Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

30 September 2020

Garmin Forerunner 245

Setelah diracuni oleh PoG. Aku terjerumus ke lembah kebahagian kehendak diri dengan melabur demi untuk kesihatam aku ini dengan membeli GARMIN FORERUNNER 245 yang menjadi igauan aku siang dan malam selepas tangok jam PoG hahaa 😁😍

Jauh eh aku melabur jam ni. Aku beli kat Karamunsing Mall, Sabah. Kedai Garmin kat ground floor. Gogomotive. Gigih aku g beli jam bebudak nak buat trade in hahaha.
Ada promosi trade in sebarang jenis jam (asal bukan jam dinding atau jam Alarm) dan akan dapat harga promosi untuk model tertentu dan aku memilih Garmin Forerunner 245 dan memang ada hati nak beli yang 245 Music tapi macam ringan pula beg duit aku. Hahahaa

1. GARMIN FORERUNNER 45: RM799/ RP RM999 (-200)

2. GARMIN FORERUNNER 245: RM1199/ RP RM1450 (-251)

3. GARMIN FORERUNNER 245 Music: RM1399/ RP RM1699 (-300)

4. GARMIN FORERUNNER 945: RM2699/ RP RM2999 (-300)

Promosi ini dah tamat dah 27 September 2020. Syukur juga sebab tiada perbezaan harga antara Sabah dan Semenanjung 😁

Keterujaan aku bila dah beli siap tukar watch face by face it hahaa...🀣. Snap gambar hantar kat PoG

Aksesori jam ni pon banyak kat Shopee. Terus aku beli. Lama juga nak sampai. 9 hari kot. Tapi puas hati dapat screen protector memang sepadan dengan jam. Kalau tidak saiz tak sesuai je masa kat kedai. Sepatutnya dapat screen protector percuma tapi sebab saiz tak ngam aku pon tak ngam juga la. Suruh dia pos. Pos ke tidak kita tunggu nanti hahahaha. Pasang screen protector memang menduga akal. Boleh pulak aku terpegang bahagian lekat pada skrin. Alahaiiii. Takpa, shopee kan ada hahaha. 

Seronok pula aku beli strap. Senang betul nak main tukar-tukar. Pakai pin je. 

Penutup cas memang comel tapi macam dah kategori wajib je. Aku dahla kuat berpeluh. Wajib tutup.

Semoga aku kekal aktif. Rasa lain macam sikit bila tak cukup 10 000 langkah hahahaa. 

27 September 2020

Polumpung Melangkap Camp View Site (PMVCS), Sabah

 


POLUMPUNG MELANGKAP CAMP VIEW SITE (PMVCS) kini tidak asing lagi sebagai salah satu destinasi wajib pergi kalau berkunjung bercuti dan beristirehat di negeri indah negeri di bawah bayu, Negeri Sabah tercinta.

Lebih tepat, lokasi PMVCS ini adalah terletak di Melangkap, Taginambur. Satu tempat yang bukan asing bagi aku setelah menjadi seorang pemastautin di negeri Sabah dan berkhidmat di sini lebih 3 tahun. Ada dua jalan utama ke sini, samada dari Kota Kinabalu - Tuaran - Melangkap atau dari Kota Kinabalu - Kota Belud - Melangkap. Jika dari Kota Kinabalu lebih cepat sampai namun jalan yang mencabar yang mana perjalanan mendaki dari tuaran dan menurun untuk ke Melangkap. Perlu lebih berhati-hati. Aku lebih suka kalau ke sini melalui Kota Belud sebab jalan yang mendaki untuk ke Melangkap. Bagi aku lebih selamat berbanding asyik nak menurun sahaja. Lagipon aku memilih untuk ke Kota Belud kerana disitulah kenangan terindah tercipta dan aktiviti throwback senang berlaku hahha. Cumanya, aku masih mencari kesan tapak kaki aku yang tertinggal di sini nemun masih tidak dijumpai hahhaa. Harus ke sini lagi apabila berkunjung ke Sabah.

Di PMVCS ini, pengunjung boleh memilih samada untuk berkhemah atau tinggal di chalet. Bagi yang memilih untuk berkhemah, segala kemudahan disediakan. Perkhidmatan terbaik diberikan. Hanya bawa duitnya saja bossku. Boleh memilih untuk berkhemah atas lantai simen beratapkan zink tapi agak jauh dari sungai tapi selamat kalau hujan hahhaa. Bagi aku sesiapa yang berkhemah, berkhemah la ditepi sungai di atas tanah. Jangan risau hujan, kanopi kecil boleh disewa disamping kerusi dan meja. Dapur aku tak pasti tapi kemudahan air bersih dan tempat cuci pinggan disediakan. Kamar bilik mandi dan tandas disediakan. Kalau dah di sinikan, terjun sungai saja bah..!!! hahaha.



Bagi yang muslim nak tunaikan tanggunjawab kepada tuhan yang maha esa. Jangan risau, surau yang bersih dan selesa disediakan !!!


Hammock juga disediakan untuk para pengunjung yang aku 'kawai' lama juga hahaha. Layan sunrise sambil berbuai memang layan beb haha.


Dan aku memilih untuk bermalam di Chalet hihi. Selepas kecewa sulap not avaialable. Sulap tu adalah pondok kecil boleh muat dalam 2-3 orang aku rasa. Lokasi sulap ini di kawasan perkhemahan. Ada sebuah je aku rasa. 

Ada tiga tempat penginapan di sini. Satu Kabin 2 tingkat, satu macam rumah (tandas kat dalam) dan chalet (tandas kat luar). Chalet ni ada 3 bilik yang ada 1 katil queen dan ada 2 bilik ada 2 katil queen. Bagi yang berkeluarga elok sangat yang bilik double queen ini sebab menghadap sungai dan tapak perkhemahan disamping ada beranda bermeja kerusi untuk layan keindahan alam. Sila pilih bilik yang sebelah kiri kerana lebih cantik pemandangannya hahaa.


Dan aku mestilah memilih bilik 1 katil queen sebab datang single mingle je hahhaa.
Kemudahan yang diberikan bagi aku sangat sempurna. Ada tv, peti sejuk, dapur mesra muslim, dalam bilik ada disediakan cerek dan lampu tidur. Tiada aircond, hanya kipas sahaja dan aku tak pakai pon sebab sejuk oiiiiiiii. Dekat ngan Gunung Kinabalu kotttt. InsyaAllah tak berebut nak memasak sebab dua bahagian dapur disediakan. Penginap chalet boleh menggunakan segala kemudahan di chalet ini. Kenapa chalet ini bagi aku lebih terbaik dari yang terbaik sebabnya chalet ini ada tangga untuk turun ke bawah tapak perkhemahan sendiri hihi. Owh ya, bagi yang tak nak masak, jangan risau, di sini ada kafe tapi aku tak pergi pon kafe, jadi tak dapat nak menggambarkan macam mana dan apa yang dijualnya.








Bilik 1 katil queen: RM60 (Isnin - Khamis) & RM80 (Jumaat-Ahad dan Cuti Umum)

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini lebih kepada mencari ketenangan jiwa yang hilang hahha. Boleh mandi manda, BBQ, sembang-sembang, pangkah member dan lain-lain lagi kikikiiiii.






InsyaAllah akan aku kembali ke sini. Bawa sefamili mengenal alam yang indah ini.

Nak booking boleh ke facebook atau hubungi: 011-36244723

Thanks Jupiah dan suami kerana sudi menerima kehadiran saya. Semoga kita bertemu lagi 😍




Satay Hut, Tanjong Karang

Menyelusuri jalan raya nak balik rumah atuk opah. Singgah sekejap di Satay Hut, Tanjong Karang. Dah lama dah aku teringin nak makan di sini tapi selalunya hanya melimpasi sahaja dan sejak beberapa menjak ni lalu jalan belakang untuk balik ke rumah demi ketenangan dalam pemanduan hahha.

