Misi 24 jam bersama alat holter tempoh hari, aku bermalam di SOVOTEL BOUTIQUE @CONEZION PUTRAJAYA. Booking 2 malam dengan harga RM153.33 selepas 8% diskaun dari Maybank melalui Agoda. Kali ni mahal pula harga bilik melalui Traveloka.
Dayah J yang rekomen hotel ni katanya hotel baru dan dekat dengan Hospital Serdang. Plan asal nak duduk di The Everly @ Dorsett Putrajaya . Mujur juga la, kalau tidak jenuh juga nak berGRAB ulang alik hospital 2 hari.
Hotel ni agak sesuai untuk yang nak bermalam di Putrajaya, restoren makan ada 3 rasanya, ada Starbucks, 99 Speedmart dan 7 Eleven. Cukup lengkap untuk yang bermusafir. 🤣 IOI City Mall yang sangat luas tu pon dekat.
Hotel ni best sebab ada kerusi mesin urut 😍.
sempatla guna masa nak tunggu check in pukul 2 petang. Aku minta check in awal tapi receptionist tak bagi la pula.
Aku baca kat review aku terbaca komen yang tiada cerek disediakan. Alhamdulillah cerek ada disediakan dan juga peti sejuk. Boleh la aku simpan makanan minuman sihat aku tu hahaha 🤣. Safebox kunci tak boleh pakai. Air sinki halusss. Tapi water heater mantap siap ada water pump.
2 malam aku menginap kat sini, housekeeping harian memang tiada. Kena minta kot. Tapi malas aku nak panggil, segan pula dengan alat holter di dada.
Proses check out senang macam biasa. Duit deposit RM50 dikembalikan secukupnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan