Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

21 Februari 2020

Perginya Kawasaki Z250

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Berat juga hati nak melepaskan brader ni. 

Tapi apakan daya, aku memerlukan sesuatu yang boleh bawa dua orang putera puteriku ke sekolah dengan mudah selesa dan selamat. 


20 Februari 2020 aku lepaskan kau

Esok lusa aku nak shopping scooter Yamaha Nmax.  Lincah dan mempesona hahahaha. 

Semoga keputusan aku ini baik untuk aku dan keluargaku. 

16 Februari 2020

Nasi Ikan Bebeq di Hospital Ampang

Dah jadi macam acara wajib pula aku kalau ke Hospital Ampang untuk makan
Nasi Ikan 'Bebeq' @ Hospital Ampang haha 😍


Aku suka sebab ikan cencaru masak sumbat sambal je hihi. Sedap. Boleh kot pesan guna Food Panda sebab aku ada nampak signage dia kat booth.

Istimewanya kafeteria Hospital Ampang ni dia banyak pilihan dan sila pening untuk makan apa kalau ada member tanya hari ni nak makan apa? Hahaha. Banyak food stalls dengan pelbagai jenis makanan. 

Hari ni tutup pula stall ice blended kikikiiii. Kalaula dapat mocha pon fuhhhhh. Celik mata sampai malam. 

Minggu depan kena pergi lagi ni. Nak buat tindak susul perkembangan projek baik punya kat sini hahha. 

Latihan Katering Sihat di Hospital Ampang 16 Februari 2020 (Ahad)

Mari berkerja di hari Ahad yang indah. Alhamdulillah selesai Latihan Katering Sihat yang menjadi satu keperluan untuk dilakukan setiap tahun dan tahun ini aku buat awal tahun haha.


Kenapa hari Ahad dan bukan pada hari kerja biasa? Sebabnya pekerja kafeteria sukar untuk mendapat pelepasan atas tuntutan kerja yang tinggi dengan jumlah pelawat, pesakit dan anggota kesihatan di Hospital Ampang untuk memenuhi fitrah manusia iaitu makan. 

Kerjasama yang diberikan oleh pihak kafeteria sangat baik. Latihan kali ini aku buat di kafeteria je dengan bantuan laptop aku tu. Alhamdulillah dapat selesaikan semua yang perlu dan dapat bantuan penuh dari Pegawai Teknologi Makanan daerah. Lebih santai dan sampai. Banyak soalan dan pertanyaan. (aku sangat risau kalau aku bagi ceramah dan orang senyap. Faham ke tidak aku pon tak tahu hahaha).

Semoga bermanfaat dan ilmu dipanjangkan juga diamalkan hendaknya. 

15 Februari 2020

Umpama Mimpi Dalam Mimpi - Bagio Damasutra

The Lagendary, Baggio Damasutra. Teruja aku bila buat pameran sebaris lejen zaman aku budak-budak dulu. 

Bila MC cakap ada persembahan dari bagio. Aku tambah seronok. Harap-harap dia nyanyi lagu ASYIK. 

Sekali mula je muzik. Aisehmen. Umpama Mimpi Dalam Mimpi. Layan beb. Sing along orang putih cakap hahaha.






Umpama Mimpi Dalam Mimpi

Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari


Pabila kupejamkan mata
Akan terasa hangatnya asmara
Walaupun sekian lama
Telah terpadam cinta kita


Luka yang tak terasa
Mengalair darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa
Suara


Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh
Bayanganmu


Walau hanya seketika cuma
Agar hilang rindu dan dahaga
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta


Kenangan bersamamu kasih
Membakar gedung fikiranku kini
Terasa hidupku ini
Umpama mimpi dalam mimpi

Umpama mimpi dalam mimpi

Pameran Pemakanan Sihat, Hari Tanpa Kenderaan MPAJ @ 9 Februari 2020

Hari Tanpa Kenderaan MPAJ @ 9 Februari 2020 (Ahad) datang lagi pada tahun ini. Kali ini aku masih dipertanggungjawabkan untuk mengadakan pameran pemakanan. 

