Hari ini, Dato' Sri Ismail Sabri umumkan PKPB di seluruh Negeri Selangor bermula 14 hingga 27 Oktober 2020.
Maka dengan itu, aku terus ambil keputusan untuk menundakan perjalanan hujung minggu ini ke Kota Bharu, Kelantan.
Di sini aku belajar sesuatu yang menarik dan akan menjadi panduan untuk aku kalau nak bermusafir.
1.
Bermula dengan tiket kapal terbang AirAsia KUL - KBR - KUL. Pada kebiasaanya aku akan buat tempahan melalui OTA (online travel agent). Tapi kali ini aku buat tempahan di laman web AirAsia. Proses penukaran tarikh penerbangan lebih mudah dengan bantuan AVA Airasia. Jawab sahaja apa soalan AVA dan masukkan maklumat penerbangan yang baru dan siap! Terus terima confirmation email dari AirAsia dengan itinerary yang baru. Syukur Alhamdulillah. Tiada caj penukaran tarikh yang dikenakan. Tarikh penerbangan yang baru perlu sebelum 31 Disember 2020 sebagai syaratnya TERIMA KASIH AIRASIA.
Mesej Utama 1: Beli tiket kapal terbang di platform utama syarikat tersebut
2.
Tempahan penginapan di hotel pula aku tempah melalui aplikasi AGODA yang mana aku memilih hotel yang ada add on perkhidmatan FREE CANCELLATION & PAY LATER
Mesej Utama 2: Buat tempahan penginapan di OTA (Agoda) yang ada menawarkan Free Cancellation & Pay Later
3.
Perkhidmatan Sewa Kereta pula aku ambil dari Big Brother Car Rental Service. Bermula dari merisik sampai meminang dan nak tukar tarikh sampai pulangkan deposit semua berlaku dengan lancar. Jadi aku akan pilih Big Brother kalau ke Kota Bharu nanti.
'Terima kasih kerana memilih perkhidmatan kereta sewa kami. Bolehlah like page kami "Big Brother Car Rental Services" di Facebook dan berikan review!
Harap dapat berjumpa lagi 😄😄'
Link: FB: bigbrothercarrental
Mesej Utama 3: Ingat sewa kereta di Kota Bharu, Ingat Big Brother Car Rental
Tiada ulasan:
Catat Ulasan