Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

30 April 2020

Perkhabaran Gembira di Bulan Ramadhan


Alhamdulillah. 7 hari berpuasa di bulan Ramadhan Al Mubarak wa Kareem bagi tahun ini

Hari ini aku mendapat perkhabaran gembira untuk aku melangkah lebih kehadapan dalam laluan kerjaya aku.

Dalam menyelusuri sungai yang tenang, ada batu di tengah membelah alirannya. Dalam pada itu ada yang menolak kita ketepi. Maka panjatlah tebing itu. Keluar dari aliran itu dan cari cara yang lain dalam mengejar matlamat yang sama.

Akan aku perbaiki diri dalam memastikan segala apa yang aku hajati tercapai dengan izinNYA. 

Semoga dipermudahkan segala urusanku Ya Rabb. 

6 Mei 2020 menjadi saksi jiwa dimana keberadaan aku selepas ini.

28 April 2020

Speed Test U Mobile GX38 vs GX50 Guna Telefon Aku

RM0 UMobile: Only RM58/month (for life) to enjoy Unlimited HIGH-SPEED Data and Calls with the New GX68. Reply AM6 to upsize before offer end! T&C: u.my/gx68 

Sekarang ni selalu sangat aku dapat message dari U Mobile untuk upgrade plan internet GX50 ke GX68 (ada promosi jadi RM58 sebulan)

Yang bagusnya U Mobile ni dia ada pakej Giler Unlimited untuk postpaid dan juga prepaid.  

Hari ni aku subscribe GX38 untuk nombor prepaid  nak cuba banding dengan postpaid GX50 yang aku pakai sekarang  

Perbandingan speed test yang aku buat ni agak tidak adil kerana GX38 guna 6Mbps manakala GX50 pakai 5Mbps. 

Hasil dari cubaan yang aku buat tiga kali ini buat aku rasa nak upgrade pakej U Mobile hahaha 😅

Beza sangat aku tengok. Lebih-lebih lagi yang bahagian download tu hihi 😁. Kiranya pakej plan aku ni dah kebelakang !!! Hahaha Lain macam. Tunggu kontrak habis aku terus je tukar plan. Ke boleh tukar plan tanpa efek kontrak? 🤔. Tak kena penalti. Ermmm...




Beza sangat speed test 6Mbps lawan 5Mbps. 2 hingga 3 kali ganda lajunya hahaha.  Kalau aku subscribe GX30 macam mana la gamaknya sebab 3Mbps sahaja. Huhuhuuu 😅








Dell Optiplex AIO 9020 Satu Pelaburan

Semoga menjadi pembakar semangat aku dalam mengejar impian.

Dah tua, aku perlukan skrin komputer/laptop yang besar. Laptop yang pakai sekarang pon dah 15 inci dan tak cukup haha.

Akhirnya aku buat keputusan untuk membali Dell AIO 9020. Secondhand je. 

Setakat ini prestasi memberangsangkan. Skrin besar 22 inci. Kalau nak kira laju, laju lagi la laptop aku haha. Tapi aku puas hati untuk memiliki ini supaya aku tekun buat kerja. Kalau laptop asyik nak baring je hahaa...

#tahuninimestisetel
#insyaAllah





27 April 2020

Nasi Dagang PKP RTPC

Alangkah bahagianya aku semalam apabila beras nasi dagang yang aku beli tahun lepas akhirnya dapat dimakan dihujung bulan April haha 😍

Jadi, projek nasi dagang PKP dengan menggunakan Russell Taylors Pressure Cooker dimulakan dengan merendam 4 pot beras nasi dagang selama 5 jam. 



Toskan air, cuci beras sikit-sikit lagi dan masuk dalam inner pot. Curahkan santan sesuka hati dan air sampai aras-aras beras.


Anggaran macam ni. Tutup lid & lubang angin PC. Tekan steam terus aku tengok tv hhihhi.


Dah 'bb' buang tekanan, gemburkan nasi, masukkan bawang putih, halia, halba, garam dan perabihkan santan kotak tu tadi. Tutup lid tekan steam lagi sekali.


Taraaaaa....siap...!!!!!!!! Elok kejadiannya haha.

Alhamdulillah berbuka puasa dengan nasi dagang lauk gulai ikan tongkol by ibu. Abang ngan kakak pon suka, papa pon suka. Hihiii.

Aku tau dah hala tuju aku nanti bila boring dah pencen hahaha...😍🍚🥗🍲

19 April 2020

Asam Pedas Ikan Pari

Masakan seterusnya dengan menggunakan Russell Taylors Pressure Cooker dambaan hati aku dalam arena pemasakan pantas.