Berhenti untuk makan malam adalah sesuatu yang mencabar bila mana kakak tidur! terus moody  je bila aku kejut dia bangun haha. Abang macam biasa, sebut makan dia ON !!!. Kawasan letak kereta agak ada limitasi di sini. Mujur ada kereta nak keluar, jadi dapatlah aku letak kereta dengan senang hati. Kalau letak merata ni hati aku tak senang. Aku adalah skema kalau bab-bab macam ni.

Norma baru dipraktiskan di sini dengan pemantauan suhu dan kemasukan ke dalam restoren di sambing terdapat beberapa papan tandan tulis kalau sakit duduk rumah !!! hahahaha.


Jangan risau menu. Ada di atas meja dijadikan alas meja. Pilih mana nak sesuai dengan kehendak perut masing-masing. Satay ayam 20 cucuk berharga RM1.10 secucuk, nasi impit, Nasi Goreng Cili Padi, Nasi Goreng Adik Angkat (dapat teh o ais), tembikai laici dan ais kosong jadi pilihan perut aku anak beranak.

Satay ayam ini ada dua saiz. Saiz medium dan saiz besar. Kalau saiz medium di pon dah besar, yang saiz besar tak tahu la kan hahaha. Harga secucuk RM2.10 kalau tak silap aku. Wallahuallam. Harus aku cuba untuk kali ke-2. Ibu suka kuah kacang. Aku rasa lain sikit sebab manis. Mungkin kalau ada sambal mungkin lebih terangkat.

Nasi Goreng Adik Angkat dengan harganya RM3.90 memang buat kaki terangkat kalau masa poket kempis. Siap teh o ais diberi. Abang makan telur dadar je 😀. Tapi takpalah, ibu boleh makan dengan adik-adik yang lain. hahaha. ebi kemain...!!! banyak betul makan. Siap marah ibu suapkan kakak. Sambil mulut terbuka nak nasi yang disuap kat kakak hahha. Alhamdulillah. Kenangan yang boleh diceritakan masa anak-anak aku dah besar nanti.

Nasi Goreng Cili Padi aku memang berasap tapi bila pair dengan satay memang terangkatlah..!!! Harga sepinggan RM5.00. Nasi sikit banding dengan Nasi Goreng Adik Angkat hahhaa. Tapi takpalah. Aku on diet !!! hahaha. Pigidahhhh.

Alhamdulillah, dapat juga aku bawa famili aku makan diluar. Tukar angin, kesian ibu memasak je. Susah nak keluar atas kesibukan aku akhir-akhir ini. Semoga diberikan kesihatan dan kebahagian atas rezeki yang dikongsi bersama keluarga.

16 September 2020

Promosi harga tiket KLIA Transit dengan Touch n Go


Zaman ini zaman e-Wallet. Hari ni aku ke Stesen ERL KLIA Transit Salak Tinggi. Tempat biasa aku parking kereta kalau nak naik kapal terbang di KLIA/ KLIA2. 

Fuhhh. Jika pakai TouchnGo eWallet dapat diskaun 15% untuk tambang sehala. Lagi murah kalau aku pakai student card. 🀩😍

Jimat aku. Alhamdulillah

Semoga pemusafiran aku ini dilindungi dan juga Allah melindungi yang aku tinggalkan. Berharap agar ada sinar nak jual rumah aku di Kota Kinabalu itu. 


Roti Canai Pelangi Kuala Selangor

Kali kedua ke sini tapi kali pertama dapat sarapan di sini. 

Ramai betul orang nak bersarapan kat sini. Roti Canai Pelangi di Warung Dimyati Roti Canai, Jalan Sungai Yu, Kuala Selangor. 


Dengan harga sekeping RM1 membuatkan aku ambil semua warna yang ada setelah beratur panjang...!!! 

Ada pakcik tu panggil aku, suruh duduk tempat dia. Katanya seorang beratur seorang booking tempat duduk. Tapi sebab bawa kesayangan aku ni ha. Bila aku bangun semua bangun. Terus ada orang ambil meja aku tu hahahaha. 

Pakcik tu ada pesan, rasa la karipap. Sedap. Aku pon cuba rasa. Alhamdulillah, dijauhkan dari karipap oksigen. πŸ˜…

Semua aku dapat rasa. Roti canainya tebal. Bagi aku yang ada rasanya adalah strawberi je. Yang lain rasa roti canai hihi. Kuah kari sedap !!!! Dhal pon ok. Kari kambing ngan kari ceker lain kali aku rasa 😍 hihiii. 

Banyak lagi makanan lain ada kat sini. Ada pecal, laksam, kuih muih, nasi lemak dan air. Air teh ambil sendiri. 

Ada live band, ada tanaman pokok matahari dengan kobis πŸ˜… terus abg nyanyi. 

🎡🎢🎼bunga matahari sangat cantik, berada di depan rumah ku🎡🎢🎼

Hahahaa....😁

10 September 2020

Pulse Grande Hotel, Putrajaya

Dari bilik ke bilik kali ini diteruskan dengan melangkah mendaftar masuk Pulse Grande Hotel, Putrajaya.

Suprisingly fuhhh taip 'omputih' pula aku. Kawasan parkir kereta terpisah dari hotel. Jauh sikit dari hotel tapi aku tak risau sangat sebab buggy kerap naik turun naik turun hihi.

Alhamdulillah urusan daftar masuk aku sangat cepat dan pantas lebih-lebih lagi receptionist tu 'urang' sabah hahaha. Seronok aku jumpa kawan.

Sebelum ini kalau tak silap aku nama hotel ni, Shangri-La Hotel, Putrajaya. Selalu nampak signboard kat bulatan besar Presint 1, Putrajaya ni. 



Hotel ni penuh dengan penjagaan keselamatan dalam memutuskan rantaian COVID-19. 

Bagi aku seronok duduk hotel ni sebab bilik luas, muatla 5 orang hahaha. Ada bathtub, rugi pula tak bawa kesayangan. Suis lampu canggih haha. Yang paling penting, internet laju, boleh pasang AstroGo tanpa putus tiada line. Aku suka la shower gel hotel ni. Bau serai. 

Hotel ni ada swimming pool dengan gym tapi masih tak buka lagi. Baru nak buat gaya kuak lentang timbul tenggelam hihi. Tapi aku suka hotel ni sebab ada taman rekreasi awam. 


Apa lagi, walking jogging walking la aku. dapatla peluh keluar setitis dua.


Makan pon sedap juga kat hotel ni, nak senduk makan kena pakai sarung tangan hihihi. 


Cuma yang tak seronok sikit bila aku buka peti sejuk, tak dibersihkan. Berkulat hitam huhu....


Jadi, dimanakah misi bilik ke bilik seterusnya?

hihihihi...😍



Buang Yang Jernih Ambil Yang Gelap

Setelah mengalami sindrom akuarium selama berbulan-bulan lamanya selepas misi ke PUSPAKOM digerakkan. Kali ini hati terdetik nak pasang tinted pada sang wira ni.

Ambil masa sebulan juga aku untuk close deal dengan tauke Crown Tint Shop di kawasan Taman Melati. Sampai la masa gaji, aku pon pergila kedai ni selepas beberapa kedai aku tanya-tanya. Sunz Gombak, Samurai Tint Shop dengan satu kedai kat rawang.

Cadang nak pergi Sunz Gombak tapi takda slot nak pasang hari tu. CTS kata boleh pasang, aku pon terus gerak ke sana.



Katanya offer UV400 semua cermin RM299 + RM50 upah buka tinted lama. Boleh la, dalam bajet aku nak pasang tinted sejuk sikit. Asyik overheat je telefon aku kalau letak atas dashboard. Ambil masa lebih sejam juga nak pasang. Dapat percuma tinted cermin depan atas 8 inci. Kalau tak kena RM10 kalau tak silap aku. 

Fuhhh, rasa kacak pula bila bawa balik rumah masa tu hahaha.

Harap tahan la tinted  ni. Takda gelembong-gelembong. Warranty dapat 2 tahun. Jangan masuk 2 tahun 1 hari ko buat perangai sudah...!!! hahahha... πŸ˜‚

Lanjut, aku nak cari dan pasang spoiler dengan LED pula lepas ni ahhaha