Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

12 September 2019

Sehari di Ubud, Bali


Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Chewahhh. 

Bangun pagi, terus menung. Nak pergi mana hari ini. Samada nak ke Sanur dan langsung bermalan di Padang Bai atau ke Sanur dan balik ke Nusa Dua.

Sepakat terus tanya supir yang bawa ke Uluwatu untuk bawa aku dengan alaa ke Ubud. Sempat juga tanya Iliani ETA ke Ubud tapi kalau jumpa, jumpa la kan. 

Perjalanan bagi aku agak jauh dan sempat juga la lelap sesambil mencari kedai helmet moto.

Supir tak habis-habis dok ulang tanya kenapa tak gerak ke Ubud ni awal pagi...apa boleh buat, misi memujuk gagal..mungkin kepenatan ke Uluwatu hari semalamnya hihi.

Bagusnya supir di bali ni, aku suka bila dia mula bercerita dan adakalanya walaupon berulang tapi aku tetap nak dengar sebab dia cerita dengan penuh keikhlasan. Chewahhhh. Antaranya ialah penduduk di Bali majoritinya beragama hindu dan mereka bersembahyang sebanyak 3 masa iaitu, pagi, tengahari dan malam dan satu masa tu boleh jadi banyak kali mereka beribadat. Kagum juga, walaupon banyak kalai beribadat, letak bekas pakai buang ada bunga-bunga (kos dia dalam RM3 sebekas) tetap beribadat. Terus aku terfikir, 5 kali itu perlu aku pelihara setiap masa selagi masih berdaya.

ALAS HARUM
KOPI LUWAK
TEGALLALANG RICE TERRACE


Terrace Rice ni sama je macam dekat bandung. 

Alhamdulillah, sampai je Alas Harum, Tegallalang, jumpa Iliani hihi...terus jadi satu group lawatan. Masuk Alas Harum ni  percuma cumanya bila nak buat aktiviti atau nak minum kopi luwak baru la kena bayar.






Ni ha najis dari Luwak. Di kutip kopi yang telah di makan oleh Luwak tersebut dan dibersihkan dan dijemur dan direndam dan dibersihkan sekali lagi.


Ni haa, 3 peringkat, dikeringkan, direndam sampai kembang coating kopi dan jadila biji kopi luwak


Acah-acah pembikin kopi luwak. Goreng dulu dan kemudiannya ditumbuk pakai tampi. Perghhh...Sesuaila dengan kemahalannya. Proses nak buat kopi pon makan masa yang agak panjang.
Teringat pula aku kat kopi tenom hihi.



Jadi, ini la terrace rice dalam Alas Harum. Nak turun bawah tu kena bayar. Di sini ada buaian gergasi yang selalu orang ambil gambar tu. Idak lerrr aku. Syerammmmm nih. 


Tak lama pon di Alas Harum sebab macam takda benda pon hahaha....rasa kopi pon tak oiiiii. Terus keluar mencari kereta sebab nak pergi Air Terjun Tegenungan pula. Boleh pula masa kat sini ada eksiden moto dengan kereta. Kecoh la sekejap.

Lama juga nak tunggu supir kat kereta. Tapi lepas ni tau dah. Kalau nak panggil supir, bagitahu je polis bantuan tu nombor kat tag wrist tu. Pandaila nanti mereka panggil pakai walkie talkie.

Perjalanan ke Air Terjun Tegenungan ni berbeza arah perjalanan ke Bandar Ubud. Tapi supir cakap sebab dah suntuk masa, terus ke air terjun. Tapi hati aku nak masuk Ubud sebab nak tengok ada apa kat Ubud ni sampai Mat Salleh kat tripadvisor dok suka sangat tu kan.

Supir akur dan kami pon masuk ke Bandar Ubud, hahahha....Jem oiiiiii. Tapi bukan aku yang drive, jadi senyum je la haha. Boleh la aku cakap Bandar Ubud ni memang tempat orang luar. Dalam 10 orang yang selisih belum tentu jumpa yang lokal hahhaha.


BANDAR UBUD





Ingat nak singgah pasar kraf dia. Tapi macam tak tercakap haha. Diam je dalam kereta masing-masing. Penat menampi biji kopi barangkali hahhaha.

Lapar, supir singgah ke:

SAWAH INDAH RESTO

Supir kat bali ni, seronok sikit. Dia begitu prihatin dengan makanan halal. Katanya Bali ni susah nak caru yang halal. Halal bagi mereka ialah bukan dari makanan yang dicuri. Owh, yer juga kan. Tapi aku dah agak dah. Kalau halal ini satu yang eksklusif di sini. Memang logik la makanan halal di Bali ni mahal.






Set Bebek dan Ikan bakar









Makan ditepi sawah padi macam makan kat sawah padi sungai besar hahaha.

Siap makan terus ke

AIR TERJUN TEGENUNGAN



Waktu operasi 6.30 pagi sampai 6.30 petang dengan tiket berharga Rp20.000.
Laju-laju supir, aku dengan alaa masuk entrance dia haha, Siap supir pesan lagi, masuk dulu air terjun baru menyoping haha. Nasib aku akur, sekali tengok air terjun dari kawasan pintu masuk. Aumakaiiii jauh kemain hahha.



Standard la kalau ko jalan dengan kaki hiker kaki gunung kaki bukit, memang ko kena tinggal hahhaa. Apa tengok-tengok. Nak suruh jalan cepat la tu hahahha...


Sekali imbas macam air terjun Mahua, Tambunan kan...tapi airnya tak sesejuk air mahua.




Yezza...dapat juga jadi angry bird hitam. Masa nak turun tadi siap ramai beratur tunggu turn.


Sarang hat ni kena try sebab free. Sarang-sarang kat tempat lain semua berbayar ya. Adala juga gambar dengan encik sarang


Thanks family dari kedah katanya. Tolong ambil gambar. Time ni supir dah tunggu kat kereta.

Masa nak menuju ke kereta, alaa sempat membeli beg rotan. Rare juga design dia banding dekat Krisna. Sempat jugala walaupon kedai dah mula nak tutup. 

Tak sabar aku nak naik kereta. Penat naik tangga kemain tinggi tu hahahhaa.

Dah balik sini baru aku sedar yang sebenarnya apa yang aku tulis kat ayat pertama kat atas tu adalah benar. Walaupon tak dapat dak penuhi semua tapi aku rasa seronok juga la sebab Ubud ni adalah salah satu wishlist alaa nak pergi. Jadi, kalaula kami ke Sanur dan ke Padang Bai, makanya alaa kena datang balik ke Bali untuk ke Ubud hahhaha. Syukur alaa ada wishlist. Kalau tak, mau duduk hotel je aku ni hahhaa.

Ubud, Bali
08082019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan