Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

03 Jun 2021

Sehari di UiTM Private Specialist Centre



3 Jun 2021

Episod hari ini bermula dengan menuju ke UiTM Private Specialist Centre di Sungai Buloh. Pertama kali daftar diri di sini.

UPSC terletak dalam bangunan Hospital UiTM Sungai Buloh beroperasi di tingkat 2.

Proses pendaftaran agak mudah dan tenang. Tidak sesibuk di HUKM. Mungkin sebab aku di UPSC. Kalau kat bawah mungkin agak sibuk ramai orang menunggu giliran.

Ruang menunggu adalah sangat terbaik, selesa dan disediakan minuman panas nescafe dan teh tarik. Makanan kena beli hihi. Aku suka hahaa.

Menerima konsultasi dari Prof Dr Badrisyah berkenaan masalah aku ini. Nasihat yang banyak diberikan dan tidak ubat untuk dibawa pulang.

Masa nak balik aku perhatikan bunting dan poster banyak berkenaan JANTUNG. Adakah kardiologi merupakan agenda utama di sini? Salah satu pilihan jika berulang kembali. 

Diagnosis: Orthostatic Hypotension

19 April 2021

Sovotel Boutique @ Conezion Putrajaya

Misi 24 jam bersama alat holter tempoh hari, aku bermalam di SOVOTEL BOUTIQUE @CONEZION PUTRAJAYA. Booking 2 malam dengan harga RM153.33 selepas 8% diskaun dari  Maybank melalui Agoda. Kali ni mahal pula harga bilik melalui Traveloka. 

Dayah J yang rekomen hotel ni katanya hotel baru dan dekat dengan Hospital Serdang. Plan asal nak duduk di The Everly @ Dorsett Putrajaya . Mujur juga la, kalau tidak jenuh juga nak berGRAB ulang alik hospital 2 hari.

Hotel ni agak sesuai untuk yang nak bermalam di Putrajaya, restoren makan ada 3 rasanya, ada Starbucks, 99 Speedmart dan 7 Eleven. Cukup lengkap untuk yang bermusafir. 🤣 IOI City Mall yang sangat luas tu pon dekat.

Hotel ni best sebab ada kerusi mesin urut 😍.

sempatla guna masa nak tunggu check in pukul 2 petang. Aku minta check in awal tapi receptionist tak bagi la pula.

Aku baca kat review aku terbaca komen yang tiada cerek disediakan. Alhamdulillah cerek ada disediakan dan juga peti sejuk. Boleh la aku simpan makanan minuman sihat aku tu hahaha 🤣. Safebox kunci tak boleh pakai. Air sinki halusss. Tapi water heater mantap siap ada water pump.

2 malam aku menginap kat sini, housekeeping harian memang tiada. Kena minta kot. Tapi malas aku nak panggil, segan pula dengan alat holter di dada.

Proses check out senang macam biasa. Duit deposit RM50 dikembalikan secukupnya.







14 April 2021

24 Hours Holter Monitoring

9 April 2020

Tiba masa hari yang ditunggu-tunggu untuk pasang alat yang dipanggil Holter. Bila buat carian Mr. Google aku rasa macam ala-ala alat ECG tapi mobile
Sampai di Hospital Serdang seawal 7.30 pagi. Tiba di lobi hospital ada laluan untuk ke klinik pakar yang bertemujanji pukul 8.00 pagi.

Naik klinik kardiologi, ramainya orang dah beratur. Tanya petugas, dia suruh beratur juga ambil nombor walaupon tak jumpa Dr. Sempatla sekali rasa nak blackout dan macam biasa buka mata..!!! Hahaha. Sapa nak tolong aku kalau aku jatuh. Semua berpenyakit di organ yang sama haha. Dapatla aku nombor 47. 

Daftar hasil boleh pula tiada nama dalam senarai. Syukur staf hebat selesaikan masalah.

Pergi bilik 6 bagi buku temujanji, owh, aku orang ke-2. Miss PPP suruh tunggu di luar. Tunggu je la aku kat tempat menunggu yang kerusi dia boleh bawa tidur sampai nombor dipanggil haha.

Okay, siap. Lepas siap pasang alat holter ni aku balik dan bermulalah kesengsaraan selama 24 jam haha. Seharian tak mandi, wudhuk setel dengan berhati-hati dikhuatiri terkena air pada alat holter. Makan minum susah sikit sebab kena berjalan tapi atas kebijakkan aku, beli makanan bungkus di kafe hospital untuk sehari. Oh my god, that is not me hahaha...🤣. Susahnya nak tidur malam, gatal sungguh la hai. Lagi-lagi tempat pasang alat holter.

Esok pagi bila cukupja 24 jam, terbit bunyi beep pada alat holter tu maka tamat sudah sesuatu nikmat yang ditarik. Haha 🤭. Maka bermulalah waktu untuk buka alat holter. Ya Allah melepuh lepuh badan aku. Banyak keluar biji-biji air dan sebesar 20 sen pon ada. Terpecah pula yang satu tu. Pedih betul bila mandi.

Pulangkan balik kepada wad kardio dan aku menyaksikan wayar yang masuk dalam salur darahku masa angiogram di dinding wad. Serammm...!!! 

Harap aku agar keputusan yang elok elok sahaja TCA 22/4 ini.


01 April 2021

Toyota Corolla Cross di Hatiku

Alhamdulillah

Berpeluang memandu uji kereta baru dari Toyota setelah dua kali bertentang mata. Dapatla tengok 3 warna yang berbeza:

Nebula Blue Metallic
Red Mica Metallic
Graphite Metallic

Terima kasih bidadariku kerana sudi memandu ke Toyota TTDI untuk melihat sendiri TCC warna biru. Tanya abang, yang mana menarik hati dia, warna merah ke biru dan jawabnya biru. Ya, aku datang ke sini untuk tengok sendiri warna biru macam mana. Biru subaru ke biru Myvi. Sekali tak sama dua-dua biru tu haha.Sesekali tengok warna putih corolla altis tu pon lawa juga haha. Kena tambah RM800 oiiiiii. 

Menurut kata salesman TCC ni pesaingnya ialah CX-3, HRV, XC70 dengan Captur. Masalahnya aku dok banding TCC dengan CX-5 haha...lain segmen terus. Terus aku tambah CR-V untuk dibandingkan. Tapi harganya tu buat aku rasa takpalah haha. Beza 30K juga. Tak kena pula perbandingan aku Durian Kampung vs Musang King haha.

Seperti biasa, belum ada lagi kereta bila aku pandu, aku rasa wow haha...driving feeling sama macam bawa kereta yang dipanggil kereta. Cuma teknologi yang baru aku dapat rasakan berbanding kereta aku yang ada sekarang. So beli teknologi dan lebih 'cc' adalah alasan terbaik untuk aku kalau aku nak beli kereta ini.

Dengan harga RM124,000 bagi spek yang rendah (G) tanpa Toyota Pre-Collision System, Lane Departure Alert, Lane Tracing Alert dan Automatic High Beam dari aspek keselamatan dan ilumination system bagi lampu-lampu sikit dan lampu LED pada Headlamp dan DRL serta rim 18 berbanding 17 yang mana kesemuanya hanya berbeza RM10k. Okay kalau aku nak beli aku beli je spek G. Aku yang bawa kereta bukannya teknologi. (kalau duit lebih kata-kata ini akan berubah - kita dan teknologi perlu seiiring bagi memastikan keselamatan terutama semasa memandu terjaga hahhahaha)

Perlu ada dalam perancangan untuk penambahan aksesori DVR untuk cermin belakang (RM350) dan juga Toyota Service Savers berharga RM3410 untuk pakej 5 tahun.

Aku kena fikir sedalam-dalamnya untuk buat keputusan ini. Keselamatan diri aku dan juga teknologi Vehicle Telematic System langganan selama 3 tahun menjadi taruhan. Aku tunggu dan aku lihat...!!!




22 Mac 2021

Peluang Kedua

28 Februari 2020

Tiba-tiba aku rasa aku susah nak bernafas. Tarik nafas pon dapat rasa separuh dalam sahaja. Kalau tarik dalam-dalam aku akan rasa dan nak batuk. Bila mula batuk, keluar kahak yang cair berbuih dan banyak. Tak habis-habis aku mengkahak sampai satu tahap minta bidadari tepuk dengan kuat. Okay, lain macam ni...!!! Terus aku ajak bidadari ke hospital. Aku rasa memang tak boleh aku nak memandu ke hospital.

Perjalanan dari rumah ke KPJ Rawang dalam 40km tu lama betul aku rasa nak sampai.

Berhenti di Kecemasan terus dibawa masuk ke khemah covid, terus masuk bilik pemantauan. 

Allahuakbar.... BP aku 250 sistolik. Dr. syak aku kena pulmonary edema. Terus segala wayar diletak kat dada aku untuk buat ECG. Dan, ada sesuatu yang tidak normal dengan jantung aku. Terus Dr., menghubungi Dr Pakar Jantung. Ubat- ubat aku telan, butterfly drip dipasang terus dan rehat. Tapi tetap BP tak turun-turun. Terfikir-fikir aku apa anakanda2 aku buat masa ni. Tengok aku pon bukannya boleh.


Bila Dr. Abdul Wahab, Pakar Kardiologi buat pemeriksaan kat aku, aku dimaklumkan untuk dimasukkan ke dalam ICU. Tunggu dapat prakelulusan dari pihak insurans. Selesai semua, baru aku dihantar ke ICU. Masa ini, bidadari dan anakanda2 aku dah aku suruh balik. Penat mereka seharian. Tunggu lama, tak boleh jumpa aku pon kan. Aku di diagnos Acute Myocardial Infarction !!!!

Malam pertamaku di KPJ RSH dimulai dengan lap badan pakai wet towel pakai buang. Kelakar pula rasa lap badan macam tu. haha.Nak buang air pon atas katil. Ya ampun. Jangan buat hal lagi haha...!!! Fuh, bertambah lagi wayar-wayar berselirat atas badan aku. Kawasan jantung aku. 


1 Mac 2020

Suprisingly (perghhhh tanda wacana aku), kahak cair yang banyak tu pon hilang. Kahak pon dah jadi versi kahak macam biasa dan mengurang dengan banyak. Kengkadang rasa kahak takda langsung. pastu ada pastu takda. Eh..haha.

BP aku tetap tinggi 😭 dan paras gula aku pon sama. Kencing Manis 🤬. Tak pernah-pernah aku ada kencing manis, kalau check pon mesti normal sebelum ni. Dan ya, 12mmol/l. Kuajaqqqq..!!! Jadi datang kuiri dari pihak insurans tentang penyakit DM ini. Memang aku jujur la cakap yang aku baru tau bila buat ujian kat KPJ RSH ni. Dan aku kena tandatangan pada satu borang yang ada soalan-soalan tentang DM yang perlu aku jawab dan tandatangan. Katanya akan buat check jika aku pernah ada kemasukan wad atau kedatangan klinik berkaitan DM. Dan aku yakin je sebab aku tak pernah kot. Kali terakhir aku masuk wad tahun 2010 di hari aku tahu aku dapat jawatan tetap angkara nyamuk aedes durjana mengakibatkan demam denggi. Cisssss.

Lama juga proses prakelulusan ini. Sister klinik cakap kat aku, kalau pihak insurans kata tak lulus, aku kena bayar sendiri dan pelan kontigensi aku adalah untuk pindah hospital. Dr Abdul Wahab plan untuk buat angiogram, angioplasty, pasang stent kalau 'boleh diselamatkan lagi jantung aku' atau buat pintasan jantung. Aku dengar pon seram. Syukur, bila dapat kelulusan dari pihak insurans. Aku ditetapkan untuk buat Angiogram pada pukul 3 petang. Seharian bidadariku duduk luar ICU sebab tak boleh masuk. Dalam pukul 3.30pm. Aku disediakan untuk ke bilik pembedahan OT. Ada abang CVT periksa jantung aku dulu di ICU. Selesai semua, datang geng-geng angiogram ambil aku. Terus aku dibawa ke OT dan disiapkan untuk prosedur angiogram.

Pengalaman buat angiogram ini memang buat aku rasa tak nak buat hal lagi dah. Dibaringkan atas katil yang muat-muat lebar badan aku. Kemudian di pasangkan wing untuk letak tangan kanan dan kiri. Mata aku tengok je siling yang berlatar belakangkan bintang-bintang dilangit biru. Disapukan cecair apa entah aku pon tak tahu tapi aku rasa antiseptik ala-ala sapuan iodin. Disapu di pengelangan tangan kanan dan celah kelangkang yang mana aku diberitahu inilah tempat dimana prosedur angiogram akan dilakukan. Bila Sister dah siap-siapkan aku, balut aku dengan selimut biru siap ada warmer. 

Tak lama lepas tu masuk Dr Abdul Wahab. Fuh seram hahaha....aku dimasukkan ubat-ubatan pada butterfly tangan kiri aku. Dr Abdul Wahab cucuk aku dengan ubat bius di pegelangan tangan kanan. Dia cuba dulu untuk masukkan jarum panjang sejengkal, besar 1/3 straw biasa tu kat arteri di pegelangan tangan aku. Aku bagi kerjasama yang baik. Bukan apa, kalau tak dapat dia akan masukkan jarum tu ikut kelangkang...perghhh tak nak aku dinodai. Aku kendurkan tangan aku selembut lembutnya. Tapi keras juga hahaha. Dia tekan kuat betul lengan aku nak betulkan line jarum tu dalam salaur darah aku tu. Masa proses itu agak sakit walaupon dah ada bius, dan paling sakit apabila aku merasakan seolah-olah sebiji guli besar masuk dalam salur darah aku mengembang lalu dalam salur darah aku. Terasa beb. Dan aku dapat rasakan ianya sampai ke jantung aku. Dan masa ini, aku dah rasa aku nak pengsan pitam hahahha. Sempat aku jeling pada monitor, rendah betul BP aku. Masa ni aku cuba untuk jaga dan takkan tutup mata. Maka masa ini, kamera datang dan pergi ambil gambar jatung aku 😍. Selesai semua, sembang-sembang dengan abang-abang CVT yang terbaik (CVT dijahit pada baju, maksud dia aku tak tahu).😂. Selesai semua, aku dibawa kembali ke ICU dan kena rehat. Masa dalam ICU aku nak tumbang lagi. Aduyaiii....sekali aku tgk monitor 50/30. Perghhh., kelam kabut nurse masuk ubat kat tangan 😌. Dalam sejam baru bidadari boleh masuk tengok aku hihihi...sempat makan bersuap sebab tangan kiri kanan tak boleh pakai dan seharian aku tak makan. Kena puasa sebelum buat prosedur. Malam macam biasa, baring tidur jaga. Dalam pukul 11 malam aku dipindahkan ke General Ward.


2 Mac 2020

Alhamdulillah dapat tidur dengan lena lena ayam. Macam biasa di wad akan ada nurse datang untuk buat pemantauan dan bagi makan ubat. Dr Abdul Wahab pon ada datang. Yang paling penting ialah bidadariku dan anakanda bongsu aku pon datang juga. Syukur alhamdulillah. Maafkan papa, papa dah tak sihat macam dulu.


3 Mac 2020

Kalau ikutkan hari ini aku kena ke KPJ Damansara untuk buat MRI pada jantung aku tapi ditangguhkan sebab kalau buat hari ini ada caj tambahan sebab prosedur pukul 7.30 pagi. Jadi aku pilih untuk buat MRI pada keesokkan hari pukul 11.00 pagi. Alhamdulillah, hari ini ayahanda datang melawat. Kesian datang dari jauh semata mata nak melawat aku, nampak penat letih diwajahnya. Malam ini marry me senorita agak kelakar mencuit hati hahaha. Ehhhh...


4 Mac  2020

Pagi yang ditunggu-tunggu. Hari ni aku dibawa ke KPJ Damansara dengan menaiki ambulans yang sangat stabil dalam kelajuan bersiren. Ke KPJ Damansara yang agak sibuk itu untuk buat MRI Scan. Pengalaman buat MRI ni agak menakutkan sebenarnya. Rasa mcam nak buat angiogram sekali lagi haha. Sampai KPJ Damamsara aku dibawa ke tempat nak buat MRI. Perghhh besar juga mesin MRI ni. Tukar baju, dibaringkan atas katil mesin MRI tu dan dipasangkan kembali wayar-wayar di dada. Setelah aku dipersiapkan untuk ujian ini, aku dipakaikan headphone. 🤣. Perlu dengar arahan dari puan yang buat ujian aku ini. Bila aku dibawa masuk ke dalam ruang MRI, ruang tu betul-betul lebar aku, sejengkal jarak muka dengan chamber. Dan, aku kena panic attack. Takut aku dengan klaustrafobik...!!!. Petugas suruh aku bertenang tapi aku tak boleh haha. Laju betul jantung aku berkencang. Setelah dah tenang, aku dibawa masuk kembali dalam ruang tu dengan tips tutup mata dan buka secara perlahan-lahan dan nafas seperti biasa. Agak sejam juga prosedur ini ikut kata pn petugas. Dalam chamber tu aku diarahkan untuk bernafas seperti biasa dan akan diminta untuk tarik nafas dan tahan nafas lebih kurang 20 - 25 saat berulang kali. Sampai satu masa, pn ada cakap nak masukkan ubat, sejuk betul ubat tu bila masuk dalam tangan aku. Dan masih proses tarik nafas lepas tarik nafas tahan berulang kali. Selesai semua, aku dibawa naik kembali ambulans dan terus balik ke KPJ Rawang. 

Alhamdulillah, Dr Abdul Wahab bagi aku keluar discaj hospital. Cuma proses discaj ambil masa. Aku dibenarkan discaj lebih kurang pukul 11 malam. Alhamdulillah ada bidadari untuk memandu pulang balik rumah. Kesian semua anakanda aku tidur di rumah pengasuh dan transit masing-masing.

Diagnosis semasa discaj ialah: Non ischemic cardiomyopathy due to HPT Heart Failure.

Semoga kesihatan aku bertambah baik insyaAllah. Aku diberikan MC untuk berehat. Moga aku dapat berehat secukupnya. 

Maka bermulalah satu era aku namakan 

Peluang Kedua

Dan.....

Cocktail time..!!!