Menyelusuri jalan raya nak balik rumah atuk opah. Singgah sekejap di Satay Hut, Tanjong Karang. Dah lama dah aku teringin nak makan di sini tapi selalunya hanya melimpasi sahaja dan sejak beberapa menjak ni lalu jalan belakang untuk balik ke rumah demi ketenangan dalam pemanduan hahha.
Berhenti untuk makan malam adalah sesuatu yang mencabar bila mana kakak tidur! terus moody je bila aku kejut dia bangun haha. Abang macam biasa, sebut makan dia ON !!!. Kawasan letak kereta agak ada limitasi di sini. Mujur ada kereta nak keluar, jadi dapatlah aku letak kereta dengan senang hati. Kalau letak merata ni hati aku tak senang. Aku adalah skema kalau bab-bab macam ni.
Norma baru dipraktiskan di sini dengan pemantauan suhu dan kemasukan ke dalam restoren di sambing terdapat beberapa papan tandan tulis kalau sakit duduk rumah !!! hahahaha.
Jangan risau menu. Ada di atas meja dijadikan alas meja. Pilih mana nak sesuai dengan kehendak perut masing-masing. Satay ayam 20 cucuk berharga RM1.10 secucuk, nasi impit, Nasi Goreng Cili Padi, Nasi Goreng Adik Angkat (dapat teh o ais), tembikai laici dan ais kosong jadi pilihan perut aku anak beranak.
Satay ayam ini ada dua saiz. Saiz medium dan saiz besar. Kalau saiz medium di pon dah besar, yang saiz besar tak tahu la kan hahaha. Harga secucuk RM2.10 kalau tak silap aku. Wallahuallam. Harus aku cuba untuk kali ke-2. Ibu suka kuah kacang. Aku rasa lain sikit sebab manis. Mungkin kalau ada sambal mungkin lebih terangkat.
Nasi Goreng Adik Angkat dengan harganya RM3.90 memang buat kaki terangkat kalau masa poket kempis. Siap teh o ais diberi. Abang makan telur dadar je 😤. Tapi takpalah, ibu boleh makan dengan adik-adik yang lain. hahaha. ebi kemain...!!! banyak betul makan. Siap marah ibu suapkan kakak. Sambil mulut terbuka nak nasi yang disuap kat kakak hahha. Alhamdulillah. Kenangan yang boleh diceritakan masa anak-anak aku dah besar nanti.
Nasi Goreng Cili Padi aku memang berasap tapi bila pair dengan satay memang terangkatlah..!!! Harga sepinggan RM5.00. Nasi sikit banding dengan Nasi Goreng Adik Angkat hahhaa. Tapi takpalah. Aku on diet !!! hahaha. Pigidahhhh.
Alhamdulillah, dapat juga aku bawa famili aku makan diluar. Tukar angin, kesian ibu memasak je. Susah nak keluar atas kesibukan aku akhir-akhir ini. Semoga diberikan kesihatan dan kebahagian atas rezeki yang dikongsi bersama keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan