Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

19 September 2019

Dari Lombok ke Kuala Lumpur di Pagi Hari Raya Aidil Adha 1440H/2019


Hari terakhir aku di Lombok diiringi takbir raya bermula sebelum subuh lagi.

aku rasa pergi airport dah awal tapi masih lambat hahaha. proses check in agak perlahan tapi aku okay je sebab takut excess luggage. Dan menjadi kenyataan hahhahha, lebih muatan !!! Alhamdulillah Allah permudahkan permusafiran.


Masih boleh ambil gambar kapal terbang di runaway. Kat Malaysia sorry  la hahaha. Dulu-dulu aku suka ambil gambar livery. Siap kumpul gambar buat collection, lagi-lagi yang aku naik haha. Paling best adalah set Queeen Park Rangers Livery hahha. Baru BPL beb...


Masa nak take off aku dihidangkan oleh Gunung Rinjani.Alaa la cakap, aku memang tak tahu pon hahahha. Mungkin satu hari nanti boleh buat trip nak panjat sebab aku rasa macam Rinjani ni memangil-mangil pulak hahhaha.






Dah lama tak layan zodiak ni kannn hahaha
Yesss....Tam Coc, Vietnam hahahha...


Selamat touchdown di KLIA2 (pertama kali aku touchdown intrnational kat sini hahahhaha...jauh oiiiiiiiii nak menapak...macam jauh lagi dari Gate K hahhaha). Naik ERL ke Salak Tinggi untuk ambil kereta yang memang selalu aku tinggal kat sini. InsyaAllah selamat.

Alhamdulillah, kebanyakan tempat yang dirancang dalam alaa's itinerary dapat dipenuhi. Kalau dapat, nak la penuhkan semua wishlist tapi kekangan masa dan faktor-faktor lain perlu dimasukkan juga dalam itinerary. Tapi kalau tanya aku nak ke Lombok lagi ke? Ya, untuk ke Gili Tarawangan dan juga kot-kot masih mampu nak panjat Rinjani hahhaa. Ke Bali? Cukup dah kot hahahha =)

Thanks Alaa untuk semuanya. especially tugas jadi banker hahaha.

okay....Road to TOKYO pula. 😎

Lombok
11082019

16 September 2019

Dari Bali ke Lombok


NUSA PENIDA - SANUR - PADANG BAI - LOMBOK

Bermula perjalanan hari terkahir di Bali ini sangat panjang. Rancangan asal adalah untuk balik hari trip ke Nusa Penida ni. Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, tiket bali ada bersama-sama dengan handphone alaa. Masa pon dah suntuk aku dengan alaa hanya mampu untuk melihat fastboat Dwi Manunggal ini berlepas dan aku ambil keputusan untuk bermalam di Nusa Penida.

Tula, mintak sangat hahaha....Aku tak bagitahu pon alaa yang aku nak je stay semalam di Nusa Penida lepas tengok satu pemandangan yang susah aku nak gambarkan dengan kata-kata. Cantik sangat. Sebabnya, ada satu lagi tempat aku nak pergi tapi tak sempat iaitu Crystal Bay. Kot-kot la sempatkan tapi tak sempat pon hahha. Bila handphone alaa cicir hilang ni buat lagi kuat pulak aku nak bermalam hahaha.

Satu masalah aku masa tu adalah kat mana nak bermalam...kebijakan alaa terserlah bila mana dia boleh tanya kat penjual nasi ayam penyet masa kami makan dinner. Aku tak terfikir pon nak tanya hahahha. Tak jauh dari restoren itu lokasinya. Cumanya aku rasa dia buat kecil-kecilan kot. Namanya aku tak ingat hahaha. Ada 4 bilik je pon. Yang penting dekat dengan pekan dan dekat dengan perlabuhan. Dapat sebilik Rp300.000. Lagi okay dari dorm. Mana taknya, bila aku surf agoda dengan traveloka, banyak yang dah fully booked dan ada satu tu, dorm je pon dengan shared bathroom, semalam RM130.00. Mahal gila untuk aku buat B&B. Mungkin pakai rate USD kot. convert duit MYR memang teruk la bunyinya kan.

Bangun pagi, siap-siap sarapan terus buat pencarian handphone alaa buat kali terakhir bagi puas hati la kan...bila dah puas hati terus ke perlabuhan beli tiket baru ke Sanur. Jumpa balik mamat yang incharge Dwi Mennunggal semalamnya. Habis dipujinya ketenangan alaa bila handphone hilang tu. Kot-kotla puji-puji then bagi free je naik fastboat hahaha. Memang takla, kena beli tiket baru seorang Rp150.000. Tips: Ambil gambar tiket fastboat. Mereka tetap terima tiket yang diambil gambar. Jadi, kalau la terjadi apa-apa berkaitan dengan tiket, tak perlu beli lagi.



Sampai Sanur kena menapak keluar dari perlabuhan sebab Grab tak boleh masuk perlabuhan. Minum pagi kat Dunkin' Donuts dengan misi mengisi perut dan jasa internet WIFI hahaha. Siap makan, pesan Grab terus balik ke Nusa Dua untuk ambil luggage dan naik Grab balik langsung ke Padang Bai. Jauh betul perjalanan. 



Haa, keletihan alaa. Aku nak tidur tak dapat. Brader Grab ni kuat menyembang hhahhaa.

Brader Grab ni ada kawan kat Padang Bai. Kawan dia tolong aturkan tiket fastboat ke Lombok. Kalau nak beli sendiri aku rasa dah tak sempat dan sememangnya tak sempat sebabnya, elok kami sampai, terus ke arah fastboat loading bag dan cari tempat duduk tanpa ada tag nama dari fastboat company hahaha. Naik haram ke apa kami ni hahhaa...Tapi tiket macam mahal Rp100.000 seorang berbanding kalau beli online. Eh entah, aku tak ingat hahahha.



Masuk je fastboat terus cari tempat duduk. Tak sedar pulak aku duduk depan aircond. Ya Allah seribu rahmat hahahha. Alaa dok sebelah sana dengan geng-geng mat saleh, hahha.

Fastboat akan berhenti dahulu di Gili Trawangan yang famous tu. Sempatla aku ambil gambar kenang-kenangan.






Habis tercabut klip beg aku. Main tarik je pekerja fastboat ni tau. Tarik ikut hoodie beg pulak tu. Alahaiiiiii.

Sampai Lombok, macam kat Nusa Penida pula rasanya, kiri kanan orang tanya nak tak sewa kereta. hahaha. Aku main lalu je. Lupa pulak nak balik hotel memang kena naik kereta. Nasib baik alaa ingatkan hahaha. Penat masa tu. Aku tak boleh tidur jadi tak boleh fikir dan buat keputusan haahaha.

Runding dengan seorang mamat ni. boleh bawa jalan-jalan seperjalanan nak menuju ke hotel. 

Berhenti banyak juga tempat tapi yang seronok ambil gambar kat Villa Hantu ni. Dikhabarkan villa ini tak boleh siap atas sebab mistik. Dalam Villa Hantu ni ada orang jual mutiara. Hahahaha....mutiara sabah pon aku buat tak tahu inikan pula mutiara lombok hahahha.




Singgah juga kat Masjid Nurul Iman. Masjid ini ada sejarahnya kesan akibat gempa bumi di Lombok. Dikatakan rumah-rumah disekelilingnya hancur musnah. Ada lagi rumah yang masih belum dibaiki dengan sempurna.






Next stop dekat restoren makan apa entah. Asal jumpa tepi jalan berhenti je hahhaa. Nak rasa Ayam Talliwang Asli Lombok ahahhhaa. Siap ada dua kuah pencicah. Pedas dan Sangat Pedas dan kedua-duanya tak pedas mana pon hahhaha.


Sayur kangkung ni sedap. Apa ntah namanya.


