Selalu aku tengok iklan SETEL di stesen minyak petronas yang aku pergi. Sembang-sembang dengan acap, dia kata dia pon pakai apps ni. Senang katanya. Topup masa dapat gaji. Layan sebulan isi minyak pakai apps. Bayar dalam kereta. Siap approve keluar kereta isi minyak. Tidak perlu ke kaunter, takda isu kad mesra tertinggal kat kereta satu lagi hahaha.
Aku pon try download. Tetiba teringat acap pakaikan. So aku minta referer code dari acap. Then aku tambah duit dalam akaun bagi ada isi hahaha.
Bila buka apps, automatik apps akan bagi tahu kita stesen minyak terdekat dan bila dah sampai kena pastikan pam no berapa. Ada stiker setel tulis nombor pam.
Pastu pilih no pam dan keluar pop up minta masukkan amaun nak isi berapa. Dan biasanya aku tekan full tank. Mudah sikit. Kuda hijau aku ni tak tentu kadar minum dia.
Bila aku buka akaun aku. Yes. Dapat RM5.00 sebab pakai referral code acap dan dapat 10% cashback rebate hahaha. Layannnn.... jarang ye kita guna referral code orang kita dapat juga reward hahaha.
Tang link dengan mesra card ni aku suka. So, secara automatik points akan masuk akaun aku tu kan. Kad pon dah bengkok herot berot angkara terbiar kat dalam kereta hahahaha.
Lunch hari ni....macam tiada selera makan...ermm....misi mencari garisan dagu mungkin hahaha...
Pergi 7 Eleven depan tempat kerja ni, boleh pula jumpa Nescafe Mocha Orange. Pertama kali aku tengok haha.
Dilengkapi oleh Donut Ikan Bilis 7E. Harap-harap mampu sampai pukul 5 hahaha...
============================================
encik_nan's rating
Rasa : πππ - Rasa orange ada di celah-celah rasa coklat dan kopi. Seperti aku sedang makan snap berperisa oren. Boleh diterima akal dan tekak aku.
Komposisi Makanan : πππ - kopi je pon. Air minuman berkalori 100kcal/serving. Dengan nama produk minuman kopi susu berperisa oren. Berperisa tu yang macam ermmmmm sikit.
Persembahan Makanan : ππππ - Menarikla design tin minuman
Kebersihan & Keselamatan Makanan : πππππ - Minuman dalam tin yang diterima dalam keadaan yang baik
Harga : πππππ - RM1.90 (promosi di 7 Eleven)
6 Ogos 2019 merupakan hari bersejarah bagi aku. Buat pertama kalinya aku oral presentaion di peringkat antarabangsa di Asian Congress of Nutrition 2019 di Nusa Dua, Bali, Indonesia. Dia punya debaran lain macam. Sampai tertidur awal aku malam hari sebelum nak present tu hahaha. Padahal tengah tengok I Can See Your Voice Malaysia 2 makanya dengar in my dream sahaja. Rosak segala perancangan aku haha. Penat kot. Jetlag. haha....alasan...!!!
Slide Presentation memang dah aku buat dan hantar ikut deadline yang diberi. Boleh pula aku ada dengar presenter yang dia punya slide presentation tiada pada urusetia. Perghhh..kalau jadi kat aku terus panik ni hahhaa. Memangla ada backup tapi kalau minta secara mengejut ni takut tak terkeluar memori bawa backup dalam ipad hahaha. Pengajaran bagi aku ialah slide presentation kena ada sentiasa dalam pendrive hahaha.
Menjadi satu sejarah di mana talking point dibuat pada hari sebelumnya dan aku prektis untuk timing masa dari pagi sehingga sebelum menjelangnya pukul 11.00 pagi di hari kejadian hahaha. Apa boleh buat tertidur punya pasal.
Sedih juga aku, aku tak dapat nak tengok kawan-kawan aku yang lain present. Tapi apakan daya. Aku tak pernah dan tiada pengalaman untuk present dalam english di depan semua orang yang hadir.
Masuk bilik Orchid Room, Bali International Convention Centre @ Westin Hotel, aku dah cuak sikit sebab aku tak nampak bayang speaker no.4 yang mana dari MSU, Malaysia. Makanya, tinggal bertiga yang akan present dan lagi la tambah cuak sebabnya ada extra 7 minit untuk soal jawab kerana ada speaker tak hadir haha.
