Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

27 Jun 2020

Lemang Daun Lerek Simpang Tiga Greenwood

Lepas pekena Lemang To'Ki haritu, aku dah macam lain macam bila aku nampak lemang dan rasa semacam je kalau tak rasa lemang.

Tapi Lemang Daun Lerek Simpang Tiga Greenwood Gombak ini lain macam. Masa bulan ramadhan lepas aku lalu je sambil usha-usha kedai ni. Penuh...parking tepi jalan pin tiada ruang nak menghimpit. Makanya selamat tinggal lemang kuuuuu. Baik aku balik buka puasa kat rumah. Tak thu turn aku beratur tu dapat lemangnya bila.

hahahahhaha....



Alangkah bahagianya aku bila pasca ramadhan di bulan syawal ini. Orang tiada wehhh hahaha.

Parking siring jalan terus menapak ke kedai.




Haaa, ni gambar kidnap kat facebook mereka la ni.

Masa aku datanga da yang RM20 tu je haaa.

Beli la juga sebab itu je pon yang ada padtu beli rendang daging juga RM10.





Panjang sejengkal.


Aku suka la lemang ni hahahha. Lemak-lemak dia tu perfect.

Lebih kurang tapi tak sama dengan Lemang To'Ki. Rendang daging dia terbaik.

Masa nak beli tu ada tester. Aku ada rasa rendang daging hitam. Perggghhhh layan juga. Tapi takda pasalla aku nak beli sampai dua lauk kalau lemangnya hanya sebatang buat nak rasa. hahahaha.


InsyaAllah boleh singgah beli lagi nanti insyaAllah.

Birthday Reward from Starbucks Malaysia

Its My 37th June in my life. Redeemed at AEON Metroprima, Kepong outlet while waiting Mr. Buyer from Port Klang to collect my Altec Lansing VS4121 speaker. 

Chewahhhhhh.

Lama dah aku tak minum air sedap ni. Last time pon aku minum dengan Izmir kat Ampang Point. haha.

Okay la, kalau nak beli satu slice kek tu pon memang tak la kan dengan harga RM12.70 tanpa tax. Ni dapat percuma, syukur alhamdulillah. Itukan rezeki namanya hihi. 

Birthday Reward - A complimentary Slice of Cake with the purchase of any beverage during your birthday month. Only for registered MSR members.

Sebabkan nak dapat kek ini, aku kena beli air dulu dan tunggu beberapa minit sampai Starbucks update system dia, baru boleh redeemed. Kalau nak dapatkan kek ni kena ada buat pembelian pada bulan tersebut.

Pastu aku pon melepak la dekat tempat duduk yang ada power point plug. Sekali semua aku cucuk, semua tiada karan hahaha. Adoiyaiiii hihihi.

Terencat aku nak buat kerja sebab ipad dah nak habis bateri hahha.

Thanks Starbucks..!!!







Denied Check In OYO Hotel - Lahore Hotel

Pengalaman kali ke-2 buat tempahan hotel dengan menggunakan aplikasi OYO adalah seperti yoyo yang tidak bertali, kena letak ketepi dan diketepikan lantas kena beli beyblade untuk mengisi masa lapang.

Dulu aku pernah tinggal di Hotel Green, Ampang dengan cemerlangnya dari buat tempahan, check in dan check out.

Kali kedua ini aku memilih Hotel Lahore sebab aku sangat familiar dengan kawasan sekitar hotel ini.

Habis waktu kerja aku terus ke hotel ini untuk check in. Sekali satu yang mengejutkan aku bila masa aku tidak dibenarkan check in sebab aku tempah guna apps OYO. Kalau nak duduk kat hotel ini dia kata kena bayar RM60.00.

Aku dengan beg baju, beg kerja, beg laptop dan baju kemeja berhanger dah jadi macam orang bodoh dah kat situ dipermainkan oleh orang asing yang jaga Hotel Lahore ini. 

Bila dah denied check in dengan 2 orang perkerja dia tu, aku panas. hahaha. Aku siap tanya kenapa tak boleh check in. Kot-kot la pasai Covid 19 la kan. Tapi bila dia cakap walk in boleh kena bayar RM60.00 tu aku dah pelik. Dahla tak pandai cakap melayu dan english. Aku tak berapa faham sebab dia kata 'pay pay'. Elok aku nak buka wallet aku dah rasa lain macam. Bila aku tanya balik, tu yang keluar dari mulut dia RM60.00 tu.

Aku tak puas hati dan tanya tanya dia. Orang asing itu call boss dia dan aku yakin beliau juga warga asing. haiyooooooo.

Dia cakap we do not accept OYO online booking. Okay aku sah kena game ni.

Angkat balik barang, menapak ke kereta. duduk dalam kereta. aku apa lagi, contact OYO Customer Service yang kat dalam Apps tu. Agak lambat jugala nak respon tapi agak membantu. Customer service OYO nama Izzati cukup membantu aku.

Dan aku ambil keputusan untuk balik rumah aku yang jauh itu huhhhhhhhh...!!!

Sebab dia kata proses untuk menyelesaikan masalah aku ni ambil masa minima dua jam dan dua jam itu sangat berharga yang mana aku boleh balik rumah.




Dapat pula email dari OYO suruh bayar RM37.00

Bila semak semula dalam apps OYO tiada caj dikenakan dah harapnya begitu sebab bukan salah aku. Kalau nak caj aku sila pastikan aku dapat check in hotel tersebut dan jangan buat customer macam bola, boleh tendang sana sini ikut hotel yang diganti oleh OYO. Kiranya kalau kita batal kita kena caj, kalau dia bagi hotel ganti dan kita tak nak pon kita kena caj. Iskkk, mana boleh macam tu. Sebagai pengguna, kita tiada pilihan jika kita telah buat tempahan dengan OYO. Dah macam kena cucuk hidung dengan OYO. Kena terima apa jua keputusan OYO. kenapa aku cakap macam ni, dalan apps, dia tiada pilihan jika kena denied check in, tempahan terbatal atas sebab OYO. Apa yang aku faham, kalau aku tekan cancelled booking so pembatalan itu atas kehendak aku walapun kesilapan dari pihak OYO.

