tapak kaki aku yang tertinggal di sini nemun masih tidak dijumpai hahhaa. Harus ke sini lagi apabila berkunjung ke Sabah.

Di PMVCS ini, pengunjung boleh memilih samada untuk berkhemah atau tinggal di chalet. Bagi yang memilih untuk berkhemah, segala kemudahan disediakan. Perkhidmatan terbaik diberikan. Hanya bawa duitnya saja bossku. Boleh memilih untuk berkhemah atas lantai simen beratapkan zink tapi agak jauh dari sungai tapi selamat kalau hujan hahhaa. Bagi aku sesiapa yang berkhemah, berkhemah la ditepi sungai di atas tanah. Jangan risau hujan, kanopi kecil boleh disewa disamping kerusi dan meja. Dapur aku tak pasti tapi kemudahan air bersih dan tempat cuci pinggan disediakan. Kamar bilik mandi dan tandas disediakan. Kalau dah di sinikan, terjun sungai saja bah..!!! hahaha.



Bagi yang muslim nak tunaikan tanggunjawab kepada tuhan yang maha esa. Jangan risau, surau yang bersih dan selesa disediakan !!!


Hammock juga disediakan untuk para pengunjung yang aku 'kawai' lama juga hahaha. Layan sunrise sambil berbuai memang layan beb haha.


Dan aku memilih untuk bermalam di Chalet hihi. Selepas kecewa sulap not avaialable. Sulap tu adalah pondok kecil boleh muat dalam 2-3 orang aku rasa. Lokasi sulap ini di kawasan perkhemahan. Ada sebuah je aku rasa. 

Ada tiga tempat penginapan di sini. Satu Kabin 2 tingkat, satu macam rumah (tandas kat dalam) dan chalet (tandas kat luar). Chalet ni ada 3 bilik yang ada 1 katil queen dan ada 2 bilik ada 2 katil queen. Bagi yang berkeluarga elok sangat yang bilik double queen ini sebab menghadap sungai dan tapak perkhemahan disamping ada beranda bermeja kerusi untuk layan keindahan alam. Sila pilih bilik yang sebelah kiri kerana lebih cantik pemandangannya hahaa.


Dan aku mestilah memilih bilik 1 katil queen sebab datang single mingle je hahhaa.
Kemudahan yang diberikan bagi aku sangat sempurna. Ada tv, peti sejuk, dapur mesra muslim, dalam bilik ada disediakan cerek dan lampu tidur. Tiada aircond, hanya kipas sahaja dan aku tak pakai pon sebab sejuk oiiiiiiii. Dekat ngan Gunung Kinabalu kotttt. InsyaAllah tak berebut nak memasak sebab dua bahagian dapur disediakan. Penginap chalet boleh menggunakan segala kemudahan di chalet ini. Kenapa chalet ini bagi aku lebih terbaik dari yang terbaik sebabnya chalet ini ada tangga untuk turun ke bawah tapak perkhemahan sendiri hihi. Owh ya, bagi yang tak nak masak, jangan risau, di sini ada kafe tapi aku tak pergi pon kafe, jadi tak dapat nak menggambarkan macam mana dan apa yang dijualnya.








Bilik 1 katil queen: RM60 (Isnin - Khamis) & RM80 (Jumaat-Ahad dan Cuti Umum)

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini lebih kepada mencari ketenangan jiwa yang hilang hahha. Boleh mandi manda, BBQ, sembang-sembang, pangkah member dan lain-lain lagi kikikiiiii.






InsyaAllah akan aku kembali ke sini. Bawa sefamili mengenal alam yang indah ini.

Nak booking boleh ke facebook atau hubungi: 011-36244723

Thanks Jupiah dan suami kerana sudi menerima kehadiran saya. Semoga kita bertemu lagi 😍




Tiada ulasan:

Catat Ulasan