Muka ada senyum tapi jantung macam tengah berlari hahaha...
Nervous aku lain macam, cakap pon terketar-ketar kesejukan haha. Alhamdulillah dapat habiskan dalam masa 7 minit yang diperuntukkan. Naik je rasa gementar aku, terus angkat kepala tengok Alaa, Wilfred, Sim Yee, Kak Mai dan yang lain-lain. Tengok muka Pn Zalma, aku terus kecut lagi-lagi masa dia kuak pintu nak masuk hahahha...
Bukanlah satu presentation yang baik dan bagus, tapi satu achievement unlocked bagi aku. Buat hal lagi kan nak present peringkat antarabangsa pula tu haha.
aku nak tepek kat sini kata-kata Pn Zalma kat aku
"Relax...you're the expert in what you're going to present...feel good of yourself & bc ayat kursi byk2"
"You did a good job...start spreading your wing...pasni target for ICN pulak"
Prof NAK:
"Kena practice cakap org putih π"
Alhamdulillah aku berada dalam satu circle yang positif. Semua kawan-kawan bagi aku semangat. Dieorg dah biasa present. Aku je bawah lagi dari beginner hahha. Sedih juga tak dapat tengok alaa present sebab aku dok join satu symposium yang ada kena mengena dengan topik dan bidang yang aku sangat minat dan perlu untuk habiskan kesemua sessi demi untuk mendapatkan sebatang pendrive yang ada modul di dalamnya. Sorry Alaa huhu
Semalam habis meeting di shah alam, terus pasang waze menuju ke Emy Cookies di Kampung Kuantan, Klang. Bertenang sikit kali ni. Sebelum raya haritu, kemain ramai orang. Siap ada yang kata dah ada dari belum buka kedai lagi haha. Aku siap tunggu depan pintu untuk grab je apa yang keluar dari pintu kilang dia kat belakang tu hahaha.
Emy Cookies ni bagi aku best sebab rasanya sedap dan kena pada harganya. Sebalang dalam RM16 kalau yang macam chocolate chips macam kat pasaraya tu ha.
Tapi fevret aku adalah π hahaha. takdan sampai rumah. Dalam kereta dah selamat sebalang dalam perut aku. Ketagih betoi makan biskut ni. Nama dia apa pon aku tak tahu hahhaa.
Dalam 7 balang juga yang dibawa balik hahahha.... π
Selepas selesai membeli biskut di emy cookies di Kampung Kuantan, Klang, misi mencari makan tengahari dimulakan dengan objektif berhenti di kedai makan pertama yang aku jumpa on the way balik...
Tekan brek kat kedai namanya:
Claypot Asam Pedas Andak
Kampung Kuantan, Klang
Asam Pedas Daging Tetel
Asam Pedas Ikan Pari - fevret aku ni haha...π
Rasa macam duduk dalam studio pula dekorasi restoren ni. Ada gitar, ada keyboard ada seksofon kot rasanya hihi... π·πΉπΈπΊπ»πΌπ΅πΆ
Bagi yang teringin ke sini bolehla berkunjung. Parking khas disediakan di tepi restoren. Masa makan ni aku masih teringat kat asam padas ikan dori Imperial Heritage Hotel...perghhh menambah aku woooooo time tu hhahaha.
============================================
encik_nan's rating
Rasa : ππ - kuahnya masin sangat. Aku dapat yang reheat atau kuah paling akhir ke eh. Ermmm entah la. Ikan pari rasa segar dan saiz yang memuaskan. Daging tetelnya macam aku tak boleh terima. mungkin sebab aku ada ikan pari hahaha.
Komposisi Makanan : πππ - Ada sayur bendi 3 ketul dalam pari, tiada dalam daging. Aku rasa kalau ada telur masin dalam set nasi asam pedas tu kompom terangkat lah...!!!
Persembahan Makanan : ππ - Datang memang panas berbuih-buih melompat kat claypot tu hihi. Nasi betul-betul satu mangkuk cina.
Kebersihan & Keselamatan Makanan : π - Pinggan yang aku dapat RETAK.
Harga : ππππ - kurang dari RM8.00 dapat asam pedas pari dengan nasi putih. Air kosong disediakan percuma