Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

16 Oktober 2020

dipndip @ bangsar

Alhamdulillah hasrat hati nak bawa abang & kakak ke dipndip telah ditentukanNYA 😍
Usai jalan-jalan di Decathlon semua keletihan nak balik rumah. Tapi aku nak bawa juga semua ke dipndip, terus buka waze dan terus ke bangsar. Sempat juga sesi penceritaan ibu kat Bangsar ni. Dulu penah cover Guardian Bangsar. 

Macam biasa pergi tempat-tempat macam ni, aku mana pandai nak order hahaha. Tanya abang waiter dan dia pon cadangkan beberapa makanan. Aku pilih dua jenis:

Alaskan Waffle (full) (RM35.00)


Mighty Crape (RM35.00)




Fuhhh, dia punya harga hmmmmm..... hahahha. tapi tak pela It's all about family bak kata K-Clique

Satu demi satu 
Kan pergi bila waktu 
Baru ku sedari
It's all about family
Bagiku sedikit masa
Hasilku bagi keluarga
Jangan salah sangka
Yeayhhhhhhhh...

Seronok bawa abang & kakak boleh tengok chocolate fountain  ada 3 versi warna coklat hihi 😋

Semoga dikurniakan lebih rezeki lagi untuk membahagiakan keluarga aku ini....😍


12 Oktober 2020

Jalan-Jalan Kota Bharu - Kita Tangguh Dulu

Hari ini, Dato' Sri Ismail Sabri umumkan PKPB di seluruh Negeri Selangor bermula 14 hingga 27 Oktober 2020.
Maka dengan itu, aku terus ambil keputusan untuk menundakan perjalanan hujung minggu ini ke Kota Bharu, Kelantan. 

Di sini aku belajar sesuatu yang menarik dan akan menjadi panduan untuk aku kalau nak bermusafir.

1.
Bermula dengan tiket kapal terbang AirAsia KUL - KBR - KUL. Pada kebiasaanya aku akan buat tempahan melalui OTA (online travel agent). Tapi kali ini aku buat tempahan di laman web AirAsia. Proses penukaran tarikh penerbangan lebih mudah dengan bantuan AVA Airasia. Jawab sahaja apa soalan AVA dan masukkan maklumat penerbangan yang baru dan siap! Terus terima confirmation email dari AirAsia dengan itinerary yang baru. Syukur Alhamdulillah. Tiada caj penukaran tarikh yang dikenakan. Tarikh penerbangan yang baru perlu sebelum 31 Disember 2020 sebagai syaratnya TERIMA KASIH AIRASIA.

Mesej Utama 1: Beli tiket kapal terbang di platform utama syarikat tersebut

2.
Tempahan penginapan di hotel pula aku tempah melalui aplikasi AGODA yang mana aku memilih hotel yang ada add on perkhidmatan FREE CANCELLATION & PAY LATER

Mesej Utama 2: Buat tempahan penginapan di OTA (Agoda) yang ada menawarkan Free Cancellation & Pay Later

3.
Perkhidmatan Sewa Kereta pula aku ambil dari Big Brother Car Rental Service. Bermula dari merisik sampai meminang dan nak tukar tarikh sampai pulangkan deposit semua berlaku dengan lancar. Jadi aku akan pilih Big Brother kalau ke Kota Bharu nanti. 

'Terima kasih kerana memilih perkhidmatan kereta sewa kami. Bolehlah like page kami "Big Brother Car Rental Services" di Facebook dan berikan review! 
Harap dapat berjumpa lagi 😄😄'


Mesej Utama 3: Ingat sewa kereta di Kota Bharu, Ingat Big Brother Car Rental 

06 Oktober 2020

Black Canyon Coffee

BLACK CANYON COFFEE tidak asing lagi di pusat membeli belah dan terlalu asing untuk aku haha...Alhamdulillah di hari Jumaat lepas tergerak hati ke restoren ini. Kalau masuk je AEON AU2 terus rasa lain macam. Terus jadi tak tahu nak makan apa. hahha. Tapi kali ini, parkir je kereta terus menuju ke restoren ini dengan yakin sekali hahahha. Keyakinan lebih tinggi apabila makan kali ini dengan alaa bagi meraikan pencapaian penulisan tesisnya 😁

Ye lah, aku tak pernah makan sini kan, ingatkan ada makanan barat western food je sekali masakan ala-Thai pon ada hahaha.

Ok, on. 

Black Canyon Coffee dan Nasi Putih Sambal Udang dan Cili dengan add on  tomyam menjadi pilihan aku. Sedap dan lega sikitla hati bila dibandingkan dengan makan kat dalam foodcourt  AEON tu kan hahaha...Makan Nasi Campur tapi hati pula yang bercampur-campur. Kalau kat sini dah tau dah pastinya hati berkecamuk muhahaha.

Alhamdulillah dikurniakan rezeki di pagi Jumaat lepas. Semoga rezeki aku bertambah-tambah berlipat kali ganda selepas ini. Jujur Ikhlas semuanya kerana ALLAH.

Allahuakbar...!!!

A Drink From Paradise...Available on Earth ...!!!

katanya....





05 Oktober 2020

RAVS vs RAYS

Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang

Ku sangkakan iRAYS yang datang RAVS. Kalau RAYS sedap rasa perut aku yang memgandungi lemak ni ermmm...hahahaha. 

Beli kat shopee je. Barang berat maka besar harapan aku ianya berjasa untuk aku. 

Tunggu tahun depan masa pergi Jepun nanti. Aku nak cari barang kereta 😍


04 Oktober 2020

Satay Hut, Tanjong Karang - Repeat !!!

Wa kata wa repeat  wa repeat bro..!!! Haahhaa
Baru minggu lepas datang sini, kali ni datang lagi dengan bawa misi satay saiz besar hahaha 😁

Kali ni sebelum order siap tanya abang ambil order  kalau kami sekeluarga ni berapa cucuk satay saiz besar. Jawab dia 8, aku naikkan jadi 10. 

Memang puas hati dan memang just nice kalau 8 cucuk. Haahhaa. Teruk juga nak habiskan lagi 2 cucuk itu

Memang terbaikla. Kalau nak cari makan lagi memang aku lepak sini je la hahaa.

2 Nasi Goreng Adik Angkat kembali menjadi pesanan wajib hahaha. Pesan pedas dengan tak pedas. Pedas lagi sedap muhahahaa. Budak-budak punya pasal kita turutkan haha.