Daisypath Anniversary tickers

Pengikut

30 Mei 2020

Nasi Kari Atuk KFC

Berbuka puasa sunat syawal ke-4 dengan KFC Kari Atuk terbaikkkkk

Kuah gulai kari berkentang sedap macam kari atuk abang hihi.

Sambal dia biasa2 aja

Coleslaw seperti biasa

Nasi tak cukup hahahaha. Masak nasi lain buat nasi tambah oiiiiiii 😅

Pengalaman ber Self Collect di Tesco Rawang kurang sikit bila mana tetiba sistem dia ada masalah dan Mug Sarsapila habis!!!! Kenala tukar ngan Pepsi Black. Tak berkenan pula aku haha. 

Macam biasa guna kupon self collect dapat diskaun RM10 dengan syarat pembelian atas RM20. 

Boleh pula Nasi Kari Atuk ni harga dia RM19. Tak cukup RM20 hahaha. Dan2 la aku upgrade air jadila harga dia RM10.40. 
Dapatla aku guna kupon jadi aku bayar RM 10.40 je hahahahha. Jimat dah. Alhamdulillah. Benda boleh jimat kita jimat ambil peluang yang ada. Dapat rasa makanan yang aku nak makan hahaha. 

Looking forward untuk pembelian seterusnya hahaha. 🤩

Aku buat note. Tak nak bahagian sayap dan diberi perhatian. Thanks staf Tesco Rawang. Staff Sungai Besar wassalammmm. Tak kena layan oiiiiiii. 

23 Mei 2020

My Elaisha

Dalam tak buat apa hari Sabtu, aku ke rumah yanh bakal aku duduki tak tahu bila hahaha...kalau ikutkan, bulan Mac 2020 dapat kunci. Sekali angkara wabak pandemik covid-19 merubah segalanya. Chewahhhh

Tujuan aku datang ialah untuk mengira port lampu kipas aircond water heater dan lain-lain. Habis kira aku rasa nyesal pula kira hahahaha. Banyak betul kikikiiiiii. 


Aku dah membayangkan table top dengan set cooker hob dan hood disertai kitchen cabinet yang aku rasa akan menyempitkan kawasan dapur. Rasa macam nak pecahkan je bagi dapur besar hahaha. 

Disinilah nanti aku akan memjerit abang !!!!!! Kakak !!!!!! Ebi !!!!!!!! Balikkkkkkkkkk !!!!!!!!!!!! Hahhahahaa 😁

Satu yang mengecewakan aku ialah skirting dinding yang dah rosak. Macam kena air. Lembab. Dalam bilik siap tumbuh kulat. Nanti aku buat aduan !!!

Masuk bilik air pula aku nampak retak kat dinding. Haishhh masa aku pilih unit ni elok je pon. 

Rumah ni agak rare sikit sebab ada ruang natural light masuk dalam rumah. Tapi kalau hujan, hujan yang masuk. Kalau kucing, kucing pula yang masuk huhu...
Nanti aku ingat nak tutup la pakak atap transparent. Aku suka konsep ini cuma tak berapa sesuai. Sebab apa? Sebab air akan masuk dalam bilik air. Dan akan menyebabkan air masuk dalam batu dan aku dah nampak dah ada air mengalir antara batu kat bawah. Haishhhh. Kena buat aduan juga berkenaan ini. Huhuuuu

Bila aku tengok post box. Dah ada brochure berkenaan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah. Kena baca dan fahami betul-betul ni. Dan, cepat betul Cody Coway buat kerja edar flyers hahaha. Takpa. Nanti aku request pindah lokasi ja hahahha. 

Kena follow up dengan PKNS ni bila nak dapat kunci huhuuuu.  

Semoga rumah aku ni satu rumah yang ada sunnah di dalamnya. 😍

Sekarang aku kena teruskan misi menyelam bebas di shopee dan lazada. Lampu kipas aircond dan lain-lain. Aduh. Makan banyak fulus ni huhuuu. 