Menetap di Grand Royal B.I.L Hotel adalah pilihan yang terbaik sebab nak kejar flight awal pagi dan ada free airport transfer. hahaha.

Masuk je bilik, buka tv terus keluar berita takbir raya hahha.

Ya, aku berhari raya aidiladha di Lombok. Alhamdulillah satu pengalaman. Kalau kat Sungai Besar baraan dari rumah ke rumah, kat Lombok berarak di jalanan di malam raya. Meriahhhhh. hihihiih.

Hajat hati nak mandi kolam sebab katanya buka sentiasa 24/7 . Elok aku duduk kat lobi, boleh pulak ada MotoGP. Layan sampai habisla kannnnn hahhaa.

Habis layan MotoGP naik bilik balik, packing barang sepadat-padatnya sebab ada penambahan bahan makanan hahahah. Boleh pulak singgah beli sos taliwang, ole-ole makanan, kicap cap bango, tepung-tepung gorengan, Fuhhhh macam pergi TESCO pula aku rasa hahaha.

Siap packing terus rehat dan tidur. Penat sangat hari tu. 


Lombok
10082019



14 September 2019

6KM Larian Cabaran Hari Aktifkan Malaysiaku 16 Nov 2019

Satu cubaan untuk kembali aktif...!!!

Hahahaa....

6KM tu aku tak kesah sangat. Yang aku kesah adalah perkataan larian cabaran tu...kang tetiba banyak disiplinnya takut aku tak tahan hahaha.



Takpa, kita cuba dulu hahha

14 - 16 Okt 2019 ambil race pack. Harap aku tak lupa la kan.

&
Its Free guys 😍


Rahsia Alam di Nusa Penida, Bali


NUSA DUA - SANUR - NUSA PENIDA

Wishlist alaa seterusnya ialah ke Nusa Penida. Dari Nusa Dua naik Grab ke Sanur. Sibuk sikit kat Sanur masa kat sini ada ala-ala PAU hahahha. Pemilihan ketua pemimpin parti pemerintah kat sini.

Banyak company fastboat yang ada di sini. Kenapa memilih Dwi Menunggal sebab dia yang paling depan sekali dan nak berangkat dah hahha.

Boleh la Rp350.000 pergi balik. Dalam blog yang aku baca boleh dapat Rp300.000 pergi dan balik. Tapi ramai sangat orang masa tu. Kalau aku jadi dieorg  ni boleh je aku rembat Rp500.000 pergi dan balik hahahhha.







Teringat zaman-zaman aku kerja kat sabah dari kota belud nak pergi Pulau Mantanani hahaha. Mengimbau kenangan betul. Fastboat agak stabil walau arus ombaknya boleh tahan. 

Sampai di Nusa Penida dah jadi macam baru keluar dari bus stand jalan duta hahha.

Boleh sewa kereta dengan  driver. Boleh dapat dalam Rp400.000 sehari (kalau dekat KLOOK RM160.00 lebih kurang Rp500.00). So sila bawak berbincang dan minta kurang pada harga yang ditawarkan haha...Skuter dalam Rp70.000 sehari. 


KELINGKING BEACH

Sampai je kat sini, aku tergelak sebenarnya. Bila aku tengok gambar dekat cik google. Semua gambar dari atas. Siap aku terfikir semua orang zaman sekarang kalau berjalan wajib bawa drone ke ye. Bila dah sampai baru tahu, dari atas ke pantai jauh oiiiiiii. Kalau dengan mata pon rasa dah jauh, ape tah lagi nak turun bawah ke pantai kan hahhaha.





Jenuh aku perhatikan, tang mana la datangnya T-Rex ni seperti yang dikatakan dalam tripadvisor muhahaha. Yang aku nampak hanyalah seekor ikan ataupon lebih tepat lagi adalah biskut ikan hahahha.


bergambar dulu sebelum cari pasai nak turun ke pantai hahha...senyum lagi la kannn. Pastu senyum pon tak larat hahhaa.


haaaa nampak, laju je alaa dah turun ke bawah. Kalau nak turun ke bawah kena ikut tangga  batu sekejap lepastu tangga buatan tanah sampai ke simpang tiga tu dan belok kanan dan turun lagi ke bawah sampaila ke pantai.


Haa okay...rehat kejap duduk kat depan sikit je dari simpang nak turun ke bawah. Tenang sangat duduk sini. Rasa macam kalau bawa laptop boleh la dapat 5 muka surat tulis tesis hahahha. (over gila hahhaha). Eh tapi serius la. Ini la baru betul dengar bunyi deruan ombak menghempas pantai. 

Hajat hati aku nak turun ke bawah tapi rasa macam tak mampu. Bukan tak mampu nak turun tapi tak mampu rasanya nak naik atas balik hahahha.

Kalau mata power boleh nampak bendera Indonesia kat hujung sana tu sebab Indonesia dalam sambutan bulan kemerdekaan. Berkibar megah ya.



Habis sembang habis ambil gambar habis ambil video...haaa....padan muka. Sila naik sendiri hahha.


Hat ni sebelah kanan dari tempat turun. Kena mendaki sikit dan ke tepi. Kat sini lagi jelas biskut ikan berbanding T-Rex. Tapi bila aku tenung balik gambar ni baru aku nampak T-Rex tapi macam versi kekurangan zat makanan. Halus lehernya hahhaha.

Sebelum balik aku ngan alaa singgah minum air kat gerai. Mahal nak mati. Tapi sebab haus aku beli kali yang kedua. Kali ni dengan owner kedai..Owner kedai bagi harga separuh harga. Katanya harga jualan tu untuk warga asing hahhahaa. Kuang ajo hahha. Lepas kajadian ni, apa je aku nak beli mesti lajuja mulut aku minta harga lokal hahha.

Next stop:

ANGEL BILLABONG

Keterujaan aku dengan ombak yang besar kat sini. Cantik sangat.

Rezeki dalam pelbagai bentuk, rezeki aku adalah bila aku dah ready kat tempat ambil gambar dan tetiba aku dapat merasakan ombak paling besar akan menghempas dinding tu. dan ya...itu rezeki aku...terus aku pon minta alaa ready untuk ambil gambar dannnnnnnnnnnnnn dengan kepantasan jari jemari alaa ambil gambar aku dan satu kepuasan tercipta hahahha. Lawa oiiiiiiiiii. Tengok gambar pon aku boleh rewind balik cerita ombak menghempas dinding hahhha.








Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai 
tetapi
walau setinggi sekuat mana pon ombak tersebut, tetap akan tenang juga akhirnya
Maka bersabarlah kerana ianya salah satu cabang iman.
ececehhhhhhh

Perhatikan dekat paras tinggi dekat dinding ombak kena hempas tu, disitulah keunikan tempat ini sebenarnya. Dibelakangnya itu ada satu kolam yang jernih tapi ditutup untuk aktiviti. Kata alaa ada berlaku musibah baru-baru ini kat sini.



Kalau bolehla mandi, memang aku transform oiiiiiiii. Teringin nak mandi kat pool cenggini. Baru best fefeeling exotic hihiii.

Next step to:

BROKEN BEACH

Tak jauh dari Angel Billabong.


Sangat unik, kat sini ada satu pintu gerbang yang mana air masuk dan keluar pada pintu yang sama. 


Broken beach ni tak boleh mandi pon. Turun jauh sekali. Macam satu besen yang besar. air masuk dan air pon keluar. Cantik dan unik. Hebat betul ciptaan Allah ini.




Inilah gambar kenangan terakhir alaa bersama handphonenya. Kesian dia, Dahla handphone dia gambarnya lawa. Banyak pulak tu gambar aku dalam tu. Sayang betul. Takpa, mungkin ada rezeki dan punca asbab untuk alaa ganti handphone yang lagi power kameranya hihihiihi...kata nak ke Tokyo kannnn hihihi...

Nusa Penida, Bali
09082019