Tahun lepas aku buat pameran makan secara sihat dan ada buat demo masakan. Tapi kali ini lain macam cabarannya.

Aku dah buat persediaan baik punya untuk buat Spageti Sambal Ayam Warna Warni & Capati Dariku Untukmu. Sekali boleh pula ayam yang aku beli tu busuk! Hancur punah segala perancangan. Plan B? Ganti ayam dengan ikan bilis. Dari cadang nak buat pukul 9.00 pagi tukar ke 11.30 pagi.

Dalam pukul 11.00 program macam dah nak habis. Okay. Terus tak jadi nak memasak. Ya adoiii. Penat eh aku nak sediakan barang makanan dan barang untuk memasak. Tapi takpela. Lain kali mungkin. 


Tahun ni pinjam bahan Kuala Selangor. Ada puzzle #SukuSukuSeparuh & Piramid Makanan Malaysia.

Seronok orang yang datang pameran aku main. Sambil-sambil terangkan apa itu Piramid Makanan Malaysia dan Konsep #SukuSukuSeparuh. Bagi yang dewasa aku bagi car sticker #SukuSukuSeparuh. Boleh jadk bahan promosi dijalanan. Harap-harap mereka tampal la kan. Bagi budak sekolah aku bagj pembaris pemadam pengorek pensil hihi. Belajar betul-betul dik.

Tahun ni buat hal lagi dengan aku buat pertandinga Teka Berat Buah Mangga dengan Kuiz Pemakanan. Guna google form sebagai medium mengurangkan penggunaan kertas haha. 

Pemenang-pemenang kuiz dihadiahkan buah-buahan dan sayur-sayuran serta bahan makanan demo masakan hahaha. Harap pemenang suka la ye. 

Panjang umur murah rezeki bulan April nanti aku ke sini lagi. Semoga dipermudahkan. 

13 Februari 2020

Rumah Transit Putrajaya

Berkursus atau bermesyuarat di Putrajaya lebih sehari selalu buat aku rasa alamak !!!

Bukan apa, hotel mahal sangat kalau kat Putrajaya ini.

Selalunya aku akan menempah bilik di Rumah Transit Putrajaya

Selalunya bila aku nak booking bilik atas talian ada dua hasil je. Kalau tak fully booked mesti ada bilik biasa dengan harga RM20 semalam. Kalau nak sewa satu apartment harga semalam RM70.

Tapi kali ini aku sangat bergembira bila mana aku dapat booking  bilik utama dengan harga RM30 semalam.

Pembayaran semua atas talian dengan deposit RM50.

Urusan daftar masuk sangat mudah dan pegawai yang menguruskanpon sangat efisyen dan friendly.

Unik bila mana urusan daftar masuk perlu dilakukan pada pukul 2.00 - 6.30 petang. So habis mesyuarat pukul 5.30 petang harus memecut laju ke sini hahahaha. Kang tido dalam kereta pulak kan.


Beza Bilik Utama dan Bilik Biasa ialah bilik utama ada aircond hahahaa. Ada bilik air sendiri dengan pemanas air. Ada almari baju dan meja solek. Bilik luas. Dan #akusuka hahahah

Dekat common area ada kemudahan peti sejuk, meja makan, set sofa dan tv. 

Secara keseluruhan, kalau jenis tak kesah ni. Ok je la Rumah Transit Putrajaya ni. Sangat sesuai buat sesiapa yang kena report duty kerja di Putrajaya sementara nak cari rumah sewa. 

Kekurangan Rumah Transit Putrajaya ini ialah susah nak cari makan kalau tiada kenderaan sendiri. Nak harapkan Grab. Boleh tahan juga harga dia. Nak pergi mamak Presint 9 pom RM10. Harusla FOOD PANDA la kan haahaha. 

06 Februari 2020

Baby Crab Crisp, Port Dickson

Keluar dari Pusat Ikan Hiasan, Port Dickson, aku singgah sekejap ada satu gerai tepi jalan tak jauh dari simpang jalan utama.

Baby Crab Crisp

Aku turun dari kereta, bila aku hadap je akuarium ni. Aku dah keliru. Banyak pula pilihannya

Ada perisa black pepper, spicy, cheese dan satu lagi aku tak ingat. Bbq kot

Harganya agak mahal jugala. 100g untuk RM10.00. Berat juga nak bayar tapi ibu nak rasa. 


Brother yang jual tu bagi aku rasa semua dan aku lebih berminat kepada perisa cheese. 

Haa, makanla aku dengan ibu sampai habis. Sedap pula aku rasa haha. Tak keluar lagi highway seremban-PD. Habis licin hahhaa. Lepas ni boleh singgah lagi beli perisa cheese pula. 

05 Februari 2020

Jalan Jalan Ke Pusat Ikan Hiasan, Port Dickson


Setelah 2 hari 1 malam di Port Dickson. Aku rasa macam kena buat sesuatu bila mana bulan lepas masa family day haritu hanya duduk rumah mandi kolam tidur bangun mandi kolam kemas balik. Thats all

Makanya harus aku mengajak sekeluarga jalan-jalan ke tempat yang ilmiah bila mana abang dan kakak sudah mula memahami hihi

Tempat yang dituju ialah Pusat Ikan Hiasan, Port Dickson


Aku cari page  di Facebook. Okay, buka hari Ahad. Fuhhh. Masuk Percuma. Lagi la aku seronok hahaha. 

Sebagai ketua rombongan dengan ahli rombongan yang ramai. Jika ke tempat berbayar. Mahu aku yang dok luar hahaha. 
Buka setiap hari dari 9.00pagi hingga 5.00 petang. Jumaat tutup rehat masa waktu solat jumaat 12.15 t/hari ke 5.00 petang. 

Waze sahaja Pusat Ikan Hiasan pasti akan ada location dan tekan GO hahaha. 

Bila sampai boleh parkir ditepi jalan dan tempat parkir berbayar. RM3 rasanya sebab aku memilih untuk parkir di siring jalan 😁


Masuk kawasan PIH ini dan terus ke arah belakang. Dan jumpa mural yang sangat cantik ini. Berbakat berseni orang yang melukis mewarna ini. 

Jadi PIH ini ada dua kawasan pameran. Kat luar dan di dalam bangunan. Di luar ada dipamerkan penyu. Seronok la hai anak anak teman. Hahahaa. 

Ebi je dok tengok penyu dengan tanda tanya apahalnya bapak aku bawa sini. Hahahah. 

Ni tempat penyu bertelur. Ada PIH letak contoh telur penyu ni. Lagi bertambah excited abang tengok. 
Bahagian pameran dalam bangunan perlu melalui pintu bangunan ini.



Spesis nemo yang terdapat di PIH. Pernah terbaca rasanya yang nemo di sini adalah diternak di sini. Wallahuallam. 
Ikan kawan nemo. Aku panggil ikan bodoh. Sorry hahaha. Terus ibu tanya kenapa panggil dia bodoh. Ok je. Hahaha.

Cantik betul ikan pari ni ya. 



Tempat wajib bergambar. Ala ala photobooth. Ada orang boleh ambil gambar dan cetak terus. Harga aku tak tahu dan tak nak tahu sebab aku tahu kalau aku ambil gambar sudah tentu gambarnya tak tahu aku simpan kat mana. Hahahaa. 

Lain kali nak bawa keluarga aku pergi muzium pula. Mungkin Muzium Negara. Hahaha. Aku rasa aku pon tak pernah pergi kikikiiiiii.

01 Februari 2020

Sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Usai solat fardhu zuhur, aku terperasan satu poster bertajuk Sunnah Nabi Muhammad.

Aku tak tahu samada betul atau tidak kandungannya tapi rasanya tidak salah untuk mengikutinya kerana aku nampak semuanya yang baik-baik sahaja dan aku sendiri rasa macam aku tidak menghidupkan sunnah junjungan besar nabi muhammad bila baca senarai segala perbuatan yang baik itu 😭. 






Aku nak mulakan balik puasa sunat isnin dan khamis sebagai satt permulaan. InsyaAllah.