Asam Pedas Ikan Pari 

-----------------------------------------------------------------

Bahan A

Bawang Holland sebiji
Bawang putih berulas-ulas
Cili kering pedas yang direbus sebanyak yang aku suka
Halia seinci
Belacan sebesar kiub ayam
Garam sesudu teh
Gula dua sudu makan

kisar semua tanpa ragu-ragu mahupon belas kasihan

===================================

Bahan B

Ikan pari potong (Kulit tebal aku buang)
Daun kesum
Bendi

Dibersihkan semuanya

====================================
-------------------------------------------------------------





Tekan Bake, tumiskan bahan A sampai pecah minyak, naik baru dan rasa-rasa dipenuhi


Masukkan air asam jawa semangkuk dan beberapa keping asam keping gelugor


Masukkan bahan B dan masukkan air sehingga separas bahan-bahan A dan B.


Air tu tambah ikut paras ikan pari tu.


Tutup penutup RTPC dan tutup lubang ekzos wap. Tekan Fish. Apa lagi, masak nasi terus sambil-sambil.


Siap je, rasa dulu kuah. Tambah garam jika tak masin.

Sedia untuk aku hidangkan kepada abang dan kakak ni ha.
Cari mangkuk tingkat pergi delivery dekat ibu hahaha.

Alhamdulillah. Jadi 💓💕💖💗💘😜😝😍

12 April 2020

Butir Nangka Hijau dengan Halba

Pencuci mulut aku hari ini yang dinamakan Butir Nangka hahahaa

Lama dah aku teringin nak buat butir nangka ni. 

Buat aku teringat kat arwah opah. Dulu aku main order je, terus dapat. 
Moga opah tenang di sana. 

1 mangkuk tepung beras
Perwarna hijau
Perisa pandan
Air

Uli uli
Bulat-bulatkan

Panaskan air dalam periuk
Masukkan butir nangka
Rebussss
Naik je permukaan. Angkat hutir nangka

Masuk dalam bekas berisi air kosong

----------------------------------------------------

Kuah dia
Air secawan
Susu rendah lemak
Santan sikit
Halba

Dah panas, masukkan butir nangka dalam kuah

Tunggu sampai cukup masak
Campur gula campur garam

Siap...!!!

Sedap baqhangggg hahahaaha. 😍









08 April 2020

Carrot Cake - Cepat dan Pantas

Gian memasak menggunakan Pressure Cooker Russell Taylors ni membuak-buak haha. Tetiba semangat nak baut kek karot 



This is my working station. Messy but easy for me.

2 batang lobak dicincang sehalu-halusnya akibat dari penggarut tak tahu kat mana. Garut pakai pisau tapi hilang sabar hahaha

1 cup marjerin tesco
3 biji telur ayam saiz A

dan pukuiiiiiiiii

campur 2 mangkuk tepung
1 mangkuk gula
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanila

haaaa pukuiiiiiiiii

Masuk dalam pot

Tutup penutup dan tekan Cake

tunggu sampai keluar bb



Okay dah bb. Jadi 'boleh buka'


Taraaaaa


Jadila, tapi hangus kat bawah sebab sebenarnya aku salah tekan. Aku tekan bake!!!! bukan cake!!!
Rugi 15 minit dan hitam. Kalau tekan cake boleh jadi perfect rasanya.

07 April 2020

Russell Taylors 6L Electric Pressure Cooker

Penangan Shopee Sale 4.4 pada 4 April 2020 yang lalu telah menyebabkan aku telah melabur sebanyak RM149.99. Cisss, pandai Shopee ni. Kalau RM150.00, boleh dah aku guna voucher Maybank haha 😁.Jimat RM14.00

Dah lama dah aku ngidam Pressure Cooker ni. Sejak zaman noxxa ya, tapi mahal sangat-sangat huhu. Jadila, kita cuba dulu yang ini. Harap-harap ok la. ( Teringat aku menconteng rice cooker aku tu dengan tulisan berbunyi noxxa hahaaaha). Kelakar kelakar.

Unboxing  dengan abang buat aku nervous. Laju betul tangan dia nak membuka kotak dengan rakusnya. Rupa-rupanya, dia nak kotak tu je haaaa

Abang......abang.

Dikala movement control order ni kan, malam ni nak masak apa ya? Ermmmmm
(Harus aku bersemangat hahahaha)