 Jadi, jika ianya terjadi pada aku tiada hak pengguna disitu. Memang aku berniat untuk ajukan kepada hak pengguna jika aku kena caj. Bukti aku simpan siap-siap.

  Unless, memang customer yang batalkan tempahan dan pihak OYO menanggung kerugian daripada tempahan akibat customer tak check in, itu aku setuju kalau pihak OYO nak caj. Kes aku ni denied check in, jadi sepatutnya aku yang rugi sebab dah confirmed booking dan aku dah berada di hotel tersebut untuk check in. OYO kena setel masalah ini dengan Lahore Hotel bukannya caj aku.

Adakah yang ketiga untuk OYO?

Mungkin aku kena kembali ke Traveloka dan Agoda.

13 Jun 2020

Bila Jasaku Dikenang, Syukur Alhamdulillah

Alhamdulillah rezeki aku buat kali ini. 

Walaupon memberi perkhidmatan bermula Awal Disember 2018 dan berakhir pada awal Mei 2020 lebih kurang setahun setengah di PTJ lama.

Terima kasih Dr Zai dan semua Ketua Bahagian dan semua Ketua Unit yang lain atas ingatan ini dan mohon salah silap diampunkan dan Selamat Hari Raya.

Alhamdulillah aku dapat hadiah Sejadah dari naelofar, buku dan glasslock foof container

Tidak terlintas pula aku naelofar ada keluarkan sejadah. Aku dah terdetik eh ini tudung atau shawl yang aku dapat ni. Nampak dah senyuman ibu. Bila buka sejadah dan warna biru. Okay, cantik hahahhaha 🤩😍 

Lembut tekstur kain sejadah. Ada biji biji getah yang tak bagi sejadah bergerak tu kat alas sejadah. Ada logo ñ pada sejadah nampak eksklusif. Pada aku yang obses dengan huruf N adalah kegembiraan buat aku hahaha. 

Semoga aku dapat memberi khidmat yang baik di PTJ baru insyaAllah. 

09 Jun 2020

Musang King - Mu Sang King !!!

Hari semalam dalam sejarah. Buat pertama kalinya aku beli dan makan buaj durian musang king !!!! Hahaha

Tetiba ibu buat cerita sedih sepanjang 37 tahun hidup tak pernah makan durian berspesiskan musang king. Masalahnya, aku pon tak pernah makan juga hahaha.

Makanya aku ajak abang & kakak ke pekan Sungai Besar. Selesaikan urusan aku semua baru aku pergi kedai jual durian tepi jalan depan bus stand sungai besar. 

Tanya tauke tu, dia kata musang king sekilo RM40. Gulpppppp. 

Aku pon pilih 2 biji. Timbang dan sebut harga tauke tu adalah RM120 hahahahah. Berat betul kulit durian ni. 

Mintala tauke tu buka dan simpan dalam bekas. 

Sekali ...!!!!!!

Dapat 5 ulas je untuk 2 biji tu tadi. Alahaiiiiii. Mahal macam harga emas hahahaha. 

Aku terkejut sebenarnya. Ermmmm. Tapi demi nak merasakan ibu. Aku okay kan je lah. 

Kira-kiranya, seulas durian tu harga dia RM24.00 kawwwwwww hahahahha. 

Rasa durian musang king ni sebiji rasa durian yang abah suka. Bagus bagi abah rasa kann.

Syukur atas rezeki yang Allah berikan. Semoga Allah luaskan dan banyakkan rezeki aku untuk aku dan keluarga aku insyaAllah. 

Abang tak suka pula malam durian. Kakak okay boleh habis seulas. Ebi ermmm. Isap-isap je hahaha. 

Kecil je biji durian ni. Adalah besarnya tu macam kacang gajus Tawau. Hihiiii. 

Lain kali boleh cuba IOI pula. Hihiii.




03 Jun 2020

D' Laman Cafe Ayam Penyet Gombak Setia


Bersempena hari jadi aku tahun ni di tempat mencari rezeki yang baru... (Cheewahhh). 

Mirul datang ambil aku dan bawa aku pergi makan di D'Laman Cafe "Ayam Penyet".

Dekat je dengan tempat kerja. Boleh nampak dari kafe ni.

Aku serah kat mirul bila aku rasa macam pelik je cara nak order makanan hahaha 😅

Dekat tempat makanan akan ada ikan talipia, keli, ayam, bebola dan lain-lain. Aku pilih ikan talipia mirul pilih ayam dan tambah bebola bakso. 

Aku pelik bila abang tu tanya nak masak apa? Bukan dah masak ke? Hahahhaha. Rupa-rupanya lepas pilih dia akan masak balik ikut kita nak apa. Goreng ke bakar ke. 

Pastu dia akan hantar dan set makanan ala ala ayam penyet hihi. 

Eh aku sukala makan kat sini haahha. Dah sebulan baru merasa hahaha. Boleh la kalau tak tahu makan mana atau ada kawan datang aku bawa makan sini. 

Kafe bersih !!! Itu yang aku minat tu. 

Harga dia agak standard macam kedai lain. Tapi masa pilih makanan tu dia dah tulis siap-siap. G untuk goreng, B untuk bakar. Beza dua ni seringgit je aku tengok. 

Okay, hari ni nak makan mana ya?

Nak try kedai makan lain pula 😍🤩