Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

09 September 2019

Sepetang di Uluwatu, Bali


Selesai semua urusan ber-Asian Congress of Nutrition, aku menggunakan kuasa facebook untuk mencari supir yang available untuk bawa kami ke Uluwatu. Yes alhamdulillah senang runding dengan supir ni. Katanya selalu bawa pelancong dari negara jiran.

Dari Westin Hotel ke sini agak lama juga duduk dalam Grand Livina tu. Siap ikut jalan dalam sebab tak nak sangkut dalam jem sebab keluar dari Westin Hotel pon dalam pukul 4.30 petang. Masa di bali sama masanya dengan di Malaysia. Tak perlu nak adjust jam.

Masa sampai kawasan Uluwatu Temple tu, kena beli tiket masuk dan juga tiket nak tengok Kecak Dance. Tapi supir yang tolong belikan tiket Kecak Dance. Kena pakai lilit kain oren kat pinggang. Katanya untuk menghormati dan juga sebagai tanda untuk menahan nafsu. Haha...

Pakai je la...

So lepas masuk check point pertama, supir bawa masuk dan naik ke atas temple sebelah kanan. Tinggi jugala tangganya. Memang ada temple pon kat atas tu tapi tak nampak pula orang tengah beribadat ikut cara dia.

Sebelah kanan ni, pemandangan yang cantik, selama ini aku tengok di gambar dan bila aku tengok pakai bola mata aku ni haa, sah memang cantik sekali ciptaan tuhan yang satu.

Nasib ada supir yang sporting ambil gambar ramai-ramai. Tapi lepas tu dia tinggalkan kami sebab dia nak pergi beli tiket Kecak Dance.





Bila aku zoom camera, fuhhhh dah ramai dah masuk panggung walhal belum mula lagi pon. Arghhh sudah dah ada rasa tiada tempat dah ni haha....


Just nice bila kami masuk panggung, Kecak Dance baru nak mula dan ya, tiada tempat duduk walaupon ada ruang, pengunjung tak nak duduk rapat-rapat.


Wilfred dengan Sim Yee dah pasrah tak dapat nak masuk dalam panggung. Tengok kat tangga ja. Kejap je mereka terus turun dan nak layan sunset katanya huhu....


Dan akhirnya, ada juga tempat duduk buat aku, alaa dengan kak su. Boleh la layan dengan tenangnya. 


Sunset dari atas je tapi tak nampak pulak dia punya sunset betul-betul kat bawah sebab kena lindung awan.


Nampak tak kegigihan alaa ambil gambar sunset sambil pegang kertas maklumat berkenaan Kecak Dance kikikiii...



Kecak Dance ni kena tengok berserta dengan kertas maklumat tarian tu sebab ada cerita-cerita dia. Nasib ada alaa, dia yang ceritakan so aku dengan kak su tak payah nak baca kertas tu hahha.

elok Kecak Dance ni habis kami bertiga pon turun dari panggung terus keluar menuju pintu masuk sepertimana yang dijanjikan dengan supir. Sekali Wilfred dan Sim Yee tak muncul-muncul. Rupa-rupanya selepas Kecak Dance ada Fire Dance. Rugi pula aku keluar panggung laju-laju hahaha. Sempat la mereka berdua tengok Fire Dance

Kecak Dance = boleh tau dah nama tarian ini sebab orang yang dalam bulatan tu dok sebut-sebut je kecak kecak kecak kecak kecak....

#Sila tunggu jangan lari kalau ada yang kedua kali selepas ini haha...oh Fire Dance


Uluwatu, Bali
07082019




Tiada ulasan:

Catat Ulasan