Kisah Daun Kari PKP 2020

Fuhhh lama dah kejadian ini masa awal-awal musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Masih segar dalam ingatanku haha 😂

Ada 3 episod hahha.

EPISOD 1

Abang....ambil daun kari. Patahkan 2. 

Ok papa

Ni haa. Daun kari. Dua. 

Huhuuuuuuuuuuuuuuuuu

(Cakap ngan bebudak kena ringkas jelas dan penuh maklumat) 

hahahaahhahhaaha


EPISOD 2

Alhamdulillah, faham kepada arahan. 
2 tangkai daun kari telah diambil. Sebagai seorang bapa, aku tetap tak puas hati. Halusssssssss tangkai daun karinya. Ermmm

Tertinggal satu perkataan yang hebat iaitu ambil tangkai yang besar? Panjang? Tua?   Ehhhh entahlaaaaa

Hahaahahaa. 

Steady abang 😍


EPISOD 3

Abang, tolong ambilkan papa daun kari 2 tangkai.

Ok, papa....keluar rumah.

Masuk balik rumah...papa, abang nak gunting

Nah gunting...keluar rumah semula

Masuk balik....

Ni papa daun kari.

Ni berapa tangkai ni bang

Dua la papa....sambil tunjuk ranting satu dan ranting 2.

Aku gelak, abang terpinga-pinga sambil gelak tak ikhlas

Ni bukan tangkai bang? sambil tunjuk batang pokok kari tu

Bukan, ini pokok kari, ni tangkai sambil tunjuk semula dua ranting tu

Nangissssss...😭😭😭😭😭

Hahahahahhaha 😍


TAMAT 

3 episod air mata kelucuan dari seorang anak kepada papanya kikkkiiiiii

Semoga abang menjadi anak yang soleh, hebat, pintar dan bijaksana, memilik keperibadian rasullullah, menghormati orang tua dan sentiasa berbuat baik sesama manusia dan Allah juga rasulNYA.



22 Mei 2020

BigPay - Referral Code. RM10.00 untuk anda dan juga saya !!!

Shh don't tell anyone 🤫 I'm using BigPay and it’s amazing!

It's a powerful app that tracks your expenses and lets you manage your money in real time 💵 More than a boring e-wallet, BigPay comes with a striking blue card that you can use anywhere in the world!

When you travel, you only pay the actual exchange rate (same or better than XE). Plus, you save money on AirAsia flights and earn BIG Points.

Sign up now - it's completely free. Use my referral code and we'll both get RM10 when you sign up!

My referral code:

IFZEZGTKOG

This is going to be big 🔥

Terima Kasih 😍

21 Mei 2020

Matsuoka Automobile Trading, Sabak Bernam (Used Spare Part - Kedai Potong)


Operasi menyelam di kedai potong dilakukan demi memyemartkan my bro dilakukan di sabak bernam minggu lepas haha 😁. 

Aku cari spare tire board with side line body carpet. Berdebar rasa tanya harga. Dua benda ni dapat dengan harga RM50.

Bukan apa, cari kat mudah, fb, shopee ngan lazada takda karpet tu. Papan tayar pulak harga dia lain maciam hahahaha. 

Takpala. Biar 2nd hand asal lengkap lawa mybro hahaha 🤩




Bomboloni Selayang

Semalam ibu whatsapp nak makan bomboloni (minggu ni banyak kali disebutnya hahahaha)

Aku pon search di facebook. Jumpa seorang seller. 

Senang berurusan. Order , bayar online dan pick-up

Harga bomboloni seringgit sebiji, aku beli 20 biji + caj penghantaran seikhlas hati. Susah betul kalaun seikhlas hati ni hahahah. Terus buka food panda. Okay. RM5. Haahhaa. 

Aku ambil mudah. Minta semua perisa hahaha. Kasi campur. 

Aku self-collect di Caltex Selayang ambil dan gerak terus balik. 

Seronok abang ngan kakak makan hihi. Puas hati aku

Seller selit juga 5 bungkus kurma. Alhamdulillah rezeki. 

Gebu, sedap, filling tak manis sangat tapi ada rasa pada tahap optima. Afterall its still donut with filling 😅



Iklan di facebook:


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..... 

Sahabat fb sekalian, Alhamdulillah... Dah ramai yang sudah mencuba kuih muih kami dan dah ramai yang repeat order. Anda bila lagi???...

Tempahan kami dibuka pada setiap hari sebelum jam 2.00 petang. Selepas jam 2.00 petang kami akan tutup tempahan kecuali jika kalah dengan pujuk rayu customer, terpaksalah layan juga... Tapi tolonglah jangan Order Last minit. Kalau kami buat lebih ok lah, ni memang buat cukup-cukup. Kalau terima nak kena adun doh yang baru. Kalau tolak takut kita ni jenis yang suka kecewakan orang. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku dan tidak diundang kehadirannya lebih baik Order awal. Ok.???... Sebelum nak order jenguk2lah dulu page kami, ni kami senaraikan, lepas tengok jangan berlalu macam tu sahaja, rasa lah dulu... Antara jenis kuih-muih kami seperti di bawah :-

1)Donut gula biasa    #10biji~RM 5
   
 2)Donut pelbagai topping
#4biji~RM5
#9biji~ RM10

3)Burger Malaysia
#3biji~RM3

4)Roti Thai (Inti ayam Blackpepper)
#3biji~RM3

5)Bomboloni
#3biji~RM3
#FILLING°Mangga
                  °Orange
                  °Peanut
                  °Kiwi
                  °Blueberry 
                  °Strawberry
                  °Coklat
                  °Kaya
                  °Custard
                  °Tiramisu
                  °Cappucino
                  °Lemon
#Filling Nutella~RM1.50

6)Donut Chicken Floss
(Original/Pedas)
#4 biji~RM6

* Order masih dibuka setiap hari  sehingga jam 2.00 petang

* Delivery setiap hari selepas  jam 5.30 petang 
* Caj Delivery-ikut keikhlasan hati
* Area Gombak & Batu Caves sahaja (area lain dipertimbangkan).

♥️ Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada yang menyokong dan support kami. Hanya Allah yang membalas kebaikan anda semua. 

#donut
#bomboloni
#rotithai
#burgermalaysia

http://www.wasap.my/601113755586/DONUT@BOMBOLONI 

http://www.wasap.my/60182223467/DONUT@BOMBOLONI

==================================

Selamat maju jaya ustaz dalam perniagaan dan menyampaikan dakwah. 


20 Mei 2020

Nasi Arab Ta'if Al-Aqsa, Saujana Utama


Akhirnya...!!! Masuk 1/3 ramadhan tahun ini dapat juga aku makan nasi arab ahad lepas

Hahaha....aku tak tahula kenapa aku suka nasi arab tapi memang aku suka sangat tapi takda geng. Ibu tak suka 😭

Kali ini aku cari makan kat Saujana Utama. RESTOREN NASI ARAB TA'IF
Dah 2 kali rasanya aku bungkus makan kat sini. Belum pernah pula dine-in satu hari nanti

Masa bulan puasa ni mereka ambil pesanan dan pelanggan akan ambil dalam pukul 5.30 petang. Ah sudah. Baru pukul 3 ni. Tanya-tanya dia kata kalau nak sekarang kena pesan Lamb Hanith

Aku pon terus order 2 bungkus harga RM20 sebungkus hahaha. Hajat di hati nak pesan 3 tapi tak jadi











Masuk je waktu berbuka puasa aku pon apa lagi. Tak sabar dah rasanya hahahha. 

Daging kambing dia fuhhhh lembut sedap lazat dan tak cukup!!!! Hahahaha

Kesian kat ibu, lamb dia banyak lemak dari isi huhu...aku suruh ibu ambil daging aku tak nak pula. (ermmm nasib baik!!!) Hahahaa...

Haishhh lapor nasi arab dah aku ni haaa

Ermmm....


19 Mei 2020

Kedai Nombor Plat B Five, Jalan Gombak

Bila nombor plat tidak mesra JPJ, harusla di tukar ganti ye bagi mengelak sebarang kecelakaan berlaku di masa depan. Hihi.....

Elok jumaat kali ini aku isi dengan benda berfaedah dengan buat nombor plat baru yang lebih mesra JPJ 🤣

Mula-mula aku nak pergi kedai depan KL Trader Traders Square. Sekali ramai pula orang. Malas pula aku nak menunggu haha.

Apa lagi, patah balik pergi kedai yang nombor plat tepi pejabat pos @ OTK gombak hihi. Aku bukan apa, tiada dalam facebook/ google. Tahu pon sebab terperasan je hahaha.



Masuk je terus seronok. Banyak pula pilihan hihi.

Tapi hati kena tetap...!!! Mesra JPJ hahahha.

Ada dua jenis je yang mesra JPJ. 

Aku pilih tulisan rata. Ada yang macam menggelembong tapi malas pula aku nak cuci kalau kotor hihi.

Harga tak tahu murah ke tidak tapi aku dapat kedai Nombor Plat B Five bagi aku:

No Plate depan dan belakang : RM30
Bekas nombor plate/ casing: RM15
Plate besar belakang: RM20 (hat ni aku rasa mahal, elok aku pakai casing je)

Kerugian sebanyak: RM65

Fuhhhhhhh...

17 Mei 2020

Wiper Kereta

Simpan buat panduan

Saiz wiper:

Honda BR-V : 22 - 16
Proton Persona : 21 - 19
Proton Wira : 20 - 17


Nak hafal memang tak la. Takut tersilap masa nak beli online.




My Youth Fair by Shopee & KBS


Benda boleh jimat kita jimat.

Benda boleh untung kita cari untung.

Bagi 100 ribu pengguna bertuah Shopee layak untuk terima voucher penjimatan sebanyak RM10 tanpa syarat pembelian dari Kementerian Belia dan Sukan.

Cepat sebelum terlambat .... !!!


 Syukur rasanya aku bila aku tekan je senarai voucher, ada extra pula selain free shipping with minimum spend RM19.

Masa klik-klik boleh pula pembayaran kena melalui shopee pay.

Kelam kabut aku topap. Tapi topap orang panggil cun cun cukup pembayaran hhaahhaa.


Seronok bila tengok payment information dari RM37.24 jadi RM22.20. Dah jimat RM15.04. Hihi. Harus bagitau ibu ni. Kalau ingat la. Ni aku kejut pon tak bangun. Letih kot layan abang buat perangai tak nak tidur. Ermmmm.

Seronok ... !!!!!!!!

10 Mei 2020

Proton Wira: The Positive Charge for Myself

Alhamdulillah.

Setelah lebih sebulan aku fikir dan fikir. Akhirnya, keputusan telah dibuat oleh diri aku sendiri. 

9 Mei 2020

Dengan penuh rahsia aku ajak satu rumah ikut aku haha. Ibu malas nak pergi tapi aku paksa ibu pergi sebagai satu watak penting cerita ini. Ibu ingat nak beli cookies hari raya haha 😅

Sampai rumah seller. Aku belek belek. Aku minta test drive. Belek belek lagi. Dan aku pon kata OKAY haha. 🤩

Sebagai hadiah untuk hari jadi aku yang kurang sebulan ini. Aku mohon padamu ya Allah agar pembelian ini menjadi satu aura positif buat diri aku insyaAllah. Juga tida memberi masalah kepada aku juga.







07 Mei 2020

Dari Ampang Ke Gombak Setia

Hari ke-50 Perintah Kawalan Pergerakan

6 Mei 2020

Satu lakaran sejarah bagi aku setelah berkhidmat di Ampang selama 1 tahun 5 bulan 1 hari dan kini aku melangkah ke Gombak Setia untuk memulakan kembali perjalanan kerjaya aku. 

Pukul 8 pagi lagi aku dah terpacak depan PTJ baru aku di Selayang. Selesaikan urusan lapor diri. Terus ke penempatan aku di Gombak Setia. Aku tersenyum. Hanya berjarak 10km sahaja dari pejabat. 

Teringat balik kalau dari Ampang ke PTJ lama 38km. Fuhhhh.

Alhamdulillah...Selesai urusan lapor diri, jumpa boss-boss, buat thumbprint dan tengok bilik di Gombak Setia. Buka waze tekan Ampang. Naaa... 17km lagi. Hahaha.  Maksudnya di sini aku akan jimat lebih kurang 35km sehari kalau ke Ampang. Kalau Ampang la, kalau kena pergi PTJ lama, Balakong, Kg Cheras Bharu lagi bertambah kilometernya. Hihii. 
Zamam sekarang kan. Aku harus berjimat.

Sampai Ampang bawa pengganti aku jalan-jalan sekitar dan kenal-kenal dengan staf yang ada. Jumpa boss untuk urusan serah tugas. 

Maka selesaila serah tugas dan segala yang berkaitan di Ampang. 

Moga jasa jadi kenangan.

Moga permulaan ini satu kecemerlangan yang berterusan buat diri aku.

02 Mei 2020

Bakul Makanan di Bulan Ramadhan

Alhamdulilah, cepat je Allah bagi balik. Allah maha berkuasa, maha agong, maha pemurah dan penyayang

Datang ahli masjid ke rumah untuk memberikan sumbangan berupa bahan makanan untuk keluarga aku ini. Rindu nak masuk masjid. Asyik tengok dari luar sahaja. Sungguh terkesan dengan wabak Covid 19 ini. Aku dah lama tak solat fardhu dan jumaat di masjid. Masuk kawasan masjid pon sebab nak beli nasi lemak dengan roti canai abang fadil. 😅

Terima kasih ahli masjid yang sudi menghantar ke rumah. Ibu yang ambil. Aku tak sedar pon mereka datang. Indahnya Islam. Bantu membantu antara satu sama lain. #kitajagakita

Masjid Al-Awwabin, Bestari Jaya



Zakat Fitrah 1441 Hijri, 2020 Miladi

Dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, jangan la alpa dengan tuntutan untuk mengeluarkan zakat fitrah.

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. (LZS) :
    1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
    2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
    3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
    4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Jadinya hari ini buat pertama kalinya aku mengeluarkan zakat fitrah secara dalam talian online. Buka laman web Zakat Selangor  sebab aku tinggal di Selangor dan klik bayar zakat online.

Maka akan keluarla borang macam di bawah. Isi maklumat yang diperlukan dalam borang ni dengan cermat dan tepat.

Pada menu drop down Jenis Zakat, pilih zakat fitrah. akan keluar pilihan jenis beras yang perlu dipilih mengikut beras yang biasa dimakan dan kemudiannya pilih pula berapa orang nak bayar. 
    1. RM7.00 untuk Beras Super Spesial Tempatan 5%
    2. RM14.00 untuk Beras Wangi, Beras Perang, Beras Ponni, Beras Putih Import, Beras Pulut
    3. Rm21.00 untuk Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah
Dah siap isi maklumat kemudian aku kena baca ayat pada pop up berkenaan ala-ala akad masa jumpa amil, aku pon buat pembayaran online. Kena simpan slip pembayaran dari bank sebagai back up. Resit Zakat Fitrah pula akan diperolehi dari sistem E-Zakat. Boleh dapat dari situ. Ambil masa kot, lepas bayar tadi takda pula resit dalam sistem tu. hihi.

Alhamdulilah. Selesai tanggungjawab aku untuk tahun ini.