Dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, jangan la alpa dengan tuntutan untuk mengeluarkan zakat fitrah.
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. (LZS) :
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Jadinya hari ini buat pertama kalinya aku mengeluarkan zakat fitrah secara dalam talian online. Buka laman web Zakat Selangor sebab aku tinggal di Selangor dan klik bayar zakat online.
Maka akan keluarla borang macam di bawah. Isi maklumat yang diperlukan dalam borang ni dengan cermat dan tepat.
Pada menu drop down Jenis Zakat, pilih zakat fitrah. akan keluar pilihan jenis beras yang perlu dipilih mengikut beras yang biasa dimakan dan kemudiannya pilih pula berapa orang nak bayar.
- RM7.00 untuk Beras Super Spesial Tempatan 5%
- RM14.00 untuk Beras Wangi, Beras Perang, Beras Ponni, Beras Putih Import, Beras Pulut
- Rm21.00 untuk Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah
Dah siap isi maklumat kemudian aku kena baca ayat pada pop up berkenaan ala-ala akad masa jumpa amil, aku pon buat pembayaran online. Kena simpan slip pembayaran dari bank sebagai back up. Resit Zakat Fitrah pula akan diperolehi dari sistem E-Zakat. Boleh dapat dari situ. Ambil masa kot, lepas bayar tadi takda pula resit dalam sistem tu. hihi.
Alhamdulilah. Selesai tanggungjawab aku untuk tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan