Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

29 Mac 2020

DIY Tukar Bateri Motorsikal

Tatkala tidak boleh gerak kemana-mana aku tekadkan hati nak tukar bateri motor aku yang dah lama beli tapi tak reti reti nak pasang hahahha.

Dah lama tak ber DIY ni nak buka bateri. 


Huishhh mencabar pula nak buka bateri motor ni. Boleh pula aku tak boleh buka skru pada bateri tu. Usaha punya usaha, tak boleh nak buka. Aku geram. Aku patahkan je dengan playar. Bila tarik keluar, tercengang aku kejap. Kali terakhir tukar bateri ni pada 3 Julai 2013! Sekarang dah 2020. Fuhhh hampir 7 tahun aku layan bateri ni. 😎. Jenama YUASA.



Siap pasang, terus lega rasanya. Takut juga wayar kat bateri tu terputus ke apa ke sebab aku sembur WD40 juga hahha. Geram punya pasal hahaha.

Next project nak tukar Mr. Green aku. Tapi apakan daya dah jual. Hanya tinggal kenangan. 😭


Kacang Pool, Restoren Dinding Gelas Besar, Kuala Selangor

Satu restoren yang harus dijejaki kalau dah tak tahu nak makan apa dan makan di mana di Kuala Selangor. Jauh sikit dari pekan Kuala Selangor jalan ke arah Tanjong Karang.

Restoren Dinding Gelas Besar

Aku kalau datang sini layan Mee Goreng dia. Perghhhh menawan kalbu. Tapi baru-baru ni aku layan Kacang Pool. Terkenal di Johor dan dibawa ke Kuala Selangor untuk aku makan hahha.







Roti di kombo dengan Kacang Pool yang ada telur, kacang, cabai dan aku rasa macam kuah kacang pon ada. Jika inilah yang sama macam di Johor tu, rasanya memang berkhasiat. Cepat kenyang. Tapi makan banyak macam nak muntah pon ada. Aku rasa kacang tu bila dah masuk dalam perut dia mengembang buat penuh perut aku hahahha.

Rasanya sedap berempah yang mana aku memang suka makan kalau berempah ni. Ingat lepas makan kacang pool ni, aku nak makan roti titab. Tapi gagal. Kekenyangan. hahaha. 😜

PIZZA BTP, Bandar Tasik Puteri

Di suatu malam yang hening tatkala memuaskan hati orang demam tapi selera besar mengidamkan nak makan pizza. Makanya papa dan abang ke Ijok mencari abang Dominos Pizza berjual tepi jalan tapi takda, yang ada PIZZA BTP. Food truck yang aku yakin datang dari Bandar Tasik Puteri kalau ikut nama pizza tu la hihihi.


Macam tak demam pula aku tengok ni ha menunggu pizza dia. hahaha... 😎






Macam-macam jenis Pizza BTP ni. Ikut selera masing-masing. Saiz pon ada dua je. Regular dengan Family dengan bermula harga sebanyak Rm 10.00. Sedap makan masa panas-panas. Masa sejuk sila panaskan balik. Sama je semua pizza ni, kalau sejuk tak kena dengan tekak aku hahaha.

Roti Leleh Batu Arang

Roti Leleh Telur Goyang ala Roti Titab Batu Arang viral...!!!

Mujur dekat dengan rumah. Kalau dah pindah ke rumah baru nanti, lagi dekat. lapar je terus gerak haha...😋. Haish lama pula rasa nak masuk rumah baru nanti.


Boleh kata selalu juga aku ke sini. Kesayangan aku semua suka makan sini dan makan banyak! Baru puas hati. Tiadalah unsur-unsur panas hati bayar makanan, makanan tak habis. 😆



Macam biasa selalunya port makan baik ni memang akan ramai yang datang. Ada yang baru balik naik basikal, membeli barang di pekan Batu Arang dan termasuk yang dalam kategori food hunter hahhaa.


Ni haa Roti Leleh Batu Arang. Setakat ini baru makan sekali aku makan. Kedai makan ni memang terkenal dengan Roti Leleh ni, tetapi makanan lain yang dijual lagi sedap !!!



Mee Kari yang selalu juga aku makan. Sedap, cukup rasa.


Anak teruna aku ni macam biasa nasi lemak. kena dengan seleranya. 2 pinggan nasi lemak adalah wajib hahaha.


Anak dara aku seorang ni dengan mihun goreng kegemarannya.



Ni ha, makanan lain yang sedap. Ada laksa, mee kari, mihun sup. Nasi goreng, mee goreng dan yang paling superb adalah ayam gorengnya hahahha. Kuih muih pon banyak. Kalau teringin nak makan roti canai, kedai sebelah ada jual. Order je, setakat ni aku perhatikan, tauke kedai okay je.



BATU ARANG, PEKAN BERSEJARAH


Harapan aku agar suatu hari nanti aku dapat berkhidmat di sini. Dekat dengan rumah. Tak perlu aku hadap perjalanan sejauh 75km sehala lagi. InsyaAllah.

(Senang hidup aku kalau dapat klinik ni, senang cari makan, masjid dekat, depan balai polis batu arang, jalan kaki je nak beli barang kat kedai dan suasana kampung yang aman dan damai)

Nasi Ganja, Ipoh (Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah)


Nasi Ganja. Mungkin sebab orang akan datang berulang kali sebab ketagih. Bagi aku pula bukan sebab 'ganja' nya tapi sebab harganya. hahhaha....😜


Jangan cakap dan tanya banyak pada orang ambil order takut dia tak faham. Kesian pula meja sebelah aku tu haha. So, nak cakap apa? 'Biasa satu dengan teh tarik dan air kosong' hahahhaa.
Tapi sebelum tu kena sabar tunggu giliran nak duduk. Kalau nak bungkus dia punya beratur lain macam. Dapat je tempat duduk muka ada senyum tunggu makanan sampai dihantar. Dapat air kena bayar terus. Air kedai kopitiam tu yang handle.


Makanan berharga RM 5.80 !!!



Aku pergi dengan kakak. Kongsi berdua makanannya. Sudah pasti tak cukup nasi. hahaha. Minta nasi tambah satu piring dengan kuah. Harga 50 sen.


Nasi Kandar ni lebih kurang rasanya. Tapi kat sini, boleh tengok keunikan IPOH. hahaha. Nak tahu kena datang. Macam biasa aku parking kat belakang blok. Ada 'abang' jaga parking. Tapi belum pernah aku kena kacau dengan dia. Syukur selalu dapat parking

Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah

15 Mac 2020

ARAB TOWN RESTAURANTS, AMPANG POINT

Makanan asalnya dari arab atau namanya bunyi arab memang jadi pilihan aku 💗

Dah duduk dekat area Ampang Point memang mengundang rembesan enzim amilase la kan. 

Aku buka google maps cari Restoren makanan arab berhampiran. Sekali ARAB TOWN RESTAURANT ada kat belakang blok hotel aku je ni ha. 

Restoren ni bersebelahan dengan Ampang Points je. Dekat pintu keluar kalau parking bawah Ampang Point. 

Macam biasa, sampai je dekat restoren arab ni, shisha memang merata. Mujur dekat luar kedai. 

Masuk restoren. Fuh. Ramai pula pelanggan. Aku memang lemah kalau dah dapat Menu. Seperti selalu aku akan confuse  dengan khabsa, Hanith & Mandy. Madghout belum lagi masuk dalam list. Eh betulka ejaan macam tu. 

Kali ini aku memilih Nasi Khabsa Ayam. Tapi aku silap! Aku lupa oramg ambil order aku bukan orang sini. Hajat di hati nak ambil quarter bird je sekali datang half bird hahahhahha. 🍗. Jenuh eh nak aku habiskan. Dapat bahagian dada. Aku menyerah huhu. Lesson learnt.


Porsi nasi sesuai dengan kehendak aku. Sambal ngam. Kuah sup tu kena perbaiki lagi dan nasi arab ni mana ada kahwin dengan sup aku rasa. Pengalaman aku kat Arab Saudi lakan. Isk rindu pula nasi arab Safwa Tower. 

Kehendak mouthfeel aku mengatakan bahawa hidangan ini boleh boleh la. Nasi sedap. Ayam tak berapa juicy. Kering sangat. 

Teh pudina kegemaran aku 😍

Haaaa...inilah harganya untuk rekod aku. Kalau quarter bird RM11.50 kalau tak silap. 

Aku akan kembali dengan Lamb Hanith hahaaa. 😁 (Kalau layan nasi arab Syria sebelah Mydin Chow Kit tu menarik juga ni. Pergi esok la. )

New Wave Hotel Ampang Point

Aku cuku p tak berkenan kalau kena incharge sesuatu program kat tempat kerja. Bukan apa, rumah jauh dan kena datang awal untuk setup tempat. Maka dengan itu kenala aku booking hotel menginap semalam ATAS TANGGUNGAN SENDIRI. Hahahaha 😛

Kali ini aku booking dengan travel partner aku Mr. Traveloka. Double Room - 2 guest aku dapat RM32.66.💓. Itupon penuh dengan debaran haha. Mula-mula buka apps dapat harga RM32.66. Dalam pada masa aku skrol apps tu. Bila aku bula balik hotel ni, harga berubah pergi balik RM42.00. Uiskk tak boleh jadi ni. Aku terperasan ada logo deal. Tapi logo tu dah pergi kat hotel lain. Aku pon tunggu lagi. Malam aku cuba lagi. Okay, dapat harga cun balik, aku terus ngap. hahaha 😆

Balik kerja terus ke Ampang Point. 3 kali pusing baru dapat parking. Ramai betul la orang melepak kat sini.


Masa nak check in aku terperasan senarai harga hotel kalau walk in. Okay, sila beli online ya hahaha.😉. Ikut bilangan guest la pula.







Bilik bersih dan sesuai untuk tinggal berdua. Bilik agak kecil berbanding Ampang Point Star Hotel yang aku duduk sebelum ini. Internet laju. Mungkin balik aku tengah-tengah bangunan so line telefon kurang la sikit. Ada lif ya. Senang kalau bawa barang banyak. Takdela turun naik tangga.

Abang yang jaga masa aku nak check in senang nak berurusan. Risau pula bila baca review di Traveloka. Alhamdulillah dipermudahkan.

Tinggal kat sini senang nak cari makan dan dekat dengan Ampang Point kalau nak cari barang.

Harap-harap kalau kena duduk Ampang lagi, aku dapat la offer lagi dengan harga yang mampu milik hahhaha 😜💤💤💤💤💤💤

CAPECAFE TANJONG MALIM, PERAK

Pagi-pagi lagi ibu ajak aku ke Tanjong Malim buat lawatan sambil makan-makan Pau Yik Mun. Macam baisala aku. Hari sabtu yang indah perlu disulami dengan kerja-kerja sekejap di waktu pagi. Lepas siap zuhur dalam pukul 3.00 petang baru keluar rumah ke Tanjong Malim hahaha. 😆

Keluar rumah masuk Bukit Tagar, tenang betul PLUS Highway hari ni. Dalam masa nak ke exit Tanjong Malim. Aku cuba search CAPCAFE dalam Waze. Tapi gagal. Wife tanya kenapa nak pergi situ. Terus aku jawab aku macam tertarik dengan video Apit Wan Lebo pergi restoran ini. hahha

Tanya balik wife, rupanya aku salah eja. CAPECAFE rupanya. Aduyaiii.

Dekat dengan Pau Yik Mun. Jadi buat keputusan makan kat CAPECAFE. Jenuh nak cari parking. Ada pon kosong kat Dominos Pizza. Jauh juga la menapak ke restoren. Dengan bebudak lagi.




Masuk je restoren, ramai tapi tak penuh. Ambil meja tapi water station air kosong.

waiter bagi kertas order.

Makanya, rasa nak makan semua. hahaha.

Semua berharga RM1.70 termasuk juga harga untuk air.





Nasi Lemak : Abang cakap sedap. Semua habis kecuali sambal dan kacang 😜


Chicken Chop CapeCafe: Sidedish abang. Tapi dia makan fries je 😅


Nasi Putih Ayam Goreng Berempah: Kakak's.



Nasi Ikan Keli Penyet: Aku punya. Sambal dia sedap oiiiiiii.


Nasi Chicken Chop: Ibu's. 


Fries: Abang makan semua


Ubi Kayu Rebus Sambal Bilis: Sedap. Lama sangat rasa tak makan ubi kayu


Sagu Gula Melaka: Suka beno kakak aihhhhh. Habis kat dia je.


Nasi Minyak Ayam Merah: Paling sedap antara yang sedap. #akusuka


Nasi Himpit Kuah Kacang: Mengingatkan aku kepada syawal yang akan menjelma. Bersediakah aku untuk Ramadhan?


Mee Kari: Ibu's. Kuah cair ingat tak sedap. Sedap la weiiiii 😆


Bakso untuk aku tapi kakak yang makan hahaha 😍


Kuih muih yang tersedia untuk diambil dan sila bayar. Harga sama, RM1.70.

Puas hati dapat makan dan rasa banyak jenis makanan. Boleh datang lagi kalau aku lalu Tanjong Malim.

Siap-siap semua, singgah Pau Yik Mun, beli pau dan white coffee dan terus balik Sungai Besar ikut jalan dalam. Takut juga, sunyi. Tapi jalan elok la daripada dulu. Kurang dah lubang-lubang dan jalan mendap. 

Masih terngiang-ngiang Nasi Minyak Ayam Masak Merah hahahahha